Tuesday 2 July 2013

saat hujan turun ada yg.ceria, namun ada yg.terluka.

Kemarin 1 julai, waktu malam hujan turun sedikit lebat.Awal pagi tadi 2 julai, sempatlah aku ambik gambar bunga2 di halaman, banyaklah bunga yg.kembang dan ceria.
Namun sekembali dari sekolah waktu jam 1 petang cuaca yg panas berbahang membuatkan ada perubahan pada daun-daun pokok ditapak semaian, kelihatan seperti terbakar dan melecur.Apa sudah jadi?

Jom tengok gambar.
bangun pagi, halaman nampak basah.

                                          Yg.ini nampak gembira menikmati hujan dimalam hari.
                                        rose merah jambu juga sangat ceria.
                                           orkid dari padang besar yg.sedang berbunga juga ceria dan ayu sekali.
                                          ceria sekali  kembang"madu 3"pemberian seorang sahabat.
nama diberi oleh seorang cikgu sebabnya, sepohon pokok mempunyai 3 warna bunga.
                                                 putih, merah jambu dan unggu.
Namun dalam keceriaan bunga dihalaman yg.ini pula berduka nestapa. Entah apa masalah mereka ini, mungkin hujan mengandungi asid yg.membunuh perkembangan mereka.

                                      Semaian terung telunjuk tepi- tepi daunnya seperti terbakar.
                                        semaian jambu batu, benih dari rumah 'cik' 70%daunnya melecur.
                                           cili padi..daunnya menjadi kuning dan kelihatan berminyak.
                                          daun betik elbino mengalami nasib yg.sama.
                                           Ini paling teruk, seperti disimbah asid.
                                         pokok bunga matahari berusaha mempertahankan dirinya.

  Ini lagi teruk,dah berulang kali berbunga tapi tak lekat buahnya. Mengharapkan kesabaran dihati untuk bertahan menjaga mereka.
Oklah catatan 2 julai untuk sebuah imbasan.salam ceria dan assalammualaikum.

6 comments:

  1. Salam Puteri,

    Semacam hujan asid dek kerana jerebu tak?? Mak Aji dapat mesej drp kawan yg ada sebut jangan seronok sangat bile hujan selepas jerebu tebal sebab semacam berasid hujannya dan boleh memudaratkan kesihatan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam mak Aji.Maaf lambat muncul.
      Rasanya memang air hujan ada berasidlah, sebab ada terbaca diblog tanam sendiri, tuan Iskandar ada kongsikan gambar bag kulit ke atau apa tu, terkena hujan, kulit tu nampak terbakar. Terimakasih mak Aji.

      Delete
  2. Pokok-pokok di rumah aku pun ada mempunyai masalahnya sama.. tepi daunnya mengering...

    ReplyDelete
  3. Kesiannya pokok2 dan semaian kak puteri.. di sana masih tebal ke jerebunya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jerebu tak seteruk KL, tapi pembenihan awan tu, terbang kat sini kut, akhirnya yg.turun adalah hujan buatan,bermasalahlah pulak..sabar je lah.Terimakasih Maszz.

      Delete