Monday 15 April 2013

apa sudah jadi


Hari ini isnin 15 april.  Cuaca terlalu panas sepanjang siang tadi.
Saat ini hujan renyai, sekejap lagi senja akan datang..
ada sedikit masa terluang untuk aku meninjau buah labu venus yg sangat2 aku harapkan pembesarannya.

Labu venus ku rajin berbunga dan berbuah, tetapi masalahnya, dalam proses pembesarannya, terjadi perkara ini, ahh angkara siapa ni?..

Jom tengok labu venus yg.benihnya sangat cantik.

Ini yang tersangkut atas pagar..kelihatan macam buah jambu .




                                                      ini dah berusia 3  minggu, ingat nak biarkan sampai matang, tapi saat memeriksanya petang ini, dia dah jadi macam ni, angkara siapa?
                                      yang tergantung , ini pun sedang diserang, apa sudah jadi?
                                          Ini tinggal kenangan...niat sedekah kan pd.makhluk yg.lapar.
                                          labu air yg ku harap menjadi dan dapat mengulangi sejarah labu air ku ditahun lepas, rupanya tinggal harapan. .entah apa punca masalah ni, mungkin cuaca yg terlalu panas dan hujan yg agak berasid.Pagi2 bila periksa tak ada pula serangga perosak.Apa dah jadi2x..nak nyanyi lagu s m.salim,.jom nyanyi.
ok, salam mesra selalu.Assalammualaikum.

24 comments:

  1. Biasanya itu kerja lalat buah. Akak kena balut selepas dua hari disenyawakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih dik Sri.
      lalat buah, tak apa nanti bagi dia sedut gam hehehe..

      Delete
  2. oh tidak! labu air akak yg legend tu dah jadi camni? ish...ish

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe Rose, tak apa..nanti cuba lagi..tapi penat buat batas tau..

      Delete
  3. Replies
    1. hemmm kesiankannn...tak apa belum rezeki.
      Ming, dapat sudah tu bibit bunga sunflower velvet queen n autumn beauty.

      Delete
  4. alamak, kulit setebal itu lalat buah dapat injek? atau kena fungus, macam tomato blight itu? tak ada ke doktor sayuran nak diagnose ni he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..silap sendirilah Dr.
      ingatkan labu venus ni daya tahannya sama macam labu manis yg.lain tu.Tak payah bungkus2, biar gitu je, boleh bebas penyakit.Labu ni jenis comel dan terlalu cantik, sebab tu tak tahan penyakit agaknya.

      Delete
  5. cantiknya labu venus tu tp sayang jadi mcm tu plak. try balut kak. mana tahu selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok dik terimakasih.ada lagi baki tu, nanti try bungkus, kita kongsi lagi rupanya beberapa minggu dari sekarang.

      Delete
  6. Assalam Puteri.. cantik juga besar labu ni.. labu fajar akak seminggu je dah kuning dan gugur.. tak tau nak buat macam mana.. dah lah susah nak lekat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam k mar.
      mungkinkan k mar, cuaca menanam dalam januari yg.lepas tu tak sesuai untuk menanam..semua pokok2 jenis menjalar rasanya tak berbuah, kalau berbuah tak menjadi sangat, begitu juga sayur jenis kailan, sawi..daunnya jadi tebal dan berminyak..Broccoli Romanesco di My Mix Garden pun nampak macam sama dgn di batas sayur saya..nampak keras.

      Delete
  7. OMg! huhu..tat pumpkin venus punya la cantik kan...sad lah kena serang teruk teruk ni. macam lalat buah or bettle punya pasal

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe Olive,jahat tu lalat buahkan.tak apa nanti kasi dia minyak'pugai' tuan Is ada jual tu..baru dia tau apa tu pening lalat.TQ olive.

      Delete
  8. salam kak..alaa sedihnya dah kena cucuk...mmg nampak cantik sgt labu venus akak tuh..cuba balutkan lah yg baru kuar spt saranan rakan2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam dik.
      ok, nanti balut yg ada baki tu.salah akak juga biarkan dia terdedah begitu, sibuk sebenarnya hingga tak terlayan..sedar lagi dah jadi begitu.

      Delete
  9. salam kak puteri...ini rupanya labu venus..ada jiran chinese tanam...cuba akak balut lah..sayangkan bila dh jd mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, sayang sangat, dahlah terlalu ditunggu hadirnya, akhirnya jadi macam tu..tak apa, boleh cuba lagi.Terimakasih Nadia.

      Delete
  10. Replies
    1. hemm sayanglah.
      Padan muka aku, tak lawat dia selalu, main biar gitu je, nehh dah terjadi baru menyesal.Hahaha..ok Nizam, Terimakasih sudi melawat.

      Delete
  11. Wah..comelnya labu 2 ni....kuaq jgk buah kak puteri purnama tanam...sya tnam,ada daun ja..buah x kuaq2...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hitomi lavender,
      mungkin cuaca diawal tahun tak sesuai untuk bertanaman, pokok labu air dibelakang rumah dah jauh jalarnya, tapi sekali abuk x kuaq bunge nye.

      Delete
  12. Saya juga pernah terkena serangan ni. Bukan pada labu tetapi pada pokok tembikai. Sebenarnya bukanlah kena serangan lalat buah sebab lalat buah tak makan labu tebal ni. Tercekik. Heheh.

    Ini sebab cuaca yang kejap panas kejap hujan. Pokok yang kurang nutrien mudah terkena serangan kulat atau merekah.

    Saranan terbaik, puan tambah baja organik dan sedikit suplemen untuk bagi pokok kuat.

    ReplyDelete