Friday 15 February 2013

Peria jantung vs peria pak bonong@katak.

15 Februari hari jumaat yg.tenang meski cuaca agak panas terik siang tadi.  Saat ini dah jam 11 malam. Dalam cuaca agak panas aku sempat mengambil gambar sayur2 yg telah aku alihkan ke tapak tanaman beberapa hari yg.lalu.  Beginilah keadaannya.

Ini peria jantung.Ku tanam sebaris dengan peria pak bonong@ katak..hehehe nama tempatan utk katak dalam bahasa kami.  Kalau awal pagi peria ni nampak segar dan ceria tapi bila tengah hari ia nampak tak bermaya.  Tak ada masa utk.membuatkan atap utk.nya.  Kasihan tengok peria2 ni.  Siapalah agaknya yg akan terus hidup dan berbuah banyak, tunggulah hasilnya.

Peria jantung cuma ada 3 pokok.

4 pokok dari yg paling hujung hingga ke hadapan ni, peria @katak.


Dibawah ini pokok labu venus.
semasa belum tanam ditapak tanaman, daunnya cantik dan sihat.  Tapi bila sudah tanam ditanah..dia dah kelihatan sakit macam ni.Sebenarnya dia sihat cuma sedang teruk diserang kumbang kuning pemakan daun.  Pagi petang aku duduk mengintai kumbang tamak ni..asal jumpa aku terpaksa bunuh, jahat sangat.  kasihan pokok labu venus aku ni..entah sempat ke hidup labu ni.


Ini pula labu venus tinggal sepokok belum tanam lagi.Kalau ini pun diserang kumbang kuning tu..tak tahulah apa nak buat.

Ini pula labu air atau labu putih.  Nampak sudah ada kesan gigitan kumbang tamak tu.


Ini pokok jagung manis..hanya tinggal 4 pokok yg setinggi ini yg 3 pokok lagi nyawa2 ikan.

Ini labu manis baka op yg mula2 tanam di tahun lepas, isi nya sangat padat dan empuk.

Ini semaian tomato yg benihnya berasal dari Fiji pemberian adinda Ummuaidan.Terimakasih dik.  Nampak bernas benih ni..cuma masih terlalu awal untuk menduga keberuntungan nasib nya.

Ini pula semaian keenam2 herba basil/tulasi /kemangi/selasi yg diedarkan oleh blog Tanam Sendiri.com.  Dah bercamba dah.



Tapak depan rumah ni aku dah bersihkan dan gembur semula, kerana pokok2 ros yg.tumbuh indah di ruang ini di tahun2 lepas, habis mati sewaktu aku tinggalkan untuk cuti2 malaysia.
Yang tinggal hanya bunga marygoal kuning dan oren.  Tak apalah, rasa nak tanam bunga matahari di tapak ni. atau rumah orkid.

 Ok lah sekadar sebuah catatan biasa namun menyimpan gambar utk.dikenang selagi ada hayat dikandung badan.ah teringat pula lagu lama..tak ingat lagu siapa.
Assalammualaikum.












12 comments:

  1. Salam kak...mana sedap antara peria katak ngan peria pak bonong tuh kak..? tak ingat dah camaner rs nya...huhuhuh..dok pikir2 byk pokok labu akak tanam yer.nanti tak makan ruang ker bila menjalar nie..hehehe..kalo kat umah nie ade jer yg dengko ngan pokok labu nak buangnya..hhihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam dik,
      peria jantung lebih manis dan rangup,menurut cerita tuan pengedarnya, blog tanam sendiri.

      Aka suka tanam labu sedap semua kompenannyaboleh makan.Buah dan pucuk buat sayur. buah yg tua boleh buat kuih, pengat, kek.Bijih benih kalau banyak boleh buat kuaci.sedap sangat.

      Delete
  2. subur nampak semuanya, harap semua menjadi dan keluarkan hasil yg lumayan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Terimakasih rose.Semoga kebut rose juga sentiasa menjadi dan berhasil.

      Delete
  3. Puteri, bekas putih gabus tu awak tebuk lubang atau air boleh serap keluar tanpa ditebuk lubang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gabus biasanya tebuk lubang, kalau tak air akan bertakung. Gabus tu tak serap air tapi dia memelihara wap tanah dan sangat berkesan untuk menanam. Saya guna untuk menyemai.

      Delete
  4. Wah sis, a lot of new plants! what is the different bitter gourd tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe olive, tq. never eat peria jantung so i do not know.

      Delete
  5. Wah Puteri, peria jantung dan peria katak kelihatan sempurna dan cepat besar. Kumbang timun tak kacau peria Puteri. Mungkin sebab dah kenyang makan labu manis.
    Saya ada terbaca dalam jurnal, disarankan guna semburan dari campuran air sabun, minyak masak dan kumbang metimun yang dilumatkan. Bau kumbang mentimun lumat menakutkan kumbang mentimun lain untuk singgah.
    Saya belum cuba lagi.

    ReplyDelete
  6. salam tuan,
    terimakasih datang melawat. Mungkin juga peria tu tak diganggu kumbang pemakan daun atau apa2 serangga kerana mereka dah kenyang makan daun labu venus dan labu manis tu. Atau petua emak saya berkesan.Saya ada cuba masa selepas alih peria ke tapak tanaman kekal, selang 3 hari, saya bakar kulit langsat waktu pagi2, masa sabtu ahad..macam bakar kemenyan tu..biar asap dan bau kulit langsat tu merebak dipersekitaran pokok yg.hendak jaga tu.
    Tengok lah nanti hasilnya. Kalau buat semburan seperti yg tuan cadang kan itu, perlu banyak ke kumbang mentimun tu? hehehe..terimakasih tuan.

    ReplyDelete
  7. ada juga petua perasap pokok ya ... kalau tak musim macam mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak musim apa k.Mar? musim langsat?..orang tua2, dulu, kulit langsat ni, mereka jemur sampai kering dan simpan elok2, sampai bertahun2 tak rosak.Kulit langsat yg.kering kalau dibakar ada aroma bau macam kemenyan..mungkin itulah yg menakutkan serangga yg menjadi musuh tanaman. Kita boleh cuba bersama2, tengok hasilnya.Terimakasih k.mar

      Delete