Wednesday 7 August 2013

Tumbuhan menghijau disapa 1 syawal yg.tenteram

 Petang kemarin akhir ramadan, aku sempat melawat tanah pantai yg.sedang dalam projek perlaksanaan,
Alhamdulillah, sebaris batas besar untuk ubi kayu dan sebari lagi kacang tanah sedang giat pertumbuhannya serta subur menghijau. Ia tersenyum disapa satu syawal yg.tenteram.

Jom tengok gambar kenangan.

                                          Labu putih  atau labu air yg.terselit tumbuh di tepi pokok ubi, ia hidup subur.
                                             Ubi kayu yg.merimbun
                                               Pokok tembikai yg.telah selamat di alihkan diatas batas.
                     Pokok tembikai merah yg.sedang galak pertumbuhannya, beberapa hari  lagi ia akan menjalar.
                           pokok kacang tanah telah berbunga.
 Pokok pisang nipa yg.dulu ku sangka akan mati, rupa nya selepas dibiarkan beberapa minggu, ia dah keluarkan pucuk dan nampaknya ia akan hidup.
 Batas untuk kacang tanah dan ubi kayu, entah siapalah yg akan berisi dan memberi hasil tuaian yg.lebih dulu.
Ok lah sekadar sebuah catatan kenangan di subuh 1 syawal ini...
'selamat Hari Raya maaf zahir dan batin'..ada rinduku untuk anakanda yg.jauh di Banglore sana.Dia tak balik lantaran exam hanya seminggu dua lagi.  Assalammualaikum.

4 comments:

  1. Assalam.. Selamat Hari Raya maaf zahir batin.. salam ceria selalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam k mar. selamat hari raya maaf segala kata yg mungkin tersalah susun sewaktu di ungkapkan.Salam ceria selalu.

      Delete
  2. Alhamdulillah, moga Allah redha :)

    ReplyDelete