Sunday, 24 March 2013

Peria Jantung, bentuknya macam jantung?

Assalammualaikum.

hari ini cuaca agak lembab, malam tadi hujan lebat tapi turunnya sekejap.Alhamdulillah.
Hasil tanaman diawal februari sedang mendatangkan hasil dipenghujung mac ini.
Bayam dah dapat dituai, sawi, pucuk labu semua dah dapat dituai.

Hari ini saya petik buah peria jantung.  Mari tengok peria jantung sama tak bentuknya macam jantung?..buatlah kesimpulan sendiri.  Sesuai tak namanya peria jantung.

Jom tengok gambar.

Masa kecik bungkus buah peria ni dengan kertas A4, tapi selang beberapa hari terpaksa tukar dgn.surat khabar sebab kertas tu tak berjaya membalut kesemua buahnya.



Bila buka kertas ni, dah besar macam ni.Dah boleh petik ni kan.
                              Macam bentuk jantung ke?

                                 Ada 6 biji besar macam ni, berat nya sekitar 450 g
                                 Ini bentuknya lebih padat tapi tak cantik.
                                           Ini macam sakit jantung, dah kuning..dah tua kut?
                                      Ini tak sempat membesar.

                                    Ini belum cukup matang kan, kena tunggu beberapa hari lagi.

                                     Bila ukur panjangnya lebih kurang 23 cm.



                                   Beratnya 450 g >.
Begitulah ceritanya peria jantung yg.sentiasa dalam penantian, nak masak mungkin akan dibuat jus peria untuk kuruskan badan agar ada bentuk macam peria ni , eee cantik ke peria ni..tembab adalah.
Buahnya lebih kurang kalau jadi semua dalam 14 biji..belum petik semua tak muat peti ais..kalau terpaksa tua dipokok biarlah boleh buat benih.

Kepada tuan blog 'tanam sendiri.com. tuan Iskandar, terimakasih banyak2 atas kiriman benih2 yg.bernas itu.Kalau beli kat kedai belum tentu tumbuhnya.Terimakasih tuan
Ok sampai lain kali cerita peria katak pula, yg.comel2..berjalur putih.
Salam ceria.

15 comments:

  1. Replies
    1. bolehlah berat untuk sebiji peria yg.dikatakan menjadi, komen tuan pengedar benih tersebut..kita peminat benih2,mesti kenal dia..hehehe.

      Delete
    2. he he ... sure dia suke

      Delete
  2. yelah mcm jantung kak puteri..cantik betul hasil peria ni...suka pulak tgk peria ni tapi sy tak suka makan..mungkin boleh try tanam untuk mak...

    akak nak tanya..bayam akak tabur je kan..sesuai tak bercmbah pada cuaca panas...sy dah letak jaring hitam untuk elak terlampau panas...ok kan mcm tu? teruja ni nak dapat hasil bulan depan hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Nadia<
      ok, betul lah cara nadia tu..cuaca panas ni, akan membunuh semaian beni yg masih muda..bayam akak dalam besen tu, letak disudut bangsal tempat letak kereta..terbuka luas tapi berbumbung.

      Delete
  3. Besarnya, satu biji dah cukup untuk dimasak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Puan Sri,
      terimakasih sudi bertandang.Besar ni peria macam jantung pisang, berat dan berisi padat.

      Delete
  4. eii..geramnya.. saya tak berapa gemar makan peria besar... tapi rasanya lepas ni kena tanam jugak ni.. jeles tgk peria puteri purnama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe Puan,
      ni cuti sekolah kan, jom tanam peria, kalau dah biasa makan peria sedap..peria zaman ni, tak macam dulu pahit, peria sekarang manis, atau tawar, kalau ada jenis yang pahit, pahit sikit je.

      Delete
  5. bila berbakti pada tanah....hasilnya memang terbaiklah.....segar2 macam nie...buat masak peria berjintan dengan udang besar2 mmm.....sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih yan.Betullah berbudi pada tanah, tak rugi apa apa, cuma kulit muka tambah gelap dan tapak tangan kasar kematu..hehehe

      Delete
  6. oo ni rupanya peria jantung.. kami panggil kambas ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kambas?..bahasa melayu ke?..hehehe..tuan blog tanam sendiri kata, peria jantung, saya ikutlah..tapi k.mar, peria ni memang special..bentuk nya pun cantik.

      Delete
  7. di mane boleh sya dapatkan benih ni ye?.

    ReplyDelete
  8. dapatkan dari pengedar benih di blog tanam sendiri.blogspot.com
    Tuan Iskandar pemiliknya.Jpm lah join.TQ

    ReplyDelete