Sunday, 10 February 2013

Orkid Padang Besar ku dah berbunga. Alhamdulillah.

10 Februari  hari ahad yg.cerah.  Awal pagi dapatlah membersihkan petak kedua untuk menanam segala jenis sayur yg.ingin dimakan.  Jam 11. 30 pagi sempatlah aku sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan anak jiran yg.tergolong dalam golongan OKK 'orang kaya-kaya'.  Berbagai jenis juadah dihidangkan, Alhamdulillah.

Balik dari majlis tersebut sempatlah aku perhati pokok2 yg ku tanam dalam pasu yg hanya berusia sekitar 7 minggu., termasuklah pokok orkid yg ku beli dari Padang Besar, dalam bulan Desimber yg.lalu. Hari  ini pokok orkid ini mengeluarkan kudup bunga. Jom tengok gambar.



Ini juga bunga orkid yg.ku beli di Padang Besar jenis pokok kecil.Menurut tuan yg.menjualnya, pokoknya memang jenis renik.Aku tak sangka ia cepat berbunga.



Ini pokok 'Bangun bangun' yg ku petik dari taman Warisan Pertanian.  Aku petik rantingnya dan menyimpan niat untuk tanam.  Perbuatan memetik tumbuhan tanpa kebenaran tu salahkan.  Tapi apakan daya, aku nak juga ambik sebab pokok tu banyak ditanam dikawasan tersebut.

Lagi pun aku cuma nak ia menjadi sejarah asal usul dari mana aku dapat pokok ini, kalau beli di nusery memang boleh, tapi memang sengaja nak menjadi kan pokok ini istemewa dan ada sejarahnya sendiri hehehe..maaflah. 

Pokok ni hampir reput Aku terlupa ia  tersimpan dalam beg pakaian agak lama, bila sampai di rumah dah selang seminggu baru terjumpa, lalu cepat2 tanam.
Ini wajahnya semasa di tanam. di sampingnya ada pokok alovera yg ku ambil dari pasu adik ipar.Kecil dan hampir mati alovera ini.


Tapi hari ini,, ku dapati ia dah mengeluarkan tunas.  Semoga pokok ini akan hidup subur.



                                         Wajah alovera yg.terbaru. Ada harapan untuk membesar.

 Ok lah sekadar catatan untuk kenangan di hari mendatang.Assalammualaikum.  Salam ceria dari ku selalu.


6 comments:

  1. wah tak sangaka hidup, rezeki...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. rezeki betul.Akak pun tak sangka hidup pokok2 ni. Terimakasih Rose.

      Delete
  2. Salam kak..
    cepatnya orkid tuh berbunga yer kak...
    yg pokok bangun2 tuh bangun jgk akhirnya yer..nanti bila pokok tuh dah besar akak pergi balik pulangkan rantingnya dan mintak halal dr penjaganya..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam dik,
      hehehe pulangkan balik ye..tapikan penjaga taman ni, org.bangladish atau viatnam..tak apa lah kut, pemilik taman ni, Yang Dipertuan Agong Malaysia namanya juga Taman Warisan Malaysia, akak nak jadi salah seorang pewaris sedikit je, pokok yg.ditanam didalamnya, tak boleh ke?..hehehe..kalau tak boleh nanti kalau dah subur kita bincang balik 'hak' pemulangan ni ..hahaha..tungguuu

      Delete
  3. wahhh...mesti seronok orkid dah berbunga. bunga orkid tahan agak lama. kalau kena gayanya boleh tahan lebih sebulan. tengok jenis.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah dah nampak hasilnya.Terimakasih shafirul.sekarang ni masih mencari2 ruang yg.sesuai untuk menyusun oasu2 orkid tu.

    ReplyDelete