Saturday 27 July 2013

Sehingga kini

 28 julai, subuh hari ahad yg.tenang.
Alhamdulillah selesai menguruskan aktiviti sahur, aku berkesempatan menjelajah halaman maya, mebaca catatan, mendengar dan menonton segala seribu satu cerita seluruh dunia.ooo luasnya alam maya.
Walau luas. walau banyak gambar  dan maklumat yg.ku baca, aku masih tidak dapat mencari jawapan bagi  benda ini sehingga kini.

Anda pernah tengok?, tahu nama nya?..tolong kongsikan maklumatnya ya.
Inilah benda itu.



Aku membelinya dipasaraya didaerah Tuaran pada tahun 2008. Harganya 100g rm18.  Aku minta gadis yg.sedang mengurusnya memberikan aku harga 2.00 ringgit.  Dia bagi aku 6 biji. Sampai rumah aku rebus benda ni dan berusaha mengeluarkan isinya. wow isinya macam isi ubi manis atau kacang tanah. 4 aku makan, 2 aku simpan...yg.inilah.

Sehingga kini sudah lima tahun berlalu, aku tidak lagi pernah melihat atau menjumpai benda ini..walau ke mana aku pergi, selalu mata melilau mencarinya bila melawat mana2 kedai dan supermarket yg.kecil mahu pun yg.besar2. Dari Padang Besar hingga ke Sabah tak lagi ku temui ia.  Apa benda ni??..
Yang jelas ia sejenis kekacang atau ubi tapi tak tahu pokoknya macam mana, masa beli tanya gadis yg.menjualnya pun tak ada maklumat, katanya 'makanan orang cina'.

ok lah, kalau ada yg.ada maklumat tolong kongsikan ya.Terimakasih salam ceria.

28 comments:

  1. Aku pun pernah lihat dulu. Aku rasa ia bermusim kut tapi bentuk buah tu unik, mcm lambang pengakap atau tanduk setan... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, bentuknya terlalu unik..betul betul macam kepala haiwan bertanduk, mirip muka kerbau liar.Mula2 beli warna hitam berkilat.

      Delete
  2. As salam cikgu,

    Yg ni dipanggil kacang tanduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam Adru.
      Terimakasih banyak2 sudi bagi tau nama benda ni..dapatlah cari di google images..tapi masih tak jumpa gambaran sepenuhnya macammana rupa buah ni ketika lekat kat pokoknya.
      Terimakasih Adry.

      Delete
    2. Ni sedikit info yg saya tau mengenai pokok kacang tanduk. Ia bh dikenali dgn nama lin kok, water caltrop, water chesnut, buffalo nut, bat nut, devil pod, horn chesnut. Kacang ini popular bagi kaum cina semasa perayaan kuih bulan. Kacang hantu atau water caltrop ini merupakan tumbuhan akuatik. Ia hidup di permukaan air spt kiambang dan keladi bunting. Di Malaysia, ia hidup di taliair.
      kalau cikgu nak kenal pokoknya, cuba search 'water caltrop'. Pasti cikug terpegun dgn keunikan pokok akuatik ni.

      Delete
    3. kepada Adry,
      jutaan terimakasih kerana membantu saya menyelesaikan persoalan yg.tersimpan selama 5 tahun berlalu.
      Saya dah periksa blog tersebut, memang sangat2 hebat tumbuhan yg.satu ini.Terimakasih ya, kalau Adry dapat cari pokok ini, kirimkan juga untuk saya hehehe..rasanya pokok ini senang hidup ditempat saya, macam tanam teratai je kan.

      Delete
    4. Tumbuhan akuatik ni berasal dari China. Yg tumbuh di sini ditnm guna biji benih dr sana. Pyh nk jumpa pkk ni tumbuh liar di Malaysia. Kalau cikgu jumpa kacang ni, cuba semai. Mungkin ia bercambah.

      Delete
  3. Replies
    1. hehehe k Mar, pelikkan rupa tumbuhan ni..saya simpan benda ni dan selalu buat perbincangan dgn murid utk.menarik minat mereka ingin tahu dan memberi pendapat.

      Delete
  4. slalu jumpa kacang tu dekat2 raya cina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rose buatlah entry khas tentang kacang hantu ni..belum ramai yg.tahu tentang kacang hantu ni..di google pun tak ada yg.menulis mengenainya, gambar tu adalah sekeping dua.

      Delete
    2. sejujurnya sy belum pernah makan kacang tu kak, tengok mg selalu

      Delete
    3. Rose,
      kalau jumpa kacang ni, beli ya sebiji dua, kita tanam, Adry kata kemungkinan untuk tumbuh tu ada.Tanam tempat lembab macam teratai atau keladi bunting..utk.akak kirimlah sebiji dua..kalau jumpa lagi k.

      Delete
  5. Assalam kak puteri... baru minggu lepas jumpa benda alah ni kat laman tenet jugak.. kacang tanduk atau kacang hantu nama diberi.. belum pernah jumpa lagi di alam nyata ni. Teringin jgk nak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Maszz.
      tak pernah tengok dialam nyata ye..betullah kacang ini sangat2 tidak dihiraukan hadirnya..sehingga ramai yg.tak pernah tengok rupanya. Agaknya pokok dia macam mana kan Masz. Mesti pelik juga.

      Delete
    2. rupanya agak menyeramkan...hehehe.
      nasib baik kak puteri letak kat blog, boleh perhati betul-betul rupanya. jom cari pokoknya pulak.

      Delete
    3. Masz periksa 'water caltrop' banyak infomasi mengenai tumbuhan ini. Kalau Masz dapat pokok ini jangan lupa belikan akak juga ye..kawan2 yg.salalu melancong mesti pernah jumpa pokok ni.

      Delete
  6. Wooo..mkn sorang2.....nda bagi urang...eeeeeee

    -ayu-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..makan untuk ingin tahu je, ada kongsi dengan pakcik Mat.

      Delete
  7. Assalam kak puteri,

    saya pun tidak dapat meneka buah ape sbb tak kenal dan mungkin kali pertama tengok. Ingat kan tadi barang tembaga atau barang tinggalan lama atau sejenis senjata. rupanya kacang ya,unik sekali bentuk dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      sangat unik.Bayangkan rupa haiwan ada pd.bentuk tumbuhan.Allah maha pencipta. periksa dekat google 'watercaltrop' rupa buahnya terlekat dekat pokoknya sangat hebat.

      Delete
  8. Setiap kali perayaan tahun baru cina confirm ada dijual di aeon jusco dan aeon big dulu nya carre4... Cuba tgk thn ni mesti ada.. Tp saya tk pnh beli sbb tk tau apa bendanya tu... Bole tunjuk mcm mana nk kupas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara kupas? hehehe saya belah dengan pisau je. Benda ni kalau dah rebus kulitnya jadi lembut.Isinya macam rasa ubi manis atau kacang tanah rebus.Air rebusan warna unggu.
      Kalau jumpa beli lah untuk rasa2, rugi kalau tak cuba.
      Tak semua orang bertuah dapat rasa benda ni, betul tak.
      Terimakasih sudi singgah..

      Delete
    2. Kacang ni org ketuk gna benda berat utk pecahkn kulitnya yg keras.

      Delete
  9. Salam, jika saya tak silap nama species tumbuhan nie ialah Trapa natans, biasanya tanam dalam kolam, susunan daun die yang menarik susunan rossete..=)salam blog walking jgak...

    ReplyDelete
  10. Saya jumpa kacang ni dijual di AeonBig MidValley.. 1 kg rm 8
    Saya baru beli hari Selasa lepas

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Sya jumpa jga kacang ni ,,,
    Kacang cuma ad satu tahun skli tiap mau perayaan cini kacang ini hanya tumbuh di negri cina sana,,

    ReplyDelete