Sunday 18 August 2013

kelapa cepat berbuah- pilih tunas tumbuh melintang.

Pagi tadi 18 ogos hari ahad yg.cerah. jam 11 pagi, pergi menghadiri majlis perkahwinan anak abang sepupu aku 'abang Baudin'..anak saudara aku pengantin perempuan bernama Bibi Kurnia.
Kelmarin 17 ogos, hari sabtu ke daerah KM utk.menghadiri majlis perkahwinan anak abang sepupu aku  sebelah aruah ayah abang 'kak Soyo Yang Norbik" anak saudara aku  pengantin perempuan bernama        'siti Nor Manja"
 Cerita di daerah KM, selepas menghadiri majlis persandingan Siti Nor Manja, kami singgah ke rumah kakak sepupu, di rumahnya ada banyak bibit kelapa.Buah nya besar2, menurut kakak, isi kelapa itu jenis yg.tebal dan banyak santan.Aku pun angkatlah beberapa pokok utk.projek Tanah Pantai.

Dalam perbualan kami, kakak sepupu aku ini, memberi petua, kalau nak tanam pokok kelapa dan ingin  cepat berbuah pilih benih kelapa jenis yg.'tumbuh melintang'

Jom tengok gambar kelapa tumbuh melintang.
                                                   Kebanyakan kelapa tumbuh macam dalam gambar ini.
                                                    Kelapa2 ini akan berbuah tapi lambat kata kakak sepupu aku yg.sudah berusia hampir 70 tahun.
                                             Ini benih  kelapa yg tumbuh 'melintang'..ini benih yg.cepat berbuah.
                                                  Benih kelapa yg.tumbuh lurus macam dalam gambar ini, lambat berbuah.
                                                   Benih kelapa ini dari jenis yg.sama, tetapi terdapat perbezaan yg.ketara cara pertumbuhan tunas pada kedua-dua benih ini.Yg.satu tumbuh melintang ditengah badan buah dan yg.satu lagi tumbuh lurus di permukaan muncung buah.
                                             Ini benih kelapa mawar.Tunas pokok tumbuh ditengah- tengah badan buah, kononnya menurut keterangan orang dulu2, pokok beginilah jenis yg.cepat berbuah.
                                             Ini kelapa pandan, ia juga bertunas ditengah2 badan buah.
Apa kah kelapa ini akan berbuah cepat?..entahlah sehingga kebenarannya terhasil, baru boleh kata benar.  Aku nak tanam pokok2 kelapa ini di tanah pantai yg.sedang diusahakan.
Ok lah sekadar perkongsian cerita dan sebuah ingatan panjang selagi bernyawa.  Utk.kakak sepupu aku ini, terimakasih kerana berkongsi petua warisan nenek moyang.
Assalammualaikum.

8 comments:

  1. Salam kak..
    terima kasih atas ilmu yang dikongsikan nie..inshaallah bila nak tanam kelapa nanti leh buat rujukan kan..ceria selalu ok:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      terimakasih , salam ceria juga untuk mu disamping putera puteri yg comel2 tu.

      Delete
  2. Asslamualaikum kak,
    Arwah ayah pun ada berpesan pada kami, kalau nak pilih benih kelapa, pilih yang tunas tumbuh di tengah. Kata arwah ayah, cepat berbuah dan santannya lebih lemak.
    Apa salahnya kan kita ikut petua...terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dik.
      bermakna petua ni telah dikongsi oleh ramai orang sejak dulu lah kan..terimakasih juga untuk asik.

      Delete
    2. Sama-sama kak puteri...semoga semua mendapat manfaat..insyaAllah

      Delete
  3. Tanam sekali dan tanda, boleh buktikan betul ka tidak petua itu betul ka tidak hehe :p

    ReplyDelete
  4. Kelapa mawar itu tinggi apa rendah sama dg kelapa pandan?

    ReplyDelete
  5. Kelapa mawar itu tinggi apa rendah sama dg kelapa pandan?

    ReplyDelete