Wednesday, 16 April 2014

Jurai Air Mata

Rabu 16 April siang tadi..tugas rasmi di sekolah baru, terasa mencabar. Ramai guru keluar atas tugas rasmi arahan PPD. Yang keluar tinggalkan sekolah tentulah seronok buat aktiviti outdoor, yg.tinggal merana mengganti kelas orang lain..tapi bagi aku, lebih lagi sengsaranya selain menyediakan bahan untuk mengajar anak murid sendiri, terpaksa pula susun jadual ganti..terpaksa pula kena tahu dari a sampai z, perkembangan dan perancangan tempat baru ini..entah lah..dari awal april, tidur dan rehat telah tidak menentu, banyak perkara aku kena ambil tahu, disamping membuat , menambah dan menyusun apa2 yg.perlu..maklum tempat baru. 

Hari sabtu 12 april, baru 12 hari aku tinggalkan sekolah lama aku..aku dikejutkan dengan berita sedih dan menyebakkan. Dua orang murid di sekolah lama aku terlibat kemalangan 'mati lemas', seorang murid lelaki dari tahun 5 dan seorang murid perempuan dari tahun 4. 31 mac, sebelum lapor diri ke sekolah baru, aku temui semua murid2 aku selain berucap diperhimpunan, aku temui mereka dari kelas ke kelas, disamping aku agihkan buku kerja sains- latihan yg.aku beli masa cuti, utk.mereka.  Murid lelaki ini, kecil saja orangnya, masa bagi buku elok2 dia berdiri disisi bahu kiri, sambil memerhati muka aku.  Aku perasan dia berbuat demekian, bila aku bertanya, ada apa dia hanya tersenyum dan berkata 'tidak cikgu', tapi saat itu aku terasa ada kelainan. 

Murid perempuan yg.satu ini pula murid sains aku dari tahun 4S, waktu membahagi buku aku jerit2 panggil namanya, murid2 lain beri tahu dia telah berpindah ke kelas cemerlang, aku minta dia datang menemui aku, aku pun beri buku pd.nya dan menasihatinya agar belajar bersungguh2..dan siapa menduga itulah nasihat dan pertemuan kami yg.terakhir..ada sepi teramat sangat dalam hati ku.  Masih jelas raut wajah kedua-dua anak murid aku ini, hemm cepat nya mereka pergi.

Sejak musim panas melanda daerah ku, air sungai menjadi susut, selepas waktu sekolah ramai murid membuat aktiviti round2 kampung secara berkumpulan, kemalangan itu terjadi di kampung jiran..menurut keluarga mereka, mereka tak pernah masuk kampung jiran sejauh itu. Apa pun begitu lah takdir yg.Allah tentukan untuk kedua anak murid aku ini. 

Semoga akan ada ketenangan seperti kemarin.Bermacam rasa ku lalui ketika ini.  Ok lah salam kenangan. Assalammualaikum.

6 comments:

  1. salam kak,
    innalillahi wainna ilaihirajiuun..anak2 kecil yg meninggal semuda itu inshaallah indah tempatnya diakhirah nanti..:)

    ReplyDelete
  2. Hmmm sedihnya... takziah buat keluarga mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Mar.InsyaAllah akan di sampaikan.

      Delete
  3. AsSalam kak puteri,
    takziah untuk keluarga mereka. anak-anak yang polos,
    ganjaran Allah adalah terbaik untuk mereka di sana.
    Semoga kak puteri sentiasa tabah untuk mendepani apa saja cabaran dan dugaan.

    ReplyDelete