Wednesday, 27 March 2013

Perdana Putih dan Ir JR.

28 mac hari khamis yang sunyi.
awal pagi aku bangun memeriksa tanaman yg.ada didepan mata.

Melilau mata memerhati deretan kereta yg tersadai dihalaman, terasa sebak dihati melihat 'perdana putih' yang menjadi teman rapat kepada Ir Junior..perdana itu nampak sepi seperti hati ku. Ir Junior melangkahkan kakinya memasuki terminal berlepas dihari kelmarin 27 mac..aku relakan kepergiannya..meski terlalu berat hati ku  dan terlalu sedih.

Dia tak pernah berjauhan dari ku dan Ir..aku sangat bersahabat dengan anak2 ku. 
Tapi apakan daya tugas aku sampai ke titik itu sejak mereka dilahirkan, ibubapa jaga sampai habis sekolah menengah dan universiti, bila anak2 melangkahkan kaki untuk menyahut tugas yg diamanahkan, melangkahlah mereka keluar sebagai orang dewasa.

Selamat tinggal zaman kanak2, selamat tinggal .dunia ketiak ibubapa..anak2 ku itu melangkah sebagai insan dewasa, hanya ada doa kepada Allah ..anak2 itu dapat menggunakan sepenuhnya ilmu yg.dikumpul dan dipelajari semasa dalam asuhan ibubapa dan guru2 disekolah dan universiti.
Ada airmat rindu diremang subuh ini.

Ini kenangan sebelum irJunior pergi.

                       Malam 27 mac, kami pergi menikmati udara laut diawal malam di restoran
'suang suaka' tempat ini masih tidak dikomiselkan..sangat indah dan tenang tempat ini, orang ramai boleh memancing secara terbuka ditempat ini.




sekejap je orang ni dapat ikan..seronok tengok mereka memancing.

                                       Kami pesan makanan ni, nasi putih, ikan tenggiri sup, udang masak stim, dan udang goreng tepung kfc. hemm sedap. Dan jus mengikut selera masing2.
                                Awal paginya 27  mac- rabu hantar Ir Junior ke airport.  Kami pun senyum saling mendoakan semuga selamat pergi dan selamat kembali bila ada kesempatan untuk bersama lagi.
 Anakanda Habib datang antar Ir Junior anakanda Hartini juga hadir bersama.Untuk Ir Junior, anda sangat2 berharga dalam kehidupan ini..semua yg.kamu kenali sangat menyayangimu.Jaga diri dan berhati hati.


Ok.catatan rindu dipagi ini.Assalammualaikum.

7 comments:

  1. salam kak puteri..anakandanya dpt bertugas kemana?
    masakan yang terhidang tu sedap2 semuanya..ikan tenggiri sup...tak pernah buat masakan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. di daerah dalat, kg.sungai kut, sibu.Tu yg.bimbang sangat tu, naik2 bot..dia tak biasa dgn sungai. kononnya sungai disibu banyak sangat buaya..hehehe..tambah cemas ni.

      Delete
  2. Salam kak...tumpang sedih jgk dengan akak yg terpaksa berjauhan ngan anak bujang...takperlah kak dah sampai msnya...suatu hari nanti pasti pergi jgk memulakan kehidupan sendiri kan..moga2 adik Ir Junior pandai membawa diri & tak lupakan orng2 jauh merinduinya..:)ceria2 yer kak wpun syahdu...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum umi..
    suka tgok gambar kita bersama..^_^
    alhamdulillah, semua dipermudahkan utk ir jr di sana..
    kita berdoa saja utk dia di kejauhan ini..semoga selamat segalanya..amin..
    senyum always umi..salam sayang...

    ReplyDelete
  4. bagus... (komen dari veteran) hahahahahaa...

    ReplyDelete