Sunday 28 April 2013

Hati yang berbunga, harapan sebanyak benih semaian.

29 april, hari yg.sangat memenatkan aku.  Akhir akhir ini banyak perkara sedang aku usahakan.  Banyak perancangan sedang aku laksanakan.  Semua perancangan aku terpaksa menggunakan duit yang agak banyak.

Sebenarnya di tahun 2011, aku ada membeli tanah disuatu kawasan yg tak berapa jauh dari rumah.  Sesuai untuk dibuat kebun.Tanah itu berharga rm15 ribu, separuh dari duit  harga tanah tersebut dibayar oleh anakanda tersayang 'Irma Restu',..duit tu baki duit biasiswa selama dia belajar di universiti.Dia seorang yg.jimat.Melihat tanah tu kosong, aku rasa sayang tidak diusahakan.

Aku upah orang memasang pagar dan membersih kan kawasan tanah tersebu.  Esok hari isnin, pekerja yg.memasang pagar tersebut, akan memnyiapkan kerja2 mereka.  Maknanya aku kena sediakan duit untuk membayar gaji mereka.  Alhamdulillah, bajet untuk kerja2 ini aku dah sediakan.

Aku rasa  nak penuhkan tanah tersebut dengan pokok2 mangga dan rambutan, pisang nipa dan sepokok dua kelapa pandan.

Semasa Rashid balik bercuti, rezeki Rashid agaknya, tiba2 aku  terlibat dengan projek penerokaan tanah baru.  Antara percaya dan tidak, aku diberi sejumlah keluasan tanah, yg perlu diusahakan dengan kadar segera, kerana itu syarat untuk pemilikan tanah tersebut.  Alhamdulillah. Bergandalah duit yg.perlu dibelanjakan.Tapi tak apa sebab tempat tu sangat cantik, tepi pantai dan berlatarkan gunung kinabalu.

Tapi kesannya aku terasa sangat penat dan tak cukup masa untuk memberi perhatian kepada benih2 yg aku telah semai didalam pasu.  Juga janji aku untuk mengirimkan benih bunga dan sayur kepada rakan2 yg telah aku berjanji untuk berkongsi. Tetaplah akan ku tunaikan juga janji tersebut.Insyallah,

Nak rehatkan minda, pagi tadi sempatlah ambik gambar2 tanaman aku dipersekitaran rumah, teruklah rumput dah tinggi dan semuanya nampak terbiar.Namun mereka tetap cantik seperti mawar ku ini.

Mawar merah ku yg dah berusia hampir 4 tahun, pokok lama.


Rose putih yg ku beli di Padang Besar sewaktu menghantar miming ke Jitra, pada tahun 2009
Kesibukan membuatkan betik sekaki masak ranum di pokok dan tak terlayan, nasib baik tak berrebut dengan burung.


                       Dah semakin tinggi pokok betik sekaki  ini, ada 5 pokok semuanya.

                                                  Semaian tomato benih kiriman adinda di bumi Fiji.  Niat nak tanam guna kaedah tanam tomato terbalik tu, tapi dah besar pokok ni, entah boleh lagi ke pokok ni.
                                                    Sihatkan pokok ni, ada 11 pokok semuanya.
                                                   pokok serai yg mula membesar

                               Ini betik elbino yg.sangat ku tunggu hasilnya.Aku ada kenangan bersama si elbino ini.
Oklah, gambar tak berapa cantik, tapi cukuplah untuk menghijaukan pandangan. Salam ceria selalu.

14 comments:

  1. Salam kak..
    Bagusnya dapat beli tanah dengan harga yg reasonable..cermat btul irma restu tuh kan..tak sabar nak tengok tanah tuh nanti.heheh..banyak jgk pokok betik akak kan..yg bestnya dah nak masak tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam dik,
      alhamdulillah, nanti kalau dah ada tanaman akan dikongsikan gambarnya.

      Delete
  2. bestnya dpt nnt ada tanah.jika dekat blh juga nak pajak sikit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe betul tu,zamzurina setengah, saya setengah..mesti meriah.

      Delete
  3. salam kak...
    bunga ros tu besar2.... suka tengoknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam dik.
      cantikkan. 'sekuntum mawar merah sebuah puisi' indah berseni.

      Delete
  4. Puteri, brapa lama betik sekaki nak berbuah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ingatlah Dr.H adalah dalam 3 bulan kut.Hehehe..

      Delete
  5. akak sy jeles ni..berapa keluasan tanah tu kak puteri? sy pun bercita-cita nak ada tanah khas untuk berkebun...tapi since terbuka hati utk berkebun tanah sangat melampau2 harganya...tanah kosong up to rm60-80 ribu...itupun di kawasan yg jauh dan tempat yg mmg sy takut nak berkebun..kang tetiba rimau dtg visit hehehhe

    p/s: menjadi betul betik2 akak..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. semangat nak ada tanah kebun tu, lambat laun akan dapat juga tu Nadia, rajin rajinlah tanya org.kampung. Akak pun jadi bersemangat apa bila Lynn cerita tentang tanah kebunnya di bukit fresa tu.Jom Nadia kita tanam betik.

      Delete
  6. walau pun tak terjaga....tapi semuanya masih subur2......

    p/s:selamat berkebun nanti bolehlah pos hasilnya he heeee.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih yan.pos benih boleh juga hehehe..

      Delete
  7. Masyaallah, murahnya! Rezeki tu Kak.. alhamdulillah... Fraser Hill tanah kebun seekar RM95 ribu.. di Janda Baik? RM300 ribu! terbeliak biji mata! (Br hari ni dok bincang2 dgn Rizal pasal kebun di FH..kita takder duit nak buat rumah? takper.. pakai jer la camping tent tu bila kita ke sana..org ingat kita byk duit every week naik ke Fraser Hill.. hehe..)

    ReplyDelete
  8. tanah di FH tu, layak lah dgn harga tu Lynn, kalau bisnes Lynn dah mula kat sana, sekejap je modal tu balik..buat tapak perkemahan utk.keluarga, sewakan khemah je, dan keperluan asas..pagar dan upah pengawal utk.jaga keselamatan pengunjung,persekitaran, tanam bunga banyak2, rasanya mesti akan jadi popular tempat tu, siapa nak cuba tidur dalam khemah kecik2 berbumbung langit dan bertilamkan rumput hijau berteman bunga2 yg wangi.ahh bestnya.gud luck Lynn.

    ReplyDelete