Thursday 25 July 2013

Ada penantian didalam hati.

25 Julai, hari khamis yang panas berbahang.  Aku demam selesema. Namun tetap rasa seronok meneruskan ibadat puasa dan memeriksa kebun yg.sentiasa didalam hati.
Ini kawasan batas untuk tembikai.Namun aku ambik dua batas paling tepi untuk menanam ubi kayu dan kacang tanah.  Jom tengok gambar kenangan.

Ubi kayu yg.aku dan ir tanam dua minggu yg.lalu telah setinggi ini.Satu batas besar dan panjang, berkedudukan paling tepi.
                                                  Ini batas untuk kacang tanah, harap2 isinya banyak nanti.
                      Dah tinggi macam ni, tapi kacang ni agak rapat kan.Masa tanam main campak2 je.Bila nampak dah tumbuh, macam rasa bersalah pulak..tak susun elok2..hai entah lah.
                                         Keadaan ubi kayu yg.nampak sihat, semoga tiada musuhnya.
               Benih2 labu manis, labu kundur dan labu putih , semai atas tanah, semuanya dah tumbuh.
                                          Kawasan ini, aku nak guna untuk jalarkan semua jenis labu yg.telah disemai itu.  Mungkin nak tanam jagung juga dan peria jantung dan katak dibarisan tepi atau tengah,  Kawasan ini sengaja tak buat batas, ia untuk benih2 yg.kawan2 kongsikan dan yg.dipesan dari blog tanam sendiri.com.
                                            Ini kawasan batas untuk tanam tembikai seluas 3 ekar.  Sejak urus tanah ini, kulit aku semakin gelap.  Seiring tembikai ku dipasaran nanti, mungkin aku dah bertukar warna kulit..harap2 aku bertukar warna kulit orang sudan..janganlah afrika, gelap sangat hehehe...sudan merah coklat.
Hari sabtu nanti nak pam racun rumput untuk kawasan tepi batas ubi kayu yg. semak penuh lalang tu.
Ok lah salam ceria.

10 comments:

  1. As salam cikgu,

    Saya ni bila terpandang pokok kacang tanah pasti teringat pada arwah nenek. Dulu arwah suka tanam kacang tanah dalam jumlah yg byk untuk dijual. Saya suka tgk susunan pokok kacang tanah yg di tanam di kawasan sawah padi selepas musim menuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Adry,
      Mesti bestkan masa tu..nenek tanam banyak, anak cucu teman nenek gi kebun. Saya pun ada pengelaman yg.sama, masa lalu yg.indah.

      Delete
  2. Assalam Puteri.... alhamdilillah cantik2 naiknya semua tanaman tu... good luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam k Mar.
      Terimakasih sudi singgah.

      Delete
  3. Assalamualaikum Puteri,

    Seronoknya berkebun dengan tanah yg nampak subur sangat dan kawasan yg luas. Semoga semuanya berhasil.Happy gardening

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikumsalam saodah.
    Amin..terimakasih sudi melawat ..entahlah semuanya masih dalam petcubaan.

    ReplyDelete
  5. bestnya, tak sabar nak tgk hasilnya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe Rose, tak sabar ye..doalah untuk akak semoga Allah berkati semua usaha ini, esok kalau berjaya, mesti Rose akan dijemput utk.sama2 merasmikan buah yg.ranuum hasil tanam sendiri tu, Insyallah.

      Delete
  6. assalamualaikum kak,
    kagum tengok tanah projek akak nie..jeles pun ade..bilalah nakade tanah camnie..takper warna kulit berubah pun janji hasilnya nanti mmg inshaallah berbaloi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      sihat?..alhamdulillah semoga sejahtera selalu.hehehe janganlah jeles, nanti kalau impian akak dah tercapai..suatu hari ummuaidan pun akan ada peluang utk.bersama2 memeriahkan projek ini hehehe..bila lah agaknye tu ek.

      Delete