Thursday 1 May 2014

Berserabut

Hari ini khamis 1 Mei, hampir belasan hari aku tak lepak menjelajah alam maya..ada rindu yg.tak terucap.
Sejak bertugas di tempat baru, ada banyak benda aku kena kemaskan selain dari rumah untuk majlis 
Ir Junior, bilik aku di sekolah baru terpaksa dikemas dan tambah itu ini, seadanya untuk kemudahan bersama.

Ini tukang rumah aku, terpaksa aku import untuk memasang papan lapis nak buat papan info

Saudara Sikal tetap selalu setia membantu, walau dalam apa keadaan, dari menyiapkan rumah kediaman aku sekeluarga dari tahun 2001 hingga kini.  " saudara Sikal " terasa macam keluarga kami sendiri.  Baik orangnya dan luas pengelaman dan pengetahuannya tentang ilmu binaan rumah.
                                              Untuk kerja mengecat papan  info ini, aku akan buat sendiri.
                                              Sikal ditemani sahabat  rapatnya, mungkin mereka juga ada kaitan saudara saudara 'Irhan' @ Panjang, dia memang tinggi orangnya dan kelakar. Sampai malam mereka kerja mengecat bilik pejabat aku ni.  Alhamdulillah siap juga meski masih berserabuat susun aturnya.
 Pagi tadi 1 Mei, aku ditemani seorang guru, dia guru pra sekolah, suaminya seorang pegawai Bank.aku dan cikgu ni, pergi merayau ditepi parit dikg.Jawi2, cari tuan punya Teratai  ini, minta kebenaran.Dengan susah payah, dapat juga ambik teratai putih dan teratai merah ini.
                                                      Dalam besen merah ini, pokok teratai putih.

                                Ini teratai merah, susah benar nak ambik, tapi alhamdulillah berjaya juga.
                                        Ini keadaan pokoknya, dalam bag plastik hitam itu.

 Ini teratai warna ungu, ambil dari kolam sebuah sekolah, perkerja pembersihan sekolah kebetulan ada disitu, aku minta dan dia beri, banyak banyak.Buat masa ini aku simpan dalam besen.
 Semuanya nampak berserabut mewakili fikiran dan emosi aku agaknya.Rasa tak tentu arah sekarang ini..entahlah..semoga segalanya akan pulih selepas berakhir majlis itu nanti.

 1 mei ini juga, aku minta 'saudara Sikal' memotong dua buah tangki  air yg.sudah tidak dapat digunakan untuk aku tanam tiga jenis teratai di atas.  Dasarnya aku semin agar air tak meresap keluar, aku bubuh tanah lumpur, sedalam 3 kaki atau kurang dan penuhkan dengan air.  Tapi untuk membubuh tanah dan menyiapkan tapak teratai ini juga akan memakan masa yg.banyak dan tenaga. ..entah bilahlah aku nak buat benda2 ni.
Kesibukan yg.melanda, buah2 terung, tak terlayan habis menguning menjadi tua dan berkitar untuk buat benih. Rumput liar juga berlumba2 untuk membentuk lingkarannya sendiri2.  Aku?..letih, penat dan berserabut..tapi inilah pengorbanan dan ujian, di saat ada majlis keluarga secara besar besaran, tetiba kena tukar sekolah pulak, kena kemas rumah, kena kemas pejabat  lagi pada masa yg.sama, lain lagi ujian dan persediaan peperiksaan utk.penggal pertama..selia soalan2 dan taklimat kursus sana sini...hemm layan je lah..
Ok tak apa, salam ceria dan assalammualaikum.

8 comments:

  1. Salam Puteri,

    Padanlah dah lama tak bersiaran tengah kalut dalam kesibukan ya! Insya-Allah akan redalah segala kekalutan itu, Rabbi yassir, wala tuassir! Cantik sungguh bunga teratai tu ya, yang putih tu sebelum kembang macam ros pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Mak Aji.Terimakasih.InsyAllah.

      Delete
  2. Semoga segala urusan kak puteri dapat disudah kan dengan baik...sy ni duk sibuk click blog akak cari info betik sekaki...yg kat umah ni tak muncul2 lagi cambahan nya...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Nadia. Betik sekaki hihihi..best sangat tanam betik.

      Delete
  3. Semoga segalanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak puteri,
    jumpa kembali...saya pun menyepi seketika. Sibuk ke sana sini, bak ambik masa berjalan2 di laman blog pun agak sukar.
    Semoga segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      amin.Terimakasih dik. Kalau masa dah kembali stabil..nanti bolehlah kembali aktif berkebun dan blogwalking.

      Delete