Friday, 22 November 2013

Buah mangga masak ranum, bukan milik ku.

Saat ini jam 3.40 petang siang jumaat yang tenteram.  Aku masih sibuk mengemas pokok yg.hidup tepi pagar. Dalam asyik mencantas dahan2 pokok yg.tak diperlukan, ternampaklah buah2 mangga jiran aku yg.dahannya tumbuh terjuntai dalam pagar aku. Kebanyakan buahnya dah masak ranum.

Tuan nya pernah pesan, buah2 yg.ranting nya dah masuk dalam kawasan aku, dia izinkan untuk aku memetiknya.  Tapi namanya juga orang punya, aku tak pernah beranikan diri menyentuh buah2 tersebut.  Masa membersihkan kawasan bawah dahan pokok mangga ini, ada beberapa biji dah jatuh.  Aku pun soundlah tuan pemilik nya.  Dia pun datang dan memetiknya.

Besar2 buah mangga ni, tapi tak tahu apa nama mangga ni.

Ini tergolek tepi simen pagar aku.Sudah dimakan burung.

                                                       yang ini masih nampak elok.

                                                    Yang masih tergantung didahan tu dah nampak ranum.
                                          Tuan pemilik pokok ini bagi aku banyak, tapi aku ambik 4 biji dah lah, diterima sebagai sedekah semoga .arwah ayahanda mereka yg.menanam pokok buah ni mendapat pahala dari Allah atas amal jariah yg.ditinggalkannya ini, anak cucu dapat merasa.Alhamdulillah.
                                          Mangga ini jenis tebal isi dan biji benih nya nipis.
                                         Manis sekali dia juga berbau wangi hihihi..
Ok lah sekadar sebuah catatan kenangan.  Assalammualaikum salam ceria selalu.

11 comments:

  1. Assalammualaikum..dan salam jumaat akak puteri..lama sya tak makan pelam ni..saya paling suka pelam bemban..skrg ssh nak dapat akak..ni krg boleh g cari kat pasar la..nk bli pelam masak..sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam dik.
      Terimakasih. Bagi akak lah semua jenis mangga yg.dah masak dan manis ada lah buah tempatan yg.paling sedap, murah dan mudah didapati.Jom kempen makan buah mangga masak.Beli jangan tak beli..hihihi.

      Delete
  2. Assalamualaikum Puteri,

    Terliur tengok buah mangga ni, dulu saya pernah tanam pokok mangga tapi dah diserang anai-anai belum ganti lg dgn yg baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam Saodah.
      sayang kan pokok kalau dah berbuah elok2 diserang anai anai, terpaksa tebang pokok tu dan cari bibit baru.Sekarang bayak jenis bibit mangga yg.sedap2 dan cepat berbuah.Terimakasih sudi bertandang.

      Delete
  3. salam kak,
    Dapat jugak merasa mangga yang dilaman orang kan..akak ade tanam mangga tak? Mcm yg rumah sebelah kami yg tak berpenghuni pun banyak gak buahnya..last2 fijian boys panjat habes dituainya..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam dik.
      huu begitulah nasib pokok 2 yg.tak bertuan, dan budak2 tu pun tak ada rasa segan, tuai hasil sekali arung.
      Oh..iya akak ada tanam beberapa jenis mangga sedang membesar pokok2 tu.InsyAllah andai ditakdirkan ada rezeki, setahun dua, akan berbuahlah pokok2 mangga tu.

      Delete
    2. ingatkan nak hantar benih mangga yg sedap kat fiji nie tuk akak, beserta benih limau mandarin (tp kena tunggu musim dl)..inshaallah..tp abuaidan lak cakap..takperlah nanti kita balik next year bagilah..senang berjimat jermat tuh next year ujung tahun nak balik for good, byklah perancangannya inshaallah..doakan yer kak..

      Delete
    3. wow InsyaAllah.Baguslah kalau ummuaidan ada perancangan nak jenguk kampung halaman.Semoga di restui Allah. Tentang benih mangga tu, kalau ada best jugakan.Nanti namanya mangga Fiji..tapi boleh lepas ke?..kawan Rashid pernah bawa mangga dari Banglore, masa pemeriksaan diairport India, mangga tu lepas, sampai airport Malaysia selamba je pegawai imegerisen tu tak lepaskan, walau pun pelajar tu merayu minta sebiji nak bagi ibunya, mereka tak layan..sedih hati dengar cerita ni.Persoalan hati ini mangga yg.pegawai tu dok beria sangat nak tahan tu, akan jatuh ke tangan siapa ek?....

      Delete
  4. Buah mangga memang mengujakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Mangga@pelam tengok gambar pun boleh buat cair airliur..hihihi.

      Delete
  5. Kalau tak silap ini namanya mempelam epal, kat utara byk, benih kacukan thai...sama dgn yg menulis ni le...hihi

    ReplyDelete