Thursday 29 August 2013

ku terima bingkisan dari mu

29 ogos hari khamis yg.agak sibuk.
Selesai sesi belajar, jam 2 petang aku menghadiri taklimat sps di pejabat BTP.
Tak ada apa sangat semuanya mengenai data pengurusan sekolah aje lah..kasihan tengok pegawai yg.beria ia nak bagi kita orang pandai dan mahir melengkapkan data yg.perlu dipenuhkan.

Masalahnya bukan kita orang ' buta komputer', tapi talian internet macam siput babi termakan racun dekat kebun dalam lingkaran ini.Ada rasa menyampah dan buang masa..di luar daerah di luar pembanguna kota khususnya macam tempat aku ni, apa yg diharapkan sangat tentang kemajuan dan perkembangan ict.
Entah lah apa apalah..aku germbira aje meski hati mencuka.

Aku gembira sebab hari ini aku dapat bungkusan kiriman sahabat blog yg.baik hati, adinda Kartini .
Sebenarnya diri ku  dalam bersahabat aku tak pernah mengharapkan sebarang balasan  pemberian dari sahabat, yg. dihati ku dah ku iktirafkan sebagai sahabat.  Tapi apa pun semuanya gerakan hati dan ketentuan Allah.Alhamdulillah.



Ini benih2 yg aku dah terima dari Kartini.
Ada surat yg.indah,
                                          Benih kuning dan hitam
                                                    benih bunga kembang 4 petang, tak pernah tengok bunga ni.
                                        Benih jagus nak semai elok2, kalau tumbuh nak tanam di tanah pantai tebing tasik.
                                             Benih buah mentiga, tak pernah tengok lagi buah mentega.  koleksi benih baru.

  First time tengok benih kemboja cina...ini nak buat bahan bantu mengajar ni, mesti ia di sebarkan oleh angin
                                               Hehehe ini dodol tradisional melaka, boleh buat buka puasa.
Terimakasih untuk Kartini.
Ok lah salam ceria selalu.





9 comments:

  1. bestnya dpt kiriman, mcm2 ada

    ReplyDelete
  2. Kak puteri, saya bertukar alamat blog, ini yang baru..
    http://ptsesawangmaya.blogspot.com/
    terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam Puteri,

    Wah, seronoknya dapat banyak kiriman! Benih bawaan angin tu kemboja Jepun ke Cina ya? Mak Aji gelar kemboja Jepun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam mak Aji.
      hehehe seronok macam2 ada.
      hemm benih kemboja tu, tak tahu saya cina ke jepun?..first time tengok..tapi benih nya memang ciri2 tumbuhan yg.disebarkan angin, ingatkan bunga lalang je..rupa nya jenis pokok macam kemboja pun disebarkan juga oleh angin. Kuasa Allah.

      Delete
  4. ASKM, MAAF YE BLH SY DPTKAN BENIH POKOK BUAH MENTEGA. DH LAMA SY MCARI, BLH HUBUNGI SY 01114177620 AZMI

    ReplyDelete