Sedang aku mencari kertas untuk membalut pokok itu, pekerja am sekolah 'Lusia' menyatakan orkid itu banyak terdapat pada dahan pokok kayu jati yg.tumbuh di tepi padang sekolah tempat aku selalu membawa murid membuat aktiviti PJK atau membuat pemerhatian tentang pokok2 renik dan lumut hijau dipangkal pokok yg.sudah berusia ratusan tahun.
Pokok kayu jati ini sangat besar dan dahannya rendang..salah satu dahannya yg.besar aku gunakan untuk melatih anak murid melontar tali ke atas dahan pokok tersebut, Apa bila tali itu berjaya dilontarkan, aku akan ikatkan dengan kemas dan anak murid ku akan berganti2 bergayut ala2 tarzan,.mereka belajar kemahiran mengikat tali, lontaran atas, berkerja sama dan seronok..mereka juga belajar mencengkam dan menangkap tali yg berayun ke arah mereka..ada banyak kemahiran sebenarnya yg mereka pelajari..seronok sangat, masa 1 jam tak terasa berlalu, dan lokasi ini sangat teduh dan redup, bayang pokok ini sangat besar.
Berbalik cerita orkid, sebaik aku mengetahui ia ada tumbuh di antara dahan yg.merimbun itu, aku meminta bantuan tukang kebun sekolah untuk menurunkannya. Bila aku sampai , ya Allah, beratus2 pokok telah diturunkannya. Bila aku tanya kenapa ambik banyak sangat, dia kata alang2, sebab ada banyak lagi yg.tumbuh di dahan yg.lain. Lagi pun menurut ceritanya Guru Besar, berkira akan menebang pokok tersebut. Aku tak sampai hati nak tinggalkan pokok orkid yg sangat berharga ini.
Aku tak tahu apa aku nak buat dengan orkid liar ini.Menurut cerita tukang kebun, bunga orkid jenis ini ada 3 warna, putih, kuning dan merah..tapi dia tak pasti yg. mana satu.
Bertambahlah perasaan aku nak tanam semua agar boleh dapat kesemua warna itu. Tapi macam mana, ruang yg.terhad dan ilmu menanam orkid langsung tak ada.
Merenung nasib orkid liar ini. aku rasa sedih, lebih lagi sedih bila mendengar berita 'Guru Besar" nak tebang pokok jati berusia ratusan tahun itu..tak ada sebab untuk menebang nya kerana pokok itu langsung tidak menganggu padang sekolah. Tak ada perbincangan, dia bertindak ikut 'OTAK' nya saja.
Tak kan pula aku nak adukan dengan pihak yg berkuasa, sebab di daerah ku ini, ada banyak pokok2 berusia ratusan tahun tumbuh ditepi2 sungai dan jalan raya, yg akhirnya terpaksa ditebang demi pembangunan.
Ini lah pokok orkid liar, penuh satu kereta surung.
Anak pokok orkid ini warna merah, apakah ini lah jenis yg.mengeluarkan bunga berwarna merah itu? Benar2 aku tak ada idea mengenainya.
Dah kembang orkid yg.ku beli dari padang besar dibulan disember 2012 yg.lalu.
Mawar penuh duri, wangi dan mudah mati..
Namun orkid sangat setia bertahan lama,
tanpa duri namun jarang ada yang wangi..
Semuanya membuahkan ilham untuk aku lebih merasa dan terasa..inilah kehidupan.
Rasanya dah tengah malam. sampai disini salam mesra dan selamat malam semua. Assalammualaikum.
banyaknya, boleh buat tamn okid tu, lepas tu kenakan tiket pada pelawat...hehehe (gurau jer)
ReplyDeleteTerimakasih Rose, wah betul juga kan.Ini betul2 kena study ni tentang orkid, tapi cukup masa ke? hehehe..ok, ada peluang nampaklah hasilnya nanti insyallah. Berangan angan lagi ni.
ReplyDeletemungkin betul batang yang merah tu bunganya merah.. sebab kalau pokok keembung yang batangnya merah, bunga biasanya warna lebih gelap
ReplyDeleteTerimakasih Nuda. saya harap begitu juga, bayangkan dia banyak dan bunganya merimbun berwarna merah.Kalaulah kos menghantar murah, bolehlah kita berkongsi pokok orkid liar ni.
Deletesalam kak,
ReplyDeletesayang kan guru besar nak buang gitu jer...akak ambiklah yang dalam keta sorong tuh buat tanam kat umah..suatu hari nanti leh tunjuk balik kat guru besar..heheh
walaikumsalam dik,
Deletehemm benar2 sayang, apa nak buat.Allah mengetahui segala isi hati.
Alhamdulillah kak rezeki dapat orkid tanpa keluarkan modal. Kalau di nurseri saya rasa orkid adalah antara tanaman yang mahal untuk di beli. Ada yang belasan ringgit dan ratusan ringgit. Akk tanam keliling rumah nanti time raya mesti cantik bila anak2 akk pulang beraya. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Deletehehehe betul tu ibu.Tapi terlalu banyaklah pulak. Boleh diurus semua ni, cuma tak cukup masa dan kaki tangan, takut pokok ni mati sebelum sempat di tanam dengan kaedah yg betul.Terimakasih Ibu Qistina.
Puteri, tak apa kerja kuat sekali sahaja, nanti orkid itu dah subur akan dapat merasa kepuasan. Boleh buka business jual anak orkid.
ReplyDeleteDah tak buat taugeh lagi ker? Saya sedang menunggu taugeh versi jaringan nyamuk - iaiatu taugeh tanpa ekor untuk di tuai hari ahad ini..hari ahad hari kelima..nak tanya, boleh tak tuai hari ke empat? Masa mandikan taugeh, nampak dah galak bercambah...atau hari ke 4 saya ambil satu lapisan, dan biarkan lapisan lain untuk teruskan misi pertumbuhan. Apa komen Puteri?
hehehe Dr.H.Boleh. ambik selapis dulu, yg.tinggal jangan kena cahaya, kalau kena cahaya semua daunnya akan menjadi hijau. Taugeh hari ke 4 tu yg.paling rangup dan manis, kalau biar sampai hari ke lima, dia dah keluar daun tapi tetap sedap.
ReplyDeleteala rindu pula nak makan popia inti taugeh dan isi ayam.
Nak buat taugeh, malam ni rendam esok sabtu tabur dibaldi semaian, hari selasa tengah hari tuai. Jom buat taugeh sendiri..hari jumaat kongsikan gambarnya dan popianya kalau ada hayat. Terimakasih DR.memotivasikan saya hehehe.
K Mar tak pandai bab orkid.. beli pun boleh mati...
ReplyDeletesama! mahal lak tuh...x mampu..
Deletehehehe sama lah kita k.Mar & Lynn .saya suka tengok okid tapi tak pernah teringin nak tanam, entah apa angin tahun 2013 ini..tiba2 saya didatangi okid2 percuma,terpaksalah jaga dan belajar mengurus okid ni.
Deletealhamdulillah.. untungnya akak. takpe kn dpt orkid byk. sy prnh tnm orkid ni, tpi jrg brbunga. yg jenis ni mmg harum sgt bunga dia wlaupn kuntum kecik je. nanti boleh lh buat cut flower taruk dlm rumah, seronok nya :)
ReplyDeleteseronok bila melihat orkid kita berbunga dan berkongsi pasal orkid
ReplyDelete