Monday 26 August 2013

sawi ada, bayam hijau ada, bayam merah ada, peria jantung ada, terung telunjuk ada, bunga matahari ada...kalau dah jadi benih, nak jual ke nak kongsi?

 26 ogos petang isnin yg.panas berbahang.
Aktiviti biasa lepas solat Asar, keluar ke halaman menyiram pokok2 yg.sedang membesar.
Semaian sawi ada dua jenis dah besar panjang, tidak cukup masa untuk menjarakkannya agar lebih sihat pertumbuhannya.  Hujan juga sudah tidak turun hampir sepanjang bulan syawal ini.

Petak tanaman yang telah disediakan tanahnya menjadi amat kering walau pun setiap petang disiram.
Ada berjenis tanaman yg.sedang ku tanam dan bersungguh utk.menjaganya dengan sepenuh harapan agar ia mendatangkan hasil utk.bekalan sayur sekeluarga utk.sebulan dua.

Jom tengok gambar kenangan.
                                                     Sawi yg.disemai belum ada masa nak menjarakkannya. Dah besar.
                                   Bayam hijau daun bulat, benih dari blog Tanam sendiri.com.Tuan Iskandar.
                                        Terung telunjuk, daunnya sangat lebar hampir merayap atas tanah.
        Sawi  entah apa jenis ni, ini pun tak sempat nak dijarakkan..nak tunggu cuaca sejuk sikit. Entah bila.
                                     Semaian bunga mata hari, ada 40 pokok .
                                  Pokok2 bunga mata hari ini aku nak jual rm 3.00 satu pokok, sedang ke harga ni?
                             tunggu besar lagi baru boleh jual, pembelinya seluruh sekolah2 di daerah ku yg.berminat.
                                           Hiasan halaman sekolah. Hahaha asyik berangan je kan..mana ada masa.
   Bayam merah tak habis makan dah berkitar semula nak membekalkan benih.
   Peria jantung beberapa pokok dah menjerit2 nak minta tempat memanjat, tak terlayan lagi,
             entah apa nasib peria ni..akan terbiar lah agaknya.
                              suburkan bayam hijau ni..jom tanam bayam, mudah hidup dan penjagaan yg.senang.
Ini boleh buat sayur berbuka puasa.  Masih dalam aktiviti puasa sunat syawal.
Ok sekadar catatan kenangan.Assalammualaikum.


20 comments:

  1. jelesnya sy tgk tanaman akak, subur belaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan jeles Rose.
      Rose tanam lagi best2, macam macam ada dan semua menjadi.Terimakasih Rose.

      Delete
  2. geram tgk bayam. daun segar2. tak yah tunggu besar kak. ambik masa kecik camni pun boleh. baby spinach katanya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih dik, betul tu, elok juga rasanya tentu lebih manis.

      Delete
  3. Meriah2... seronok tengok sayur-sayur subur dan gebu...alhamdulillah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam k Mar.
      Terimakasih singgah jengok kebun kita hehehe.Alhamdulillah

      Delete
  4. salam kak,
    byk sayur2 hijau yg segar tuh..tgk sawi akak dah jeles..yg sy tanam br2 nie jenis yg btg besar daun kecik..
    benih tuh kak..sapa yg hendak srh jerlah depa hantar sampul berstem siap..akak pos jerlah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      sawi tu nampak subur lah juga, tapi kebun di Fiji tu lagi subur hehehe. Betul juga cadangan tu.

      Delete
    2. ok juga tu.. berapa harga stem nak letak ya?

      Delete
    3. tak tau lah k Mar..kalau benih halus2 tu boleh lah stem biasa tu kut yg. harga 80 sen atau seringgit tu. Tapi saya suka kongsi benih banyak2.. itu yg.nak bagi banyak2 tu hehehe..

      Delete
  5. salam perkenalan dari saya...suka tengok sayur yang akak tanam...subur2 semuanye..bukan setakat sayur pokok buah2an pun subur..ptl laman seluas begini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih dik, sudi berkenalan dan melawat disini dalam lingkaran ini.Alhamdulillah adalah sikit..yg.penting dapat makan sayur tanam sendiri.

      Delete
    2. betul tu kak...saya pun ade menanam siskit sayur belakang rumah..kawasan bertanah x de..jd saya tanam dlm pasu dan kotak polystren je..jd la kan..janji tanam sendiri..

      Delete
  6. Assalam kak puteri,

    Subhanallah,berbunga2 dan kehijauan mata saya melihat pemandangan hijau tanaman akk......seronoknya. Hadiah berbudi pada tanah,pokok tumbuh sihat sampai tak termakan di buatnye. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      betul lah berbudi pada tanah terlalu besar balasannya.hehehe sampai tak habis nak makan..

      Delete
  7. AsSalam kak puteri,
    jumpa kembali....segar betul sayur-sayur ni, seronoknya tengok. Nak tanam bayam dalam pasu la, buat makan sendiri boleh le...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam dik.
      jom lah tanam sayur, dalam pasu pun boleh, paling jimat lagi, beg plastik bekas beras 10 kg tu..isi tanah yg telah digaulkan dgn.tanah kompos yg.dibeli dari nusry.siram 2 ke tiga hari, kalau tanah dah nampak basah lembab, taburlah benih bayam atau benih sayur pilihan, tak sampai seminggu ia akan tumbuh yg.pasti mesti kena cahaya mata hari udara dan air.ok. selamat mencuba.

      Delete
  8. Fuhhhh. Pokok terung tu mmg subur gile. Daun dah sebesar daun keladi cina. Guna baja apa ni?

    ReplyDelete
  9. Salam puan, nk tanya pokok bayam merah batang dia kemerahan x? Sy tgk gambar2 org lain batang xmerah pun? Lagi satu pokoknye tinggi ke rendah je? Sbb blakang rumah ade tumbuh sendiri. Musykil ni bayam ke x... warna daun mmg warna bayam lah... tp sy xkenal bayam ni mcm mana...

    ReplyDelete
  10. Salam puan, nk tanya pokok bayam merah batang dia kemerahan x? Sy tgk gambar2 org lain batang xmerah pun? Lagi satu pokoknye tinggi ke rendah je? Sbb blakang rumah ade tumbuh sendiri. Musykil ni bayam ke x... warna daun mmg warna bayam lah... tp sy xkenal bayam ni mcm mana...

    ReplyDelete