Friday 9 August 2013

kenanga 1 syawal 2013

Seperti hari raya tahun2 yg.lepas, aku dan Ir akan membawa anak2 ke masjid untuk menunaikan sholat sunat hari raya aidilfitri.Aktiviti yg.sama dapat dilaksanakan tahun ini, syukur alhamdulillah.
Semua anak2 hadir kecuali yg.sedang study di Banglore sana.Tahun ini dia tak balik lantaran exam yg.sangat mendekat.

Aktiviti raya pertama, kami cuma  melawat emak dan ayah di perkampungan Abadi, terletak di daerah KM.  Ada simbahan airmata di mata hati ku.
Usai membaca yasin, kami kembali ke KB dan singgah berhari raya ke rumah abang sepupu yg.terkenal dalam mengacara majlis sebagai' mama Nya'..entah apa cerita di sebalik nama itu..

kehadiran kami disambut dengan berita sedih iaiitu anak menantu kepada adik. abang sepupu aku ni, telah meninggal dunia akibat kemalangan di malam 1 syawal di daerah kudat, suami dan anak anak nya masuk wad kritikal.
Apa nak buat kan dah takdir meraka.

Selebihnya kami ke rumah abang mat, kak siti dan yg.lain.
Di rumah abang Mat, pakcik aku iaitu abang sulung aruah ibu aku sakit tenat.  Kasihan tengok dia, sebenarnya dia bukan sakit penyakit cuma sudah terlalu uzur kerana usia yg.sudah terlalu lanjut.
Semoga pakcik tabah menerima ujian Allah.

Kemarin Hari Raya ke dua, awal pagi hujan sangat lebat, jan 3 petang baru berhenti..
Keluarga Pakcik shoi suami isteri dan semua anak2nya, datang.Wahh..terasa juga sibuknya melayan tetamu,
Selang beberapa minit cikgu Hartini @harta kesayangan ku hadir bersama ibu dan adik lelakinya.
Alhamdulillah semuanya ok.
 Sedikit gambar kenangan di pagi syawal 2013 untuk catatan kenangan.
                                        ketua di hadapan 'Ir'  yg.belakang 'ir Junior'




yg.anak2 gadis sepatutnya 5, tapi seorang terpaksa cuti kerana kaki masih bengkak akibat kemalangan motor hari itu.
   Persekitaran laluan ke masjid melalui jalan belakang tanah orang, semak samun, jalan pintas katakan.
                                          Aida dan suhaila  tentunya dengan senyuman manis di pagi syawal ini.
Hehehe mengantuk  lah buah hati aku ni.

Inilah harta aku meski seorang lagi  tak bersama, namun aidilfitri  tetap ceria.
                                         Baju tema tahun ini kelabu silver
Keluarga pakcik shoi anak dan menantu serta cucu semua hadir, Alhamdulillah kami bersama lagi di aidil fitri ini.  Terimakasih  pakcik kerana menceriakan suasana hari raya ku.

  Pakcik dan makcik warna kuning sutera tema merakatahun ini.
                                            Anak dan menantu serta cucu2.
  Yang ku simpan  1 000 000 harapan agar generasi diteruskan dalam suasan aman dan tenteram berbahagia di dunia dan akhirat.

Ok  sampai di sini salam ceria dan selamat berehat.Assalammualaikum.







4 comments:

  1. Salam aidilfitri kak..
    ceria semuanya kelihatan anak teruna dan gadis2 manis akak..:)..suasana raya jgk kelihatan meriah dirumah tu..
    dalam gembira ade jgk terselit kedukaan..adat kehidupan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      Terimakasih kerana sentiasa berkunjung dan saling kekal bersama walau di halaman maya.Hemm benarlah dik, dalam ceria mesti ada insan yg.berduka. Adat hidup kan.

      Delete
  2. Assalam..
    Selamat hari raya untuk kak puteri sekeluarga.. maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Mazz.
      Terimakasih.Selamat hari raya juga utk mazz sekeluarga.Maaf zahirbatin.

      Delete