Monday 8 April 2013

8 april, ada nafas rindu mencengkam kalbu.

 Saat ini hujan turun lebat sekali.  Siang tadi seperti biasa panas berbahang, hari isnin 8 april yang penuh rindu. Telah 13 hari Ir junior tiada didepan mata.  Ir Junior telah ke Dalat Sarawak untuk melapor diri sebagai guru lepasan Institut Perguruan Malaysia. Dia ke sana pd.27 mac yg lalu.

3 April, Rashid balik dari Banglore untuk beberapa hari.Rashid akan balik ke Banglore pd. hari khamis ini.Ahh.akan bertambahlah sunyinya hati ku ketika berjauhan dengan semua insan yang bergelar 'anak' ini.
                                      Saat bersama Rashid, malam kelmarin, aku dan Ir, membawa Rashid dan adik2nya menikmati makan malam di restorant 'd'suang Suaka'..sementara menunggu hidangan sempatlah ambik beberapa gambar tapi tak jelas.  Saat begini aku teringat Ir junior, Irma dan IrfaAmira @minging.  Ahh rindunya.
sedikit gambar di suang suaka.





Ini je lah gambar yg jelas, sekadar catatan rindu..pada mereka yg.jauh.
Aku rindu.















15 comments:

  1. apa kata diturut mereka barang seminggu dua di sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ya, baru ada kesempatan melawat disini dalam lingkaran ini.Memang benar ingin melawat mereka yang jauh dimata, namun kesempatan untuk berbuat demekian tidak ada.Masa cuti belum tiba.Terimakasih.

      Delete
  2. hi..
    dalam entry yg buat tauge tu ader stament tanam pokok lavender..
    tanya sikit, ni pokok lavender yg kat luar negara atau yg dari cameron tu :(
    sebab saya ader beli benih, cuma arahan semaian suhu mesti bawah 20'C.. 
    mustahil nak dapat suhu tu kat puchong ni.
    soalan ni ader tanya kat tempat lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi jimi.
      maaf ya, lambat respont. sibuk benar ni.
      Lavender itu ku pesan dari rakan blog dari kota batu,indonesia.mengikut pertanian indonesia, itulah lavender, bau nya wangi macam sabun lavender.

      Delete
  3. assalamualaikum kak..
    setiap pertemuan pastinya akan ade perpisahan kan...berpisah pun bukan untuk selamanya..ceria2kan diri ktika mrk masih brsama2...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikum salam dik.
      terimakasih yaa.Rasa nak nangis pula hehehe..entahlah.

      Delete
  4. Salam kak puteri :)
    pagi2 ni buka blog kak puteri terasa sedih pulak :(
    teringat sy situasi yg sama terjadi pada bonda tersayang tiap kali kakak dan adik sy balik ke uni lepas cuti semester, mesti bonda sy demam dan kadang2 tu bile tengok makanan kegemaran mereka pon bonda sy mengalirkan air mata... begitulah hati seorang ibu :) kak puteri sabar yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam eithusa.Terimakasih ya..sudi menemani saat sunyi begini.

      Delete
  5. nom nom nom..sedapnya udang2 yang gemok2 itu..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala..anak2 tu yg suka, akak suka suasana tempat tu je..hehehe terimakasih Nadia.Terhibur melawat halaman Nadia banyak aura motivasi.

      Delete
  6. Replies
    1. rasanya yang Yan masak lagi sedap.Menu yg dipesan ni, biasa2 je.hehehe.

      Delete
  7. Assalam Puteri.. zaman sekarang ni boleh berinteraksi melalui internet kan... cuma mereka sibuk barangkali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam k mar.
      Terimakasih k mar. Betul lah dapat berhubung tapi, yg sakitnya tu bila melihat barang2 mereka yg ada dirumah ni, bilik masing2, kereta yg dipakai, gitar..t-shirt terakhir yg dipakai..aduhh..bukan airmata sedih, airmata rindu.Para ibu mesti tahu rasa jenis yg.begini..hehehe..

      Delete
  8. sedapnyaaaaaaaaaaaaa...... yum3...

    ReplyDelete