Saat ini jam 10 malam,21 Februari hari khamis yang ceria. Kelmarin hari rabu..makcik kantin bagi aku bunga orkid liar, yg.menurut ceritanya orkid itu kalau berbunga berwarna putih dan sangat wangi. Dia bagi sepokok dan masih kecil.Aku sangat gembira tak terhingga.
Sedang aku mencari kertas untuk membalut pokok itu, pekerja am sekolah 'Lusia' menyatakan orkid itu banyak terdapat pada dahan pokok kayu jati yg.tumbuh di tepi padang sekolah tempat aku selalu membawa murid membuat aktiviti PJK atau membuat pemerhatian tentang pokok2 renik dan lumut hijau dipangkal pokok yg.sudah berusia ratusan tahun.
Pokok kayu jati ini sangat besar dan dahannya rendang..salah satu dahannya yg.besar aku gunakan untuk melatih anak murid melontar tali ke atas dahan pokok tersebut, Apa bila tali itu berjaya dilontarkan, aku akan ikatkan dengan kemas dan anak murid ku akan berganti2 bergayut ala2 tarzan,.mereka belajar kemahiran mengikat tali, lontaran atas, berkerja sama dan seronok..mereka juga belajar mencengkam dan menangkap tali yg berayun ke arah mereka..ada banyak kemahiran sebenarnya yg mereka pelajari..seronok sangat, masa 1 jam tak terasa berlalu, dan lokasi ini sangat teduh dan redup, bayang pokok ini sangat besar.
Berbalik cerita orkid, sebaik aku mengetahui ia ada tumbuh di antara dahan yg.merimbun itu, aku meminta bantuan tukang kebun sekolah untuk menurunkannya. Bila aku sampai , ya Allah, beratus2 pokok telah diturunkannya. Bila aku tanya kenapa ambik banyak sangat, dia kata alang2, sebab ada banyak lagi yg.tumbuh di dahan yg.lain. Lagi pun menurut ceritanya
Guru Besar, berkira akan menebang pokok tersebut. Aku tak sampai hati nak tinggalkan pokok orkid yg sangat berharga ini.
Aku tak tahu apa aku nak buat dengan orkid liar ini.Menurut cerita tukang kebun,
bunga orkid jenis ini ada 3 warna, putih, kuning dan merah..tapi dia tak pasti yg. mana satu.
Bertambahlah perasaan aku nak tanam semua agar boleh dapat kesemua warna itu. Tapi macam mana, ruang yg.terhad dan ilmu menanam orkid langsung tak ada.
Merenung nasib orkid liar ini. aku rasa sedih, lebih lagi sedih bila mendengar berita 'Guru Besar" nak tebang pokok jati berusia ratusan tahun itu..tak ada sebab untuk menebang nya kerana pokok itu langsung tidak menganggu padang sekolah. Tak ada perbincangan, dia bertindak ikut 'OTAK' nya saja.
Tak kan pula aku nak adukan dengan pihak yg berkuasa, sebab di daerah ku ini, ada banyak pokok2 berusia ratusan tahun tumbuh ditepi2 sungai dan jalan raya, yg akhirnya terpaksa ditebang demi pembangunan.
Ini lah pokok orkid liar, penuh satu kereta surung.
Anak pokok orkid ini warna merah, apakah ini lah jenis yg.mengeluarkan bunga berwarna merah itu? Benar2 aku tak ada idea mengenainya.
didalam beg plastik hitam itu juga mengandungi pokok orkid Liar.
Dah kembang orkid yg.ku beli dari padang besar dibulan disember 2012 yg.lalu.
Orkid dan mawar mempunyai kecantikan yg berbeza, unik dengan penampilan yg.tersendiri.
Mawar penuh duri, wangi dan mudah mati..
Namun orkid sangat setia bertahan lama,
tanpa duri namun jarang ada yang wangi..
Semuanya membuahkan ilham untuk aku lebih merasa dan terasa..inilah kehidupan.

Rasanya dah tengah malam. sampai disini salam mesra dan selamat malam semua. Assalammualaikum.