Friday 2 August 2013

kata mengata, maaf-maafan sempena 25 ramadan.

Kisah kirim -mengirim bungkusan@bingkisan,
Pos-mengepos sampul surat berisi benih yg.halus2 contoh benih bunga, sayur sawi, bilangan yg di pos dua bungkusan kecil,,selebar duit 50 sen.

Kalau di pejabat pos tempat  saya nak beli stem utk pos benda2 ni, bungkusan ke yg.berharga belasan ringgit hingga puluhan ringgit  atau beli stem berharga 80 sen, masa yg dilaburkan tetap sama..1 jam 2 jam, sehingga nombor di panggil. Hahaha..ok ke cara ni?..

Sebab itu bila ada sahabat2 yg aku tergerak hati nak kongsi benih, alang-alang aku beratur utk 80 sen  itu biar lah aku beratur utk.benda yg lebih berfaedah..iaitu kirim bungkusan diniatkan sedekah kerana Allah, yg.memberi berlapang dada, yg.menerima tentu teruja, dan persahabatan diharapkan akan tersimpan menjadi kenangan, bahawa kita pernah bersama dalam lingkaran kehidupan ini.

Justru itu, sempena bulan baik dan penuh keberkatan ini, saya memohon maaf kepada rakan2 maya, andai ada salah silap bahasa dan mungkin ada yg.menghantar email minta kongsi benih dan nak beli benih tapi tidak terlayan, mohon berbanyak maaf.Maafkan saya.

Ada juga silent reader, yg menyatakan minat dan sentiasa ikut perkembanan kebun halaman dalam lingkaran ini, ada yg.minta kongsi benih, ada yg, nak minta no.akaun nak bayar.  Ada yg saya' layan' tapi saya kata tak payah bayar.

'Berminggu atau berbulan' saya tunggu nak tahu dah terima ke bungkusan yg.saya  kirim tu saya pula terkerjar2 nak bertanya2, lalu  dengan selamba dia jawab  sudah dan minta maaf kerana lambat balas.  Balas apa??..saya minta balas ke?.....saya tak minta balasan apa2, saya cuma nak tahu, kiriman tu dah terima ke belum, itu je..biasanya saya bagi banyak2 berjenis benih, saya tak tahu yg.si penerima suka ke atau tak suka, mungkin dia terasa kiriman tu menyemak saja, sebab tu tak sudi beri tahu melalui email sekadar 3 perkataan.'kiriman sudah terima'.

ok..lah mungkin sikap saya yg.selalu ingin berkongsi dan selalu pula kalau nak kongsi tu, nak bagi banyak2, membuatkan ada yg tak gembira, saya minta maaf  k.,,senang cerita...campak je benih2 tu kat tepi lebuh raya .mana tahu benih2 bunga tu akan ada yg.tumbuh muncul menjadi pemandangan yg.indah, dalam senyap ia dari halaman disini dalam lingkaran ini., habis cerita.

Kesan dari perkara ini rakan2 yg ada email nak beli atau nak minta kongsi benih, ramai yg.saya tak layan, kerana malas perkara kecik menganggu keceriaan hati saya...saya minta maaf.

Ok lah entry kali ini sekadar luahan rasa ucapan minta2 maaf agar ada alasan untuk minta maaf..
Tapi dalam, senyap..perkara2 yg.saya cerita diatas saya lalui.  Saya gembira dan terhibur memiliki sahabat2 blog yg.benar2 sejiwa dengan saya dan tahu menghargai makna persahabatan.Saya menghargai sahabat2 blog saya.  Assalammualaikum.

4 comments:

  1. Salam Kak Puteri,
    sedih plak baca entry ini. Apapun saya nak ucap terima kasih atas pemberian dari akak dan juga persahabatan kita harapnya berpanjangan. Selamat hari raya, kalau ada tersinggung dgn kata2 saya mahapkan zaya zahir dan batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik Rose.
      Sama sama Rose. Benih2 yg.Roae kirim tu..akak dah semaikan.
      Kalau dah dapat hasil, nanti dia jumpa Rose di ruang tamu disini dalam lingkaran ini..hehehe..koleksi benih dari daerah jauh jadi kesayangan.

      Delete
  2. Assalam kak..
    Kalaulah saya ade menyinggung perasaan akak ataupun termasuk dalam golongan yg dinyatakan diatas..sy mintak maaf byk2 dr ujung rambut sampai ujungg kaki kak..kdg kita tak sedar perbuatan kita sehinggalah orng tegur..
    dan pemberian2 akak kpd kami sangatlah dihargai dan Allah jua yg dpt membalasnya..
    salam persahabatan selagi adanya usia dan ingatan..salam ceria kak..maaf zahirbatin..:)

    ReplyDelete
  3. wa'alaikumsalam dik,
    Sambutlah salam sayang dan salam mesra dari akak ditanah air.
    Tak pernah menyinggunglah dik, tak pernah terasa hati dengan sahabat blog yg.sejati..yg.menjadi sahabat akak semuanya baik2 belaka dan berbudi bahasa, sebab itu kita boleh berkawan dan bertukar2 cendera kenangan kan.

    Kalau entry diatas menyinggung perasaan, akak minta maaf juga.

    ReplyDelete