14 februari, hari jumaat yg.tenang. Kesibukan membataskan aktiviti aku untuk membuat catatan dihalaman di sini dalam lingkaran ini. Persediaan menyediakan majlis untuk Ir Junior, menjadikan hari2 yg.aku dan Ir lalui setiap hari begitu padat, tugas rasmi dan membuat aktiviti ini, aktiviti menambah ruang rumah untuk majlis itu nanti.
Sepanjang minggu lepas, bahan binaan ini disediakan.
Hari ini tukang sudah memulakan tugas 'merelong tapak' binaan.
Mujur betik elbino dan betik sekaki tak terlibat buat masa ni.
Sekembali dari sekolah, lubang untuk tiang telah siap digali.
Lokasi pandan wangi terjejas.Tak apa lah nanti boleh tanam lagi.
Beberapa akar utama betik ini telah tercedera, tak tahu apa nasibnya, sempat ke tidak masak betik elbino ku ini. Ada sayang dihati ku melihat tanam tanaman ini terpaksa dialhikan dan dibuang dengan percuma lantaran ruang halaman sangat terhad. Tak apalah ini lah pengorbanan.
Salam ceria selalu.Ada rindu dihati ku untuk selalu bersama rakan2 dialam maya.
Salam kak,
ReplyDeletePatutlah menyepi kebelakangan nie..rupanya sibuk ngan majlis besar yg bakal berlangsung yer..berapa lama lagi kak akan diadakan?
Alaa tak mengapalah pokok2 tuh berkorban tuk anak tuan dia..inshaallah lain kali boleh tanam lagi kan..
salam ceria, jaga diri jgn sampai hitam sangat..heheh
wa'alaikumsalam dik.
Deletehihihi sibuk benar diawal tahun 2014 ni. Terimakasih dik, masih setia disini dalam lingkaran ini. Atur cara majlis akak dah susun pada ketetapan berikut 31 mei (sabtu) berangkat ke rumah pengantin perempuan untuk majlis akad nikah dan bersanding. 1 jun (ahad) awal pagi jemput pasangan pengantin utk.majlis bersanding dan jamuan makan rumah akak lah.Maksudnya majlis dirumah akak pd.1 jun dari jam 9.00 pagi sampai petang, perisian majlis, doa kesyukuran, bersanding, potong kek, jamuan.
Masa ni dah mula cuti sekolah.Kalau ummuaidan kebetulan balik malaysia, teruslah ke kota kinabalu, nanti akak jemput..serius ni.
sahabat disini dalam lingkaran ini yg.ingin bertandang ke kota Belud, inilah masanya..buking tiket murah awal2 ni, kita kumpul ramai2 sambil kenal2, makan2 apa yg.ada kan, tak lah mewah, tapi cukuplah untuk saling berhulur salam k.Nanti kalau kad jemputan dah siap, akan di buat entri yg.khas utk.majlis ini
Keseronokan berkebun tetap sama, kebun saiz kecil atau besar...... janji dapat tenguk pokok tumbuh, berbunga, berbuah. Harapnya majlis untuk Ir Junior dapat berjalan lancar........
ReplyDeleteBetul tu, berkebun bukan mengira saiz kebun tetapi keseronokan melihat benih halus tetiba membesar menjadi pokok yg.menghijau lalu berbunga, membuat kan emosi rasa terpenuh hihihi..terimakasih bangcik and kak dah.Amin.
Delete