Wednesday 6 February 2013

Teringin lagi nak tanam labu kundur.

Hari ini khamis 7 Januari, melawat halaman Ummuaidan dibumi Fiji, entrynya memuatkan gambar labu kundur yg.telah berjaya ditanamnya.Wah terasa pula aku untuk menanam semula sayur ini.
Labu kundur ini buahnya agak kecil, tetapi jenis yg.sangat wangi.  Ia sesuai dituai apa bila telah benar2 cukup matang@tua.  Buahnya bila dibuat sup atau sayur lemak putih cukup wangi dan sedap tambah sedap kalau campur ikan masin dan daun kemangi.
Buah labu kundur juga sedap dicincang halus untuk dibuat  teh kundur macam dalam minuman kotak tu.
Kalau dah tua seluruh badannya akan dipenuhi bedak warna putih.
Mungkin sebab tu dia wangi, dia pakai bedak dari alam semula jadi. Harap ummuaidan sabar tunggu buah ni pakai bedak dulu kalau nak dia wangi hehehe.

Ok sekadar sebuah catatan untuk hari ini.Assalammualaikum.

10 comments:

  1. Assalamualaikum kak..
    thanks yer kak atas info ttg kundur nie..mmg sblm nie tak biasa ngan kundur nie..bedaknyer tuh gatal tak? mana sedap labu nie ker labu air? kalau nak buat yg manisan labu kundur tuh camaner yer kan..byk bertanya la pula kan ..heheh..jgn marah yer kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam dik,
      sama2 ummi.tentang bedak kundur ni,tak gatal..tapi mungkin ikut orang juga kut.tentang sedap, kedua2 jenis labu ni mempunyai rasa yg.berbeza.labu air lembut dan berair bila bubuh air kuah, kuahnya jadi banyak, kundur mempunyai bau wangi macam bau beras wangi..bila dimasak dia menyerap kuah. Selain buat halwa, nanti kalau sayur ni dah bersedia untuk diolah, saya percaya ummuaidan akan lebih kreatif..akan lahir resepi baru hehehe..yg.jelas kaum cina ditempat saya dan keturunannya sangat percaya kundur ini boleh menyejukkan badan, ada yg makan mentah parut minum dengan air gula, macam sirap jernih.Saya tak pernah cuba..nantilah lepas ni.

      Delete
  2. ini buat rasa nak tanam jugak..labu-labu ni kekabuh tak serap ke..tension tanam pokok jenis ni cepat mati sebab kekabuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la dengan saya,baru2 ni dah semai yang baru timun jepun pun dah selamat kene kekabuh. mcm x berpenghujung dah serangan kekabuh ni. jadi macam down nk tanam. :)

      Delete
    2. salam Nadia & Ibu Qistina.
      Terimakasih datang bertandang. ikut pengelaman akak labu kundur ni macam mudah dijaga, kekabu dan serangga lain macam tak ganggu pokok ni.masalahnya cuma kundur akam mengambil ruang yg sangat luas bila ditanam..cepat berbuah dan membesar.kalau nak benih nanti email alamat ke puteripurnama2@gmail.com..tapi benih akak tak awet, tak pasti bernas ke tak.

      Delete
  3. cuba buat halwa...erm sedap...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose,
      terimakasih sudi berkunjung. akak tak pernah buat halwa..tapi pernahlah makan, nanti kalau sudi dan ada masa kongsikan resepi halwa kundur ye Rose..hehehe..tukar ngan benih kundur wangi.

      Delete
  4. assalamualaikum akak, saya tengah buat research pasal buah kundur tapi maklumat tentang kundur ni tak banyak saya jumpa. mungkin akak boleh tolong saya sedikit sebanyak tentang buah ini. contohnya, rasa buah kundur sebelum dimasak macam mana? tawar? saya juga berminat untuk kacukan kundur dengan mentimun. apa pendapat akak? terima kasih jika sudi membantu saya :)

    ReplyDelete
  5. Salam..saya nk tau resepi tej kundur...ssah nak cari info nya...tthank yoouuuu

    ReplyDelete
  6. Salam..saya nk tau resepi tej kundur...ssah nak cari info nya...tthank yoouuuu

    ReplyDelete