Tuesday 16 April 2013

Koleksi matahari, beranika seri dari Lynn yang baik budi.

Telah ku terima bingkisan  nan indah
Bersamanya benih bunga beranika warna
Terlalu indah mempersona.

Untuk Lynn,
Bunga ini akan ku semai
Moga ia akan tumbuh dan mekar segar
Bersamanya nanti ada nama mu
tertulis disetiap kuntuman berseri
Terhampar menghiasi halaman rumah
..dan akan selalulah aku mengukir senyum..
Senyum yang paling manis buat mu
dan akan selalu aku berbisik
..Lynn terimakasih..
koleksi mentari ini, terlalu berharga buatku.
sun flower Taiyo, velvetqueen, n autumn beauty, dah lama aku nak tanam bunga ni..harap2 ini akan tumbuh.

Ada senyum dihatiku saat ini, menyemai bunga idaman satu cabaran yg.menyeronokkan.
Harapnya nanti nasib nya seperti peria jantung yg sangat ku inginkan akhirnya berjaya.
Mungkin akan ku semai satu satu, tak boleh serentak nanti jadi macam labu venus ku..
Peria jantung berjaya, labu venus, kecundang..silapnya diri aku yg.cuai..seperti membezakan mereka.
Peria ku bungkus, labu venus ku biar, silap perhitungan. Ku ingat, labu tak perlu bungkus, sebab kulitnya tebal..seperti labu manis op..biar begitu, boleh membesar dan tak ada musuh.

Ok bukan rezeki lagi.
Lynn, terimakasih.salam ceria dan assalammualaikum.salam pd.student Lynn, yg tolong pekkan bunga2 tu.

13 comments:

  1. makin meriah la halaman akak dgn bunga warna-warni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe harap2 begitulah Rose, persediaan menyambut hari raya 2013.

      Delete
  2. Wow; cara Lynn pek kalah Miruku Garden

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 benih kongsi dari lynn ni, akan tumbuh dan subur menghiasi halaman rumah.Terimakasih Dr.H, sudi melawat kita.

      Delete
  3. salam kak...gembirakan dapat koleksi benih2 bunga tuh..lps nie makin berserilah laman akak ngan pelbagai2 bunga...hhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam dik,
      hehehe mestilah gembira, doakan semoga bunga2 ini akan tumbuh subur, nanti akan adalah benihnya tumbuh di bumi fiji pula.

      Delete
  4. sama lah kak puteri..sy pun berkira-kira waktu yang khas untuk bunga-bunga ni...sebab takut terabai..sayang sangat...sy dah try pada cosmos double..alahai hanya 2 anak pokok tengah struggle to survive..geram betul burung2 suka patuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cosmos double tuNadia rendam dulu, atau tanam terus?

      Delete
    2. sy tanam terus..kena rendam dulu ke...nampaknya yg lain sy rendam dulu lah..sy fikir mcm semai ulam raja...main tabur je..tunggu 4 hari tumbuh cambahan

      Delete
    3. rasanya kalau nak selamat rendam dululah kan, macam rendam benih mata hari tu..cuaca kering sekarang ni, kena bantu juga benih2 ni.Terimakasih dik.

      Delete
  5. wah2 nanti bila dah berbunga bolehlah yan minta benihnya pula ye...he heee....tutup muka2 malu....

    ReplyDelete
  6. Insyallah Yan.
    doalah semoga menjadi bunga2 dari negara suam2 sejuk tu..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah... sampai juga ke tanah Sabah.. tgn sejuk Kak Puteri tu gerenti dia membesar dan berbunga dgn cantik ya...Tanam satu2 lg baik kak, sbb kalau tanam multiple jenis serentak, benihnya nanti dah tak original, takut cross pollinate by bees or butterfly..

    ReplyDelete