Tidak terasa masa berlalu, kita semakin menghampiri bulan ramadan, syukur alhamdulillah selesai urusan majlis perkahwinan Ir Junior, aku sekeluarga berkesempatan balik menemui 'cik' dibumi pahang, baki cuti yg.tinggal seminggu ku habiskan bersama anak anak menemani tok cik yg.semakin dimamah usia.
Hari ahad 15 jun terpaksa tinggalkan 'tok cik' walau berat rasa hati meninggalkannya, lantaran tugas2 rasmi menunggu, Aida dan suhaila juga perlu ke sekolah.
17 jun 2014 hari selasa, semaian tembikai hampir 15 ribu pokok telah selamat di alihkan ke batas tapak penanaman. Ramai pekerja ladang tembikai datang menolong . Kini menghitung hari menunggu hasil tanaman bagaimana hasil usahaku sekian lama.Tanaman ini dijaga sepenuhnya oleh pekerja ladang aku 'Jon' dan isterinya.
Gambar kenangan untuk usaha yg.pertama.
Gunung kinabalu tetap tenang menyaksikan suasana di ladang tembikai di tanah pantai.

Masing masing melayan rasa.
Agaknya bagaimanalah hasil tanaman ini nanti, dah banyak aku laburkan utk.aktiviti yg.aku minat ini.
Semoga hasilnya akan berbaloi.
Tanah pantai ini sangat subur, tanaman sayur kangkung yg.tak habis dimakan.

Semaian terung, yg.dah terlebih banyak tak cukup masa nak mengalihkannya.
Ok lah sekadar catatan untuk kenangan.Assalammualaikum dan salam ceria.