Tuesday 12 February 2013

Senyuman manis di 11 Februari 2013

Kelmarin 11 Februari hari isnin yg.ceria.Alhamdulillah, ada kesempatan mengadakan sedikit jamuan sempena hari ulang tahun kelahiran Irnie Aida ke dunia ini..
Matlamat sebenar jamuan  selain meraaikan Aida, aku dah lama dan terasa rindu untuk berkumpul bersama abang Mat sekeluarga, abang Lim sekeluarga.Alhamdulillah.Sempatlah aku masak dan hidang kan nasi ayam madu, ayam kari, buah, sup dan sedikit minuman ringan.
Anakanda ustaz Mohd.Shafizul mengetuai jamuan dengan membacakan doa selamat.


Best sangat anak2 saudara aku ini iaitu anak abang mat dua orang  berjaya menjadi ustaz dang sedang bertugas di dua buah sekolah yg.berlainan.  Anak abang Lim jadi doktor dapat pula jodoh  doktor juga.
Lalu kami berkumpul membentuk sebuah keluarga yg. rasanya sangat lengkap.  Apa tidaknya, kalau sakit ada doktor, kalau mati ada ustaz tolong uruskan jenazah. kalau untuk mengajar akademik ada cikgu, ada enjeniar.. semoga Irnie Aida akan berjaya mencapai cita citanya..Aida pernah berkata cita citanya kalau besar nanti nak jadi 'inspektor polis'..masa tu dia baru tahun 3.  Entah ada lagi tak cita cita tu dalam dirinya..yg jelas dia aktif dalam kelab persilatan dan catur.  Kita doakan lah semoga Allah makbul kan segala hajat di hatinya.Amin.


Aku benar benar rindu untuk berkumpul dengan abang2 aku.  Abang Lim seperti tahu perasaan aku nak berkumpul sekeluarga, walau pun aku tak dapat menjemputnya, bimbang menganggu disebabkan dia dan anaknya Dr.Faizal, sememangnya sibuk, tetapi entah macam mana, abang dapat datang sekeluarga..anakanda Faizal bawa sekali isterinya anakanda Dr.Nellysha.,selain mereka adik shelawati dan anak2 nya juga dapat hadir ditemani abang Rosli. 


Pertemuan dengan Shelawati membawa kepada perbincangan tentang kereta pertama milik ku yg pernah aku beri pada Shela dengan harga RM 1000.  Sebenarnya kereta itu sangat2 aku sayang.  Tapi disebabkan suatu masalah aku beri kereta itu pada shela pada tahun 2008 awal tahun, kalau tak silap dalam bulan Februari juga. Yg aneh nya kereta itu seakan kembali kepada ku pada bulan Februari juga.
Hari khamis ini kereta itu akan berada semula di halaman rumah ku. aku akan sayang dia seperti mula dulu, kini dan selamanya.  Nantilah aku tulis entry khas untuk 'white Malaysia' aku itu.


Untuk Irine Aida kesayanganku, selamat panjang umur, murah rezeki, menjadi anak yg.soleha. tahu jaga diri, ibadat dan bijak bertindak dalam segala perkara.Allah bersamamu selalu.


semasa menikmati jamuan terlupa nak ambik gambar2.Hanya dapat kongsikan yg ini aje.

                                       anakanda Thasa dan anakanda dr.Nellysha...menantu2 aku ni cantik2 dan manis2 semuanya, juga peramah dan mesra.  Semoga kemesraan berkekalan.Amin.
                                      Dr.Rashid dan adik nya Irnie Aida.  Rashid rajin mengajar adik2nya hal2 agama dengan penuh diplomasi.  Ada rindu di hati ku saat Rashid, Ayu dan Mira tidak bersama di 11 Februari kelmarin.

Ok lah untuk sebuah catatan kenangan buat tatapan hari mendatang.  Salam sayang.

4 comments:

  1. Sampaikan salam sayang pada Aida, makcik. Semoga usianya mendapat keberkatan Allah dan dipermudahkan dalam segala urusan dunia akhirat (^_^)....

    Sayang Selalu =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Azye.Untuk Azye juga salam teramat sayang.Jaga diri dan senyum2 selalu.Oh..pokok pisang penawar pemberian ayah Azye hari tu, pakcik cikgu Syoi minta, dia kata biar dia yg tanam di hujung halaman.Nanti beri tahu ayah azye, kita minta lagi hehehe k.

      Delete
  2. salam kak...selamat hari lahir untuk adik Irnie..semoga panjang umur & tercapai segala cita2 nya ..inshaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam dik,
      Terimakasih ya, terimakasih atas doa itu, Insyallah.

      Delete