Friday, 8 November 2013

singkatnya waktu

Saat ini 8 november, hari jumaat yg.melega kan.
Terasa lama tidak mencatat di sini dalam lingkaran ini.Ada rindu yang tak tersurat.Rindu benar hati ini.
Alhamdulillah saat ini ada kesempatan.

Menoleh ke belakang melihat betapa waktu2 kelmari telah ku isi dengan tugas2 penting tentunya tuntutan tugas rasmi dan hak kepada yg.berhak dan selebihnya keperluan hidup yg.perlu diteruskan.
Tak ingin aku menulis kesibukan tugas rasmi dan soal hak.Aku hanya ingin mencatatkan di akhir oktober dan diawal november ini, anakanda Rashid telah tamat pengajian dari Banglore.  Aku dan 'ir' sibuk benar meraaikan kepulangannya.Aku belikannya almari buku, kerana dia balik membawa sejumlah kotak2 besar mengandungi buku2 perubatan yg.ratusan kilo beratnya.Alhamdulillah semuanya baik.

Pada hari sabtu 2 November,  Irma Restu pulang bercuti dengan kawan2nya, seramai 7 orang, mereka melawat kaki kinabalu dan tidur semalaman di rumah. Layaknya mendapat tetamu sudah pasti bilik2 tidur disediakan begitu juga hidangan makanan utk.tetamu.  Aku hanya mampu sediakan bara api untuk aktiviti panggang ikan, udang, sotong jenis bertulang,dan  ketam suri.  Sempat juga lah aku masakkan udang gala masak lemak utk.mereka. Irma Restu balik ke KL pd.hari selasa.  Alhamdulillah semuanya baik.

Melayari kesibukan, saat ini baru aku tersedar  Irma Restu ada belikan aku sekotak buah strawbery dari Kundasang..wah nasib baik terperasan didalam peti sejuk, dah hampir lebam buah strawbery ini.


Bila di makan buah ini, ia seperti telah dicampur dengan biji2 bijan, bila diamati biji2 bijan ini sudah tersedia ada terlekat  atau dihias pada kulit strawbwry ini.

Cantik benar warna dan bentuk buah ini.Benar2 cantik.

Kerana singkatnya waktu, bayam  hijau daun bulat..tak sempat di tuai, sedar lagi dah berkitar semula menjadi benih. Banyak benar benih bayam ini.


Pokok pokok terung ini mengeluarkan buah yg.banyak, tapi tak sempat nak makan dah terlebih matang.




Tak ingat apa nama terung ini
Waktu kecil sepanjang 3 inci ia berwarna unggu, bila dah besar berwarna hijau jalur putih macam dalam gambar ini. Bila cukup matang sesuai utk.dituai ia kembali berwarna unggu pudar, bila dah sesuai utk jadi benih ia menjadi kuning emas macam gambar di bawah ini.

Rasanya hanya beberapa minggu bayam dan terung ini aku tanam, tetiba ia dah bertukar warna dan menjadi tua menunggu nasibnya disemai semula atau akan hilang bersama benih2 lain yg.tidak terlayan disebabkan
' singkatnya waktu ' dan masa pun tidak lagi mampu untuk di bahagi.

Assalammualaikum, sampai disini salam ceria selalu.

18 comments:

  1. Assalam kak,
    rindu betul nak dengar celoteh akak..risau jugak lama membisu seribu bahasa,(siap cakap ngan abuaidan napelah akak takder cerita agak lama nie,,)..rupanya teramat sibuk..sibuk yang menggembirakan..tahniah adik rashid yang dah habes belajar..selamat pulang ketanah air yer..
    hmmm..sian pokok2 akak tak sempat nak dikecapi dah matang yer..takperlah simpan buat benih.
    ok ..ceria2 selalu yer ..take care..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      hihihi betul lah ada rindu tak terucap.Terimakasih dik.

      Delete
  2. assalam kak puteri.. rindu akak juga. dari kejauhan saling mengingati. sama2 sibuk kita nih kak... moga Allah sentiasa membantu. In shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Maszz.
      Terimakasih , yaa dari kejauhan kita saling mengingati meski dalam hati sendiri sendiri.Amin semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.

      Delete
  3. Salam Kak Puteri, Lama tak dengar cerita, bz yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik Rose.
      agak lama saling tak bersalam, benar benar terasa rindu.Ohh..pokok kelapa mantag dah tinggi hampir sekaki lebih.

      Delete
  4. Assalammualaikum akak..lama x snggah ke blog akk..byk pokok2 sayur akk.rajin akk bercucuk tanam ni..klu benih2 berlebihan apakata akak bg kat sya sikit..hehehe..take care eh akk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam adik.
      rajin kalau tak sibuk dik..memang hobi berkebun. oh kalau nak benih bayam dan terung ni, boleh dikongsikan nanti tinggalkan alamat k. email pun boleh.

      Delete
  5. Subhanallah...byk nya Hasil bayam Dan terung k.puteri...besar2 plk tu...sayang kn x tertuai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa nak buat Nadia..tak apa boleh jadi benih.Terimakasih dik masih setia sembang2 dihalaman ini hihihi.

      Delete
  6. Assalamualaikum kak puteri,
    terasa lama benar kak puteri tak bersiaran....tapi saya yakin kak puteri mesti sibuk dengan urusan keluarga dan kerja.
    Alhamdulillah....muncul dengan sayuran segar dan sayuran terlebih matang...
    saya suka sangat2 dengan terung, bakar dibuat ulam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam dik.
      Alhamdulillah semuanya berjalan dalam seperti yg.dirancangkan, cuma aktiviti blog walking selalu terabai, akhirnya membawa rindu yg.tak tersurat hihihi..oh suka terung bakar ye..akak pun suka rasanya manis dan wangi, wangi terung bakar lah hahaha..

      Delete
  7. Assalam... Saya pun tertunggu apa celoteh tuan puteri ni! Semoga sihat dan ceria adanya... selamat pulang pada anakanda yang jauh diperantauan ..semoga selepas ni sukses dalam bidang yg diceburi.... rasa macam Puteri older than me sebab anak dah besar2 belaka... tak kisahlah la kan..biasala bila dah sibuk tu ada hal yg tak boleh ditangguhkan ada pula yang diketepikan sementara... kita hanya merancang ...Allah penentunya... sayur yg tak boleh makan tu penyelesaiaannya jadikan benih lah ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam k Mar.
      Rasanya iya, i'm older than u..hihihi..oh, terimakasih banyak2 mendoakan anakanda Rashid, semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua, amin.Terimakasih Mar. Benih bayam tu kalau Mar nak email kan alamat k.

      Delete
  8. alhamdulillah umi..selamat semuanya..^_^ wow, strawberry..comey2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah semuanya selamat.Terimakasih anak umi.

      Delete
  9. Salam Puteri,

    Tahniah diatas kejayaan anakanda menjadi seorang doktor perubatan, memang tugas pendidik sekarang ni mencabar dah tak banyak masa santai. Semoga Allah permudahkan urusan kita ya Puteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Saodah.
      Terimakasih ya. Alhamdulillah semoga kita semua sentiasa mendapat perlindungan dan pertolongan Allah didunia dan akhirat..amin.

      Delete