Friday 26 July 2013

ku gapai mimpi ini.

Alhamdulillah dalam sibuk2 menjalani ibadat puasa dan tentunya ramai bersedia menyiapkan segala macam untuk menyambut hari raya, bagi aku, hari raya tahun ini rasanya tak akan ada yg istemewa, azam nak tukar warna langsir, dah tak dapat diuruskan.Nak tanam bunga2 khususnya bunga mata hari, ingin mengulangi keceriaan suasana hari raya 2012, nampaknya tidak tertunai.

Bunga2 di halaman banyak yg.terbantut pembesarannya. Segala yg.dirancang untuk hari raya, rasanya dah tak menarik.  Seluruh hati dan perasaan ku seperti aku curahkan untuk mengurus batas tembikai yg.besar2 ini. 

Proses menanam batang paip sedalam 30 kaki ke dalam tanah utk.menyedut air..telah selamat dilaksanakan..dengan menggunakan mesin ini.Harganya hemm..2 gulung getah paip berukuran 1 inci, dan sebuah tangki besar..semua benda2 ini utk.kegunaan menyiram kebun ini.

Kos penyediaan semua alat2 ini..tanpa aku sedari dah mencecah ribuan ringgit.Hehehe..ok tak apa..yg.penting hari raya ke3 atau ke 4 nanti aku akan bawa anak2 berkebun dan lepak tepi tasik dekat kebun ini, sambil menjalan ikan talapia hitam dan masak nasi dalam khemah.
Rasa nya aktiviti ini akan lebih seronok.

                                           Mesin ni kena beli satu lagi.
                                            Penjuru dihadapan kebun menghadap tasik kecil.
                                     Perancangan yg.terdekat, kawasan ini aku nak korek bagi dalam dan buat kolam udang kertas, kalau tak cukup modal, terpaksa buat tempat rekeriasi je lah..tempat berkayak hehehe..

Aduhh besarnya mimpi aku, sebenarnya aku nak buat projek tapak perkhemahan..selain dari kebun tembikai dan ubi manis.  Untuk semua ini terpaksa tunggu orang Banglore balik dan kerja dulu, nak bawa dia mulakan bisnes.
Nak memulakan semua impian ini, aku berjam2 cari maklumat diwaktu2 rehatku, kena baca buku2 dan catatan pengelaman mereka2 yg.dah berjaya.  Doakanlah aku akan berjaya.
Aku dah sediakan nama untuk tapak perkhemahan ini, aku sedia 5 nama, minta anak murid pilih.
Aku ikut suara ramai, nama yg.berjaya mereka pilih, naluri anak murid..semoga akan ada keberkatannya.

Kalau dah nampak bayang jayanya, akan ku kongsikan nama yg.tentuhnya indah dan gemersik bila dilafazkan. 

Ok lah, malam2 begini semoga Allah makbulkan niat ku untuk berjaya melaksanakan projek impian hati ini.
Doakan ya.Semoga doa kalian di makbulkan Allah.
Salam ceria.

12 comments:

  1. Wow besar projek akak, cantik suasana kawasan tu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe iya memang projek besar dik. suasana tempat ni sangat cantik dan damai.Terimakasih melawat.

      Delete
  2. cantik kawasa ni.dah siap nanti boleh lah saya gi berkemah dgn ank2 kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha itu sudah tentu Suzi.Tapi mungkin lambat lagi..tunggu ambik modal dari tembikai dulu hehehe..

      Delete
  3. Assalam Puteri... semoga tabah mencapai impian... one fine day nanti bolehla ke sana... berangan dulu ! Semoga tabah membangunkan tempat ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam k Mar.
      aduhi..andai semuanya dah jadi kenyataan..suatu hari mesti aku akan buat kan satu reunion utk.sahabat2 tanam sendiri.
      Tapi bila tu?hehehe tak apa berangan angan dulu..

      Delete
  4. Salam Puteri,

    Nyamannya, ada tasik lagi! Tentu sedap makan nasi dalam khemah, dalam suasana penuh kedamaian di situ!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Aji wa'alaikumsalam.
      tempat ni sangat nyaman dan tenteram. Bayangkan ditasik tu ada itik dan angsa putih berserta bunga2 teratai merah putih ..dan kita ramai2 berkumpul dan saling bertukar cerita..hahaha..mesti bestkan.

      Delete
  5. Assalam kak..
    Alhamdulillah .bangga sangat ngan akak yg telah bersemangat menjalankan projek sebegini..kalaulah dekat2 nak jugak dtg tlg tuk projek akak nie..apapun sy yakin pastinya berjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.amin.
      hehehe..terimakasih dik, tunggulah perkembangannya.Kalau Allah takdirkan ini memang rezeki, yg.berada dalam lingkaran ini, sama2 akan merasakan hasilnya.Insyallah

      Delete
  6. Assalam kak Puteri.

    Moga Allah merahmati segala usaha kak. Semoga berjaya. In shaa Allah.

    ReplyDelete