Thursday 7 February 2013

Meniti hari hari mendatang dengan doa dan harapan.

8 februari, hari jumaat.
Saat ini baru rehat selepas balik dari sekolah dan selesai tugas masak untuk makan tengah hari .
Walau pun penat tapi hati terasa ceria bila memerhati hasil semaian ditapak semaian pagi tadi dan sempat ambik gambar. Jom layan gambar dan ceritanya.

 Keratan Mulbery ini baru disemai, dan pada 31 januari mata tunas baru berputik.  Tapi hari ini 8 febuari, pokok yg masih tersemai dalam bag pelastik semaian ini dah mengeluarkan putik buah pula..biar betul ni...namun semuanya ini petanda baik, sayur2 akan menjadi di tahun 2013 ini..disebabkan cuaca yg sesuai agaknya.Alhamdulillah.  Tak rugi aku pesan bibit mulberi ini dari blog tanam sendiri.com.  Terimakasih tuan Iskandar.
                                                 di bawa ini . gambar peria jantung yang cuma ada 3 butir benihnya dikongsikan oleh Tuan Iskandar.  dah tumbuh subur dan mengeluarkan sulur paut nya.
                                                       

                                        Yang ini pula semaian labu Venus yg benih nya sangat cantik dan berbeza dari rupa paras labu2 manis yg.lain.  Tak sabar nak tunggu rupa buah labu venus ini.
                                           Ini semaian betik 'elbino' yang amat istemewa dihatiku. Bertahun aku menyimpan hati untuk memilikinya. dari begitu banyak benih ku semai setakat ini hanya 3 pokok yg muncul, harap2 tidak ada siput atau serangga jahat membunuhnya.Ibarat akan hancurlah hati dan perasaan ku andai ia termusnah hehehe.


                                             Ini jagung manis cuma ada 8 butir benih disemai, sebutir gagal tumbuh, 7 butir berjaya, dan selepas dialihkan ke tempat tapak kekal, 2 pokok daunnya di makan oleh entah yg pasti bukan siput, dalam sangkaanku mungkin kucing atau ayam jiran yg mencuri masuk bila semua orang tak ada dirumah.  Ayam2 itu mencuri masuk menyelusup ikut celah gerbang pintu besar.
 Ini kawasan tapak tanaman kekal bakal tempat segala buah2 labu venus dan peria jantung akan menjalar.Aku bersihkannya hari sabtu dan ahad minggu lepas.  Esok sabut ada aktiviti disekolah, hari ahad dan cuti 3 hari tahun baru cina ini akan digunakan sepenuhnya untuk menanam segala benih yg.telah disemai itu.
 
Kawasan petak menanam segala jenis sayur daun terutama sawi, kailan dan kubis cina dan salad.ada 4 petak tapi baru satu petak yg.selesai tanahnya ku olah.



dibawah ini keadaan tanah selepas dibersihkan dan digemburkan tetapi belum di tambah tanah kompos.


Keadaan tanah setelah ditambah tanah kompos dan tanah hitam.


keadaan tanah setelah diperhaluskan.  keadaan tanah yg.gebu akan menarik perhatian sang kucing. Harap2 kucing dirumah ini, terlepas pandang tapak tanaman sawi aku ni.

Ok lah sampai ketika ini.  Tolong doakan usaha ku tak kan sia sia.Penat sangat buat kerja kerja ni..terutama kerja membuag rumput dan membuat batas.
Assalammualaikum ceria di petang jumaat.

6 comments:

  1. Assalamualaikum kak..
    Tahniah & syabas untuk akak atas usaha penanaman yg begitu bersemangat nie..moga2 betik albino & mulberi akak berhasil..tak sabar nak tengok...kesian kan akak penat bekerja membuat batas2 sayur tuh ..takperlah nanti bila merasa hasilnya..berbaloilah..selamat bercuti & berkebun kak.

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam ummuaidan.Terimakasih atas doa itu amin.
    Iya, memang penat sangat, kalau kita berjiran mesti ummi dah tolong kan..hehehe.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..molek semua nya tumbuh k.puteri..
    sy suka tengok petak2 patch dari kayu tu..teringin nak buat gitu...tp kayu agak mahal berbanding batu bata...
    sy tak sabar jugak nak menyemai benih baru...masih tak berpeluang untuk focus pada aktiviti kebun..:D

    semoga semua nya terus segar dilaman kebun akak..selamat bercuti..:D

    ReplyDelete
  4. terimakasih Nadia.Jomlah tanam sayur.Musim hujan ini sayur akan subur.Insyallah

    ReplyDelete
  5. Wah semuanya menjadi. Pokok peria jantung pun dah bersulur paut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe terimakasih tuan.Peria jantung hemm cantikkan nama tu.Nantilah tengok hasilnya.Harap2 buahnya sebesar jantung hatiku hahaha..

      Delete