Friday 5 April 2013

Taman warisan pertanian dan bibit Pokok Bangun-Bangun, Cuban Oregano.

 Esok hari sabtu 6 april.  Saat ini jam 10 malam 5 april.
Saat ini terasa sedikit santai, petang tadi seperti biasa jam 6.00  aku siram pokok2 bunga dalam pasu dan sayur-sayuran atas batas.

Tersenyum aku melihat tumbuhan yang satu ini. Namanya
Pokok Bangun-Bangun, Cuban Oregano mengikut tuan blog tanam sendiri.com tuan Iskandar.

Pokok ini mempunyai sejarah nya yang tersendiri. Yang kemudiannya menjadi kenangan abadi antara kami berdua.  Si dia ini asalnya dari Taman warisan Pertanian Putera Jaya, selangor.
Kami ke tempat ini atas suatu urusan temujanji.,mengenai pembelian kereta untuk 'miming'.

Sementara menunggu, aku, miming dan Irna Suhaila, mengambil peluang untuk memanjat bukit pertanian tersebut, di atasnya ada banyak tumbuh tumbuhan herba yang subur.

Menyusur laluan keluar, ternampak pokok bangun2 yg ditanam dengan banyak dan subur sekali.  Wah apa lagi, aku pun petiklah satu tangkai anggaran panjang 5 inci.
Aku nak sangat tanam pokok ni, sebab dah tahu kegunaannya semasa membaca dan berkenalan dengan blog 'Tanam sendiri.com'...

Aku faham perbuatan memetik tu salah, tapi apakan daya, aku nak juga..hehehe..lagi pun tempat tu namanya Taman Warisan Pertanian, maknanya ia taman untuk diwarisi kepada rakyat malaysiakan, jadi rasanya tak salah kalau aku ikut tanam apa yg ada di tanam dalam taman warisan tersebut...

Hahaha buat hukum sendiri ni..'hela bela diri'. Pokok yg aku petik tu, aku simpan dalam beg. seminggu selepas balik ke rumah, baru jumpa pokok ni, dah buruk batang nya..alahai sedihnya.

Tapi dengan penuh yakin dan ajak si dia ni berbual2 sambil pujuk2, aku tanam lah dia dalam pasu bunga ros aku.

Lihatlah wajahnya saat ia di tanam.

                              
                                       Selang beberapa minggu tumbuh putik muda dan akhirnya berkembang menjadi daun, wah ada harapan juga.
 Hari ini 6 mac, dia dah menjadi sebesar ini. Tak sangka ia menjadi dan tumbuh subur. Esok aku nak alihkan kedalam pasu yang lebih selesa.  Semoga ia akan terus hidup subur dan berterusan menyimpul kenangan abadi antara kami.

                          Tumbuhan ini menjadi sejarah berharga dalam hidup ku yg. semakin jauh.
Oklah salam ceria.Assalammualaikum.

14 comments:

  1. as-salam kak........dh buruk mcm tu pun masih boleh hidup ye. dulu pernah tanam pokok ni tp tak tahu apa kegunaannya. nak kena belek blog en. is balik ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam Rini.
      Terimakasih sudi melawat.
      Tuan Iskandar ada sediakan cara menggunakan daun ini sebagai teh, Rujuk entry blog tanam sendiri.com pos pd.khamis 3 mei, 2012.Tuaian Hari Ini -- Bangun-bangun, Cuban oregano, Plectranthus amboinicus.

      Jom tanam.

      Delete
  2. salam putri....

    pokok nie...namanya bangun2 ye...baru tahu...lepas nie nak google nak tahu kegunaannya pula....tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam Yan.

      Best daun bangun bangun ni.Ini pandangan Tuan Iskandar tuan blog tanam sendiri.com kata beliau:
      "Daun bangun-bangun enak dibuat teh atau sirap. Sirap bangun-bangun melegakan tekak. Saya gemarkan teh bangun-bangun kerana ia menenangkan. Kalau susah tidur, minum segelas teh bagun-bangun panas. Mmmmm pasti akan mimpi yang indah indah. :)"

      Ok jom tanam mudah hidup pokok ni.

      Delete
  3. Replies
    1. nehh..kau lihatlah kenangan itu semakin hidup..hari demi hari..ia menantimu pulang, hehehe.

      Delete
  4. Replies
    1. hehehe panjang umurnya, betul kalau dah rezeki tetapkan dapatnya.

      Delete
  5. Hmmm... ada perenggan khas justifikasi terhadap kelakuan memetik pokok .... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyalah..kan selalu ada peringatan,'dilarang memetik pokok'..terbiasalah dengan larangan tu, tapi tempat Taman warisan ni, tak ada pun nak larang2 sebeb tu berani hehehe..tapi masa ambik tu, ada rasa segan juga, tapi apa nak buat dah nak sangat, kalau ada penjaga tu kat situ boleh bagi duit kat dia, tapi tempat tu ..siapalah yg rajin nak panjat..dahlah tinggi besar pula kawasannya..yg benar2 sukakan alam flora, pakai kasut tumit tinggi pun lepas..hahaha..dah jadi sejarah sendiri2.

      Delete
  6. Puteri.. bila dah banyak dahannya ..patah dan semai ..senang hidup ...biar dia membiak lagi.. nanti tak putus bekalan..org NS masuk dalam gulai tempoyak pucuk ubi yang diracik halus-halus tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih k mar. campur tempoyak kerabu pucuk ubi kan. nak cuba ni, tempoyak ada lagi.

      Delete
  7. Salam kak..haaa ..ingat dah citer curik batang pokok nie..hehehhe..nie kena pulang balik nie dah semakin besar nie..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..pokok curi?..eee tak lah, itukan harta warisan, akak ambik hak sebagai pewaris sah rakyat malaysia..tak apa tahun depan, boleh hantar balik dah pokok tu, dah membiak pun. Hari tu dah cerita, cerita kali ni, mengenai betapa mudahnya pokok ni hidup dan sangat berharga.

      Delete