Thursday 21 November 2013

Bila anak2 berkumpul.

Alhamdulillah anaknda 'ir Junior' selamat sampai dari sarawak.
Kesempatan bercuti berkumpul bersama menjadi penantian aku setiap kali hadirnya cuti panjang persekolahan.
Meski 'ir Junior' dah pun berkerjaya, dia tetap meneruskan aktiviti bermain vedio game ini..siap dia beli  xbox360. 
Apa lagi riuhlah rumah dengan gelak ketawa riang anak aku yg.dah pun besar panjang semuanya.  Gembira hati melihat kemesraan mereka.
                                      Malam kedua 'ir Junior' di rumah dia keluarkan lagi permainan ini.
Seronoklah mereka bermain adik beradik, benar benar permainan mengimbau masa mereka berada di sekolah rendah. Yang paling bongsu jaga bank.  Cuma seorang yg.tak dapat hadir si sulung ' ayu'.
Alhamdulillah anak anak ini benar benar menjadi sahabat pengubat dan penawar, menjadi harta yg.tak ternilai. Beginilah hidup, cepat benar anak anak ini membesar, dan tak lama lagi catatan hidup tetap diteruskan dengan rangkaian cerita yg.semakin berbagai. Kepada Ayu gadis ku, ketiadaan mu benar benar terasa di hati yg.selalu mendoakan keselamatan dan kesejahteraanmu.

Untuk sebuah catatan kenangan bahawa kita pernah bersama.Assalammualaikum.

6 comments:

  1. Assalamualaikum kak,
    Alhamdulillah Ir jr dapat bersama kembali sempena cuti sekolah nie kan..dapatlah menghilangkan rindunya n rindu kpdnya ahli keluarga..semoga masa yg bernilai nie menjadi detik2 yg paling indah dlm hidup akak..salam ceria..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam dik.
      saat bersama adalah detik paling berharga. Terimakasih dik.

      Delete
  2. Salam,

    Riuh rendahlah rumah akak yer, mesti masak menu best-best ni!

    ReplyDelete
  3. wa'alaikumsalam dik.
    Alhamdulillah waktu berkumpul sekeluarga menjadi detik yg.sangat2 berharga dalam kehidupan kita semua..sebab itu kena rakam sebagai kenangan.Anak2 cepat membesar, seorang ibu lah yg.akan terasa sangat peredaran masa yg.bergerak pantas. Terimakasih dik.

    ReplyDelete
  4. Salam Puteri,

    Waktu berkumpul anak2lah waktu yang paling seronok. Memang cepat waktu berlalu. Anak bongsu (no.6) Mak Aji pun dah 19 tahun usianya.

    ReplyDelete
  5. wa'alaikumsalam Mak Aji.
    hihihi betullah, melihat anak2 membesar dan menyaksikan segala gelagat mereka sangat menghiburkan.Terimakasih Mak Aji.

    ReplyDelete