Thursday 18 April 2013

Alhamdulillah Allah pilih kita lahir dan menjadi penghuni bumi Malaysia.

Sekejap benar Rashid bersama keluaarga, sekitar seminggu, lalu dia terpaksa kembali meneruskan pengajian di bumi Banglore,India.  Walau sekejap hadirnya, namun terlalu banyak yg.dikongsikan.
Terharu benar aku bila dia belikan adik2 perempuannya selendang untuk Lia dan suhaila sementara Aida dibelikan baju jaket kulit.Benda2 itu dibelinya sewaktu pergi bercuti sambil melawat kota Delhi,Manali,  Shimla dan perbukitan  Himalaya.

Untuk ku  beberapa helai kain sari tenunan tempatan dan untuk 'ir', sebilah pisau ukiran tembaga sebagai perhiasan dan senjata kalau perlu.

Aku sangat sukakan gambar2 yg ditinggalkannya untuk ku.Aku menatap gambar2 itu puluhan kali..sambil memikirkan banyak perkara mengenai pemandangan yg telah dilihatnya.  Rashid telah pergi memijakkan kaki ke bumi Himalaya yg.datuk nenek zaman dahulu pun tak terfikir untuk memikirkan bagaimana rupa tempat tersebut.  Meski aku tak dapat ke sana, sekurang2nya ada anak aku dah sampai ke sana.Alhamdulillah.

Aku kongsikan beberapa keping gambar untuk renungan bersama.
Tempat ini kering dan tandus.  Negara kita hijau  dan subur.
Jauh di sana ada perkampungan manusia.






   Bila dilihat jarak dekat begini keadaannya.  Menurut cerita Rashid, angin yg berhembus sangat sejuk tetapi kering.  Perhatikan signboard berwarna biru.Jom tengok dekat.
                                     dekat lagi. Tak ada langsung tumbuhan berwarna hijau.
                                      Diluar tembok tertulis. baca sendiri k.
                                                 
     dan signboard berwarna biru itu adalah pintu gerbang sebuah sekolah di Kibber, aku biasa dengar nama tempat ini semasa belajar sejarah tamadun Islam.
                                huuu.. inilah sekolah itu.  agaknya yg duduk kat kerusi tu adalah seorang cikgu, yg tentunya fasih berbahasa inggeris, fizik, matematik atau banyak lagi ilmu yg dia mahir..namun keadaan murid dan cikgu, sama sama merasai udara dan cahaya terus dari alam semesta.  Kalau keadaan ini di Malaysia, lama dah perang mulut, angkat sepanduk..puak kuning dan puak merah mungkin akan saling lempar batu, sembunyi tangan.                     Tapi mereka dibanjaran himalaya ini sangat 'sabar', mereka lalui apa yg ada.
                                                        

                                        Ini cikgu perempuan dengan murid perempuan. demi menimba ilmu.
                          Sekolah aku, semua percuma, makan percuma, bangku,kipas, buku, semua percuma, boleh kehadiran murid tak pernah 100% hadir..entah apa silapnya.
                                      di hadapan murid ada timbunan kayu, persediaan untuk musim salji agaknya.
                                         dia tetap seorang cikgu bersama anak muridnya.
                                         Apalah agaknya perasaan cikgu ni, bila gambar dia dan anak2 muridnya diambil oleh pelancong, mesti ada rasa segan kan, kerana keadaan sekolah mereka begitu rupa.
                                     bayangkan, apalah yg boleh ditanam dikawasan ini, kalau lapar makan apa ek?..kalau di Malaysia, kalau lapar sangat singgah lah kat tepi2 hutan, sekurang2nya ada pucuk2 daun lembut boleh dikunyah..bukit2 batu berwarna perak, apa kah itu salji atau struktur binaan bukit yg Allah tentukan untuk tempat ini.Allah sahaja yg.tahu, maksud ciptaannya.  Sebenarnya ada banyak gambar2 yg indah tapi cukup untuk memberi pengajaran kepada yg mahu berfikir, ada masa akan aku kongsikan lagi.
Untuk Rashid, terimakasih kongsikan gambar2 yg sangat cantik ini.
ok.salam ceria selalu.  Assalammualaikum.

16 comments:

  1. Ini dikatakan...jauh perjalanan luas permandangan...bila melihat tempat orang...Akan terbit rasa bersyukur berada dibumi Malaysia...sgt perlu akak kongsikan gambar2 ni....:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Nadia.
      Alhamdulillah syukurnya hidup diMalaysia. Mari kita berkebun jangan bazirkan tanah kosong walau sekaki yg ada dipersekitaran rumah kita.Mari bercucuk tanam, selagi ada peluang, walau sebutir sawi atau sepohon serai,nanti lama lama jadi serumpun.

      Delete
  2. Alhamdulillah, terus saya ucapkan apabila habis membaca post ini. Syukur hidup di bumi Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.Memang betul.Allah jadikan bumi Malaysia hijau dan sangat subur, tak ada alasan tak dapat melaksanakan aktiviti berkebun walau sepokok dua.
      Terimakasih sudi melawat.

      Delete
  3. Assalamualaikum kak...
    Kagum melihat cikgu & anak murid menimba ilmu dalam kedhaifan begitu..setidak2nya keinginan untuk menimba ilmu mengatasi segalanya...cantik bumi himalaya nie..alhamdulillah ada jgk suadara jgk menjejaki kaki kesana..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam dik.
      Rasa terharukan melihat gambar2 ni, bayangkan kehidupan harian mereka, tanah ni sangat tidak sesuai untuk perkebunan hijau..namun mereka tetap mahu belajar, berkepit dengan buku.

      Delete
  4. Assalam. Salam kenal cg puteri.. Hati tersentuh membaca entri ni. Sama2lah kita doakan agar bumi Malaysia kita terus makmur selamanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.walaikumsalam maszz omar.Terimakasih sudi berkenalan.
      Sentiasalah kita bersyukur dan sama2 berdoa semoga negara tercinta ini dilindungi Allah dari bala bencana.

      Mari semaikan amalan rajin membaca kepada anak2 kita dan mari ajar mereka berkebun, agar bumi malaysia kekal hijau.

      Delete
  5. Assalamualaikum Puteri... saya follow sini... jemput singgah blog saya

    Kita memang perlu banyak bersyukur dengan nikmat yang kita dapat dalam Malaysia. Kalau nak dibandingkan dengan negara luar yang sangat daif dan serba kurang...

    Saya bersyukur jadi anak Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdulillah.
      Alhamdulillah, selalulah kita berzikir dengan nama NYA.
      Rasa nak menitis airmata. Untungnyahidup ini.

      Delete
  6. SubhanAllah.... bersyukur la dgn apa yg kta ada....

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.....bersyukur kita dapat bumi yang indah nie kan.....tapi walaupun macam tu kat sana pun ada banyak kelebihan juga....

    ReplyDelete
  8. betul tu Yan. Tapi kelebihan mereka cuma pemandangan dan tak bersesak2, semua benda nampak tenang dan cari sendiri..entah macam mana mereka dapat air.

    ReplyDelete
  9. kita ni kalau tak tengok kesusahan orang lain, tentu susah nak bersyukur. Susahnya anak-anak pergunungan ni nak mencari ilmu.. Mujurlah masih ada yang sudi menyampaikan ilmu kepada mereka

    ReplyDelete
  10. huuu..betullah Nurul.Tengok sekarang,negara makmur, subur, aman, tapi sibuk penatkan diri ajak tumbangkan kerajaan..antar pulak tu sms, ajak undi pembangkan..peliknya bila musim kenaikan gaji, musim pemberian Bonus, mereka2 nilah..yg kira dulu, bila tarik bonus dibayar, berapa dapat..pernahkah mereka bersyukur??..

    nasib baiklah, setiap petang hujan, sejuk lah juga suhu dipersekitaran.

    ReplyDelete