Monday 12 August 2013

Betik hawaii terlebih ranum, Semaian terung hijau terlebih usia.


 Hari ini isnin 12 ogos 2013.
Dah masuk 5 syawal.  Masih ramai berkunjung untuk berziarah al maklum lah masih cuti sekolah, meski yg.berkerja di pejabat dah mula berkerja seperti  biasa. 'Restu' dah balik, ke tempat kerjanya.Aku rindu dia.

Dalam kesibukan melayan suasana hari raya, sayur terung hijau@terung telunjuk telah tumbuh membesar dalam pasu kecil, rasa nak segera tanam di atas batas namun masih tiada kesempatan utk.membuat aktiviti berkebun.  Entah apalah yg.akan terjadi pd.semaian terung ini.



                                            Terung hijau dah terlebih usia.  subur pokok terung ni.

 
 Betik Hawaii yg.menurut penjual pokoknya, telah terlebih ranum di pokok..cantik juga lah rupanya, tangkainya agak panjang bila dibanding dgn betik sekaki.
                                         Anak semaian betik sekaki yg.terbiar lupa nak siram.
                      Terung giant yg.terus menerus berbuah dan sayur bayam merah yg.cukup untuk sekeluarga.

Ok lah sekadar sebuah catatan kenangan.Salam ceria selalu.Assalammualaikum.







4 comments:

  1. sihat-sihatnya terung dan bayam tu

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah ..sihat dan bersih.Terimakasih Rose.

    ReplyDelete
  3. salam kak..
    betik hawaii kat sana besar ngan panjang yer kak..kalau yg kat sini kecik jer..warna cam orange gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      Entah lah betik ni, orang yg.menjualnya kata betik baka hawaii..akak nak cuba je, nak tengok betik hawaii tu camana rupa dan rasa nya. Tak nampak apa2 bezanya dgn.betik sekaki.

      Delete