Friday, 17 January 2014

Aktiviti Musim Banjir.

Hari ini sabtu 18 Januari , sekian lama terputus  talian internet, menyebabkan aku tak dapat menulis catatan kenangan dihalaman disinidalam lingkaran ini. Hujan yang turun mencurah hampir seminggu menyebabkan banjir melanda daerahku, termasuklah sekolah aku.Bekalan elektrik juga mengalami gangguan beberapa jam hampir setiap hari.  Mujurlah tak ada sangat harta benda yg.rosak.

Kawasan rumah dan kejiranan aku, sebenarnya tidak pun dinaiki air cuma tak dapat keluar ke mana2 kerana banyak jalan2 perhubungan terputus.  Hujan yg.turun siang dan malam, menyebabkan aku tak dapat menguruskan tanam tanaman di persekitaran rumah.  Hanya mampu perhatikan air hujan yg.turun mencurah.  Bunga2 matahari yg.sedang galak kembangnya bersama bunga2 mawar yg.mewangi habis luruh disimbah air hujan yang deras.

Aku tak dapat berbuat apa apa disaat cuaca berantakan. Aku buat aktiviti yg.aku sangat suka suatu ketika dulu di zaman remaja, iaitu membuat bunga rose dari bahan polistrin, kertas atau reben. 
Jom buat bunga sendiri.

Bahan yg.diperlukan seperti gambar atas.Sekeping polisterin putih dan merah, gam, pensel, kad, dan gunting.

Gunting kad manila, atau apa apa kertas keras untuk buat bentuk agar kelopak bunga sama besar.
Tekap kad yg.telah dibentuk atas polisterin, lukis, macam gambar dibawah ni.
Gunting polisterin mengikut bentuk yg.dilukis tadi. Polisterin yg.telah siap dibentuk seperti gambar dibawah ini, gunakan seterika kain, semasa seterika, letakkan kain atas polisterin untuk membentuk kelopak bunga, polestrin yg.dipanaskan, akan melentik jadi lembut, cepat2 bentukkan kelopak.

                                      Keadaan polestrin yg.telah siap digunting dan sedia untuk disterika.  Susunlah kelopak bunga rose ini megikut kreatif masing2.

Ini yang aku dah siapkan untuk warna putih.  Aku nak buat kuntum yg.lebih besar untuk hiasan pelamin
'Ir Junior"

                                Ini aku buat warna merah jambu, saiz bunga besar, sederhana, dan kecil. Cantik tak..hihihi..utk.aktiviti mengisi masa berkebun dijemari tangan seorang aku.
                                  Kalau ada masa nak beli daun dan pelilit hijau buat tangkai dan nak gubah bunga pelamin yg.bersaiz besar.  Kalau beli yang dah siap,  besar macam aku buat ni, harganya  RM 16 . Buat sendiri, sekeping polisterin ini harga nya baru 2.50 sekeping, gam 1.50...itu je bahan asasnya. Bahan ini boleh beli di kedai bunga dan kedai buku.  Jom buat jambangan bunga rose. sendiri.

Ok lah sekadar sebuah catatan kenangan dan perkongsian.Assalammualaikum, salam ceria selalu.

12 comments:

  1. Assalam... tertanya- tanya juga dah lama Puteri tiada di dunia Maya ... hikmah hujan ...siap juga ros yang besar tu... cantik.. sudah lama aktiviti ini kutinggalkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam Mar.
      hihihi sibuk dengan banjir dan persiapan utk.ir JR.
      Merangkai bunga gubahan sendiri sangat menyeronokkan, jom Mar balik ke hobi lama...mana tau boleh remaja balik hahahaha

      Delete
  2. assalamualikum kak,
    Banjir ker kat sana? patutlah agak lama jgktiada berita dr akak..semoga semuanya kembali pulihskrang yer..take care..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam dik.
      Iya..sampai saat ini air sungai dipersekitaran masih tinggi dan airnya warna milo hihihi.
      Terimakasih dik.

      Delete
  3. OMG! i though it is real flower either lily or gardenia if i do not read it. cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Olive.
      Cantik kan..terimakasih olive.Jom buat bunga rose sendiri.

      Delete
  4. Assalam kak puteri,
    Cantiknya...kak puteri ni memang rajin dan kreatif. Hasil kerja tangan sendiri sangat berbaloi dan sangat2 puas hati kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam 'Warna Sari'.
      ala rindu nak sebut nama ini.
      Cantik ke..hihihi ni tambah motivasi utk.lebih rajin ni. Ini hobi lama masa remaja, masa bercinta dulu pun riuh buat bunga rose gubahan sendiri nak bagi utk.'sekuntum mawar merah, sebuah puisi' di hari kekasih..hahaha itu lah ceritanya sampai jadi kreatif tu. Terimakasih dik.

      Delete
  5. cantiknya... 0(>_<)0 nanti mau buat sendiri juga.. hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...ming...cantik kan mama ko buat...ak mau buat juga...hehehe...=)

      Delete
    2. Miming dan Azye.
      Nanti koorang cuti, cikgu buat kelas ajar buat bunga ini, beli awal2 kertas crepe utk.bunga apa2 warna yg. kamu mau.. dan kertas polester macam dalam gambar ini, ada dikedai buku..k.
      Kelas percuma hihihi..bawa kawan2 kamu.Esok2 kawin, tak perlu beli bunga, buat sendiri kalau dah mahir.

      Delete
  6. Hi Irfa1810,

    Do you know where I can buy ready stock?

    ReplyDelete