Thursday, 21 March 2013

Tetamu Yang tak diundang

Hari ini khamis, cuaca panas dan kering melebihi hari hari kemarin. Pokok sayur banyak yg.layu.  Aku didatangi oleh dua tetamu tanpa diundang..Apa agaknya hajat mereka?..tak pernah mereka berani memasuki sempadan kami.Kini mereka berani..demi desakan hidup barangkali, makhluk ini memerlukan air.  kawasan takungan air dipersekitaran telah habis kering kontang, lopak, parit  dan aliran sawah padi habis kering, agaknya kalau kami boleh berkomunikasi..tentu mereka berkata,
' aku nak minta air dan sedikit makanan'.

Aku biarkan bangau putih ini merayau memeriksa keliling rumah ku dan dia ke bilik air belakang lalu terjumpa sisa nasi yg tertinggal dipinggan milik si eyor, ku perhatikan gelagat burung ini, hemm dia lapar.Aku biarkan saja.

 Beberapa jam kemudian, yang satu ini pula muncul, agak ngeri melihat bentuk badannya macam komodo yg beracun sangat ditakuti oleh penduduk sumatera.
Mujurlah bukan komodo hanya biawak air yg kehausan.  Aku halau dan dia pun faham, aku tak mampu melayannya. 

Jom tengok gambar.





entah hilang ke mana..tetiba hilang.
Catatan peristiwa hari ini, macam2. ok assalammualaikum salam mesra.

12 comments:

  1. Salam Kak..kurus nampaknya sibangau tuh..mungkin ikan tidak timbul, kerana katak tidak panggil hujan..hehehe..bagi ikan lebih2 kak..agar sehat sikit...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam dik,
      kuruskan, pernahkah ada cerita bangau tu gemok? kalau ada kena ubah lah lagu rakyat tu..jadi macam ni "bangau oh bangau kenapa engkau gemok?" macam mana aku tak gemok, banyak dapat bantuan free"..kerajaan baik hati2x..
      Apa macam ummi, jom lagu bangau versi terkini.Hehehe

      Delete
  2. salam kak puteri :)
    betul kata ummuaidan, memang nampak kurus bangaunya. kesian kak, sekarang ni pun cuaca mmg panas. Tetamu yg lagi sekor tu, aduh kak puteri.. klu sy tgk dia, confirm sy yg lari pecut 400 meter xpayah berganti2 confirm pecah rekod sy masa sekolah dulu..hahaha.. ni semua gara2 kena kejar dgn biawak mase mak suruh gi kedai kecik2 dulu.. nasib baik masa tu naik basikal kalau tak mesti berlaku pertarungan yg dahsyat antara sy dan biawak tu.. hehe.. alamak, minta maaf yer kak puteri, komen terpanjang mcm karang pulak hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam eithusa,
      hehehe ada kenangan ye dgn biawak ni. akak pun takut dengan haiwan ni.
      Ayah saya pernah cerita kononnya biawak ni adik beradik dgn buaya. Buaya bertelur didarat tepi sungai paya air masin.
      Anak2nya yg lari ke air jadi buaya, anak2nya yg lari ke darat jadi biawak, sebab tu orang tak pernah jumpa telur biawak, cuma jumpa telur buaya. Entahlah cerita tetaplah jadi cerita, tak memerlukan kebenarannya, kalau nak kaji..kena bayar gajikan. hehehe..tapi sekarang ni,banyak duit negara diagihkan secara percuma. .sebab tu tak lama lagi mungkin sibangau di atas tu akan gemok, makan nasi dan lau free, kita ni aje yg bersusah payah..terpaksa tanam sayur baru dapat makan sayur berkualiti tinggi.Jom tanam sayur sendiri.Terimakasih sudi sembang.

      Delete
  3. Tetamu akk betul2 kelaparan. Bergembira si bangau kekeyangan. ;)

    Geli tgk biawak tu,kalo tgk biawak mcm tu mesti dah terbayang biawak komodo. Teringat tgk cerita discovery channel derang ckp biawak punya air liur sgt beracun ada banyak bakteria. Derang experiment cucuk air liur biawak dekat daging lembu mentah sekejap je reput. bila tgk rasa mcm skeri sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cian bangau tu kan..selain dizoo, sepanjang hayat akak tak pernah dapat tengok bangau sedekat begitu, biasanya dia haiwan yg.liar..entah apa maunya. Biawak tu mengerikan..didusun durian emak mertua, pernah nampak biawak panjat pokok kelapa, ajaibnya macam mana dia boleh sampai atas pelepah kelapa yg.begitu tinggi, macam mana dia peluk tu pokok kelapa yg tegak lagi lurus tinggi..seramm.

      Delete
  4. jarang sekali dpt tetamu bangau..kesian kehausan dan kelaparan...tapi yg satu lagi tu heheh..selalu jugak melilau dikawasan umah mak sy ni..besar2...kadang anak2 kucing jadi mangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangau ni mencuba nasib nak bergaul dengan manusia, dapat tak dia diterima, seperti tekukur dihalaman sana.
      ahh biawak makan anak kucing?, eh ngerinya..hati hatilah.
      Ada cerita, biawak colek bayi..diamakan.

      Delete
  5. Rupanya mereka hanya ingin bertamu dan berharap di beri sedekah dari Puteri hahaha,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe DD, haiwan juga ingin berteman dengan ku barangkali..
      Terimakasih sudi melawat dan komennya.

      Delete
  6. Assalam Puteri.. bangau tu memang akak suka tengok.. rasa bertuah dapat snap fotonya .. selalunya tengok dari jauh saja semasa lalu tepi sawah terutamanya di perjalanan ke utara.. kalau jumpa biawak mesti terkejut yg amat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam k mar.
      betullah jarang bangau ni..mendekati persekitaran manusia..biasanya disawah dan belakang kerbau je..

      biawak menakutkan..takut tengok lidah dia macam ular.

      Delete