Hari ini isnin, 27 Januari 2014. Memulakan tugas rasmi seperti biasa dalam keadaan badan letihn dan tak bermaya kerana aktiviti padat yg.dilakukan sepanjang minggu lapas.
24 januari, hari jumaat lepas jam bertugas, bergegas ke kl, penerbangan sebelah malam, cuaca sangat sejuk kerana tahun ini bumi di daerahku mengalami hujan yg.berlebihan dibandingkan tahun2 sebelum ini.

Pagi di kuala Lumpur 25 januari, hari sabtu, aku ir dan 'ir.Junior' seawal jam 7.00 pagi bergegas ke kampus MSU @ Management&Science University untuk menghadiri konvo, anakanda Rashid.
Ramai Pelajar dari pelbagai jurusan dan majlis penganugrahan ijazah dibuat dua sidang, pagi dan petang.
Anakanda Rashid dari International Medical School (IMS) kampus Banglore, India dibuat pada sesi pagi. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Jom layan gambar kenangan.
Menitis juga airmata melihat anakanda Rashid mengadap Tuanku Permaisuri Agong Malaysia,alhamdulillah akhirnya dia berjaya tanpa tersekat dimana mana.
siswa-siswi berarak masuk dewan kampus MSU

Sempatlah anakanda Rashid senyum2 melihat kearah kamera kecilku, yg.aku seludup masuk hihihi, aku tak kesah suka hati aku ambik gambar kenangan..meski dilarang.
persembahan pertama dimulakan dengan persembahan koir lagu 'o le' mayang'..peserta koir tak menari, tapi ada sedikit gerakan kain kuning selit dijari sambil diayun ke kiri dan ke kanan, gerakan setempat macam yg.selalu aku tengok kanak2 pra tadika buat, ada tanda tanya dalam hati, mungkin kerana aku seorang cikgu. Tak apalah. Cuma aku tergelak besar bila aku kupas 'messages' persembahan pertama itu, kepada 'ir'. Aku mentafsirkan messagenya ialah kalau jatuh sakit, pergi berubat kampung dulu, kalau tak serasi@sembuh, barulah jumpa doktor..hihihi..maklumlah masyarakt sekarang ini, tak kira apa kaum pun, masih bersemangat berubat cara tradisional.
Satu lagi situasi pagi itu yg.membuat aku teringat 'Hang Tuah' pahlawan Melayu yg.bijaksana.
Hang Tuah di hantar ke negara Cina, oleh sultan utk.meninjau kekuatan tentera cina dan bagai mana rupa paras raja cina, zaman itu raja cina tak boleh dilihat wajahnya oleh orang asing, raja duduk di tempat tinggi dan tetamu tak boleh mendongak melihat muka raja, semua tetamu mesti tunduk hormat walau pun masa makan. Hang Tuah meminta hidangan sayur 'kangkung ' yg.tidak di potong pendek, biarkan panjang2. Cara makannya mestilah kangkung diangkat tinggi2, nganga mulut sembil mendongak ke atas, dengan cara makan sedemikian rupa, dapatlah Hang Tuah melihat wajah raja Cina, pembesar cina nak marah, tapi Hang Tuah kata itulah cara nak makan ulam kangkung tersebut. Hahaha bijakkan.
Nak jadikan cerita, persembahan koir di dewan MSU pagi itu, permaisuri Agong duduk dikerusi kuning atas pentas. Kedudukan pentas dewan, randah.Persembahan koir dibuat di bahagian atas, tingkat atas. Untuk menyaksikan koir ini, Permaisuri Agong terpaksa mendongak, melihat penyanyi yg.bersuara nyaring tapi merdu.
Lalu jiwa 'melayu' aku tersentuh.Pada akulah, patut persembahan itu buatlah dibahagian bawah.Jangan buat permaisuri Agong Malaysia, duduk mendongak tengok rakyat jelata, rasanya itu dah silap dalam adat raja2 melayu lama, tapi kalau adat raja melayu moden, aku tak belajar lagi hihihi..aku masih rasa terkilan.

Baginda simbol 'Bonda' Malaysia. Jauh disudut hati aku menyayangi dan sangat menghormatinya, dan berdoa semoga baginda bahagia didunia dan akhirat.
Siswa-siswi bergambar didataran perkarangan dewan.Diantaranya anak aku 'acit'
Wajah wajah ini simbol perjuangan hidup ku sekian lama.
Tahniah Dr.Rashid.Setelah dewan bersurai, aku dan ir, melangkah seperti biasa, berpimpin tangan, jom pulang..hihihi.
Mereka bergelak ketawa, seperti biasa Ir.Junior, suka sangat mengusik Rashid.Kemesraan sikembar bersaudara.
Ok lah sekadar catatan kenangan untuk kenangan.,penerbangan balik pd. hari ahad, malam isnin, sampai rumah jam 2.30 pagi isnin. Jam 7.00 pagi hari isnin dalam kelas, dengan semangat berkobar2 nak ajar anak murid, agar pandai semoga akan bertambah bilangan guru dan doktor malaysia yg.tercinta.
Assalamualaikum kak puteri,
ReplyDeleteSetinggi-tinggi tahniah untuk 'ibu' doktor. Kejayaan seorang anak bermakna kejayaan ibu dan ayahnya. Allah anugerahkan pakej yang lengkap untuk akak sekeluarga. Alhamdulillah
Wa'alaikumsalam dik.
DeleteTerimakasih.Alhamdulillah rezeki dari Allah didatangkan dalam pelbagai bentuk, ruang dan masa.
Amiiin... tahniah pd Dr Rashid... oo mereka kembar ya... tahniah pd ibu mengandung juga..
ReplyDeleteTerimakasih Mar.Hihihi kembar berlainan uri, sebab tu agaknya rupa paras dan minat tak sama, cuma masa mereka kecil, mereka akan gilir2 demam, tak serentak, kalau abang demam adik teman dan belai2, bila adik demam, abang ganti hiburkan hati siadik, cepat benar masa berlalu, rasa tak puas membesarkan anak2 lelaki kembar ini..masa kecil mereka sangat cepat menguasai kemahiran..masih terdengar2 suara Rashid, dalam umur setahun lebih dah pandai bercakap waktu demam dia akan cari Irfan sambil nangis2..bila dia demam, dia macam tak mau berenggang dengan Ir JR.Mereka membesar bersama dari alam rahim hingga ke sekolah menengah, bila ke universiti, seorang ke Banglore seorang ke PPG.Kent. Hemm ketentuan Allah.
DeleteTahniah Dr Rashid..tumpang bangga..nanti bertugas kat sabah jugak ke kak?
ReplyDeleteTerimakasih UmmuAidan-ummuArissa, hihihi..
DeleteInsyaAllah, mereka boleh membuat pilihan..akak harap dapat di hospital Queen.KK. Terimakasih dik.
tahniah..sbg seorang ibu,saya dapat merasakan perasaan sebak,terharu dan gembira seklaigus..
ReplyDeleteTerimakasih dik.
Deletehemm memang rasa terharu dan berbaur gembira, macam tak percaya, anak2 yg.menjadi teman rapat seorang ibu berkepit siang malam didalam pelukan dan duduk atas riba, tetiba telah bertukar menjadi seorang lelaki dewasa dan mempunyai perkerjaan yg.tak semua orang mampun melaksanakannya..benar benar ketentuan Allah.
Salam Puteri,
ReplyDeleteTahniah atas kejayaan anak2! Mak Aji doakan kejayaan anak2 bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga. Juga tahniah utk Puteri sbg ibu yg berjaya mendidik anak - sejuk perut ibu!
Wa'alaikumsalam mak Aji.
ReplyDeleteTerimakasih banyak banyak atas doa dan kunjungan.Kita sama sama lah berdoa semoga kita semua Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat, amin.
Assalamualaikum.... Alhamdulillah, wah graduate sudah pula abg acid. Tahniah.. Semoga terus berjaya dalam bidang yg diceburi...Tahniah bu mas. =) miss u...
ReplyDeletewa'alaikumsalam anakanda Azye.
DeleteTerimakasih.Alhamdulillah semoga begitulah hendaknya. miss u 2.