Wednesday 31 July 2013

Bila Hujan Turun

1 Ogos di subuh ini..hujan turun berselang hari, cuaca agak sejuk dan tapak penanaman sayur sayur ku kembali hidup. Alhamdulillah.
Memandang kan musim jerubu sudah berakhir, cuaca kembali normal, semangat berkebun ku datang lagi.
Meski berpuasa dising hari, waktu petang aku ada kesempatan walau seminit dua untuk membersihkan tapak tanaman.Berdikit dikit aku bersihkannya, akhirnya ia dah siap dan bersedia untuk di ditaburkan benih2 sayur yg.aku ingin tanam.

Setakat ini hanya bayam yg.masih cukup setia menghuni tapak tanaman ini, sekian lama diterjah cahaya matahari yg.berbahang.

Subur bayam merah aku ini..benih yg.aku pesan dari Blog tanam sendiri.com yg.mudah tumbuh dan sentiasa menarik semangat untuk terus menanam sayur sendiri.
                          3 tapak sedang menunggu utk.ditanam terung hijau, sawi  dan bayam hijau daun bulat.
Sepatutnya semua ini aku sediakan sebelum bulan puasa dan hasilnya dapat dinikmati anak2 semasa berkumpul di hari raya.  Tapi masalah jerubu, cuaca yg.terlalu panas juga kesibukan dengan pengurusan tanah pantai, semuanya seperti telah terlambat.  Tapi tak apalah, sekurang2nya hati lapang melihat kawasan rumah terang dan ada benda disiram pagi petang.

Ok lah salam ceria dan selamat menunaikan ibadat puasa.Assalammualaikum.

4 comments:

  1. assalan Puteri.. wah banyak raise bed tu .. lepas ni mesti meriah dengan sayur-sayuran! bayam tu pun macam riang ria je tumbesarannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikum salam k Mar.
      hehehe tetiba rajin bila hujan turun, cuaca sejuk.Harap2lah hasilnya nanti meriah.

      Delete
  2. salam kak.
    segar nampaknya bayam2 akak tuh..yg bayam merah nie lg sedap dr bym hijau kan,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikum salam dik.
      hehehe alhamdulillah ginilah keadaannya..nak tanam kobis dan brokoli tak mau menjadi, tanam bayam je lah.
      Bayam merah ni kuahnya sedap dan wangi.Terimakasih dik.

      Delete