Balik dari sekolah, aku dan Ir ke tanah pantai utk.melihat perkembangan binaan pondok kecil.
Menurut tukang, banyak perkakas yg.tak cukup.Mereka dah naikkan kesemua beruti kayu utk.tulang bahagian atap.Namun 45% binaan pondok ini telah siap.

Seronok sangat usaha kelmarin hari ini dah nampak hasilnya.Alhamdulillah.Menurut tukang, banyak perkakas yg.tak cukup.Mereka dah naikkan kesemua beruti kayu utk.tulang bahagian atap.Namun 45% binaan pondok ini telah siap.
Beginilah struktur binaannya..
Aku ada peluang memanjat lantai atas, wah..terasa tinggi juga, sekitar 7 kaki dari aras tanah.
wira hijau ku sentiasa menemani dan menyaksikan perkembangan tanah pantai ini.
Tukang yg.satu ini sangat kelakar, mereka ini insan yg.baik hati dan baik budi perkerti.
Aku ambik gambar Ir ketika aku berada di aras 7 kaki dari permukaan tanah., nampak laut dan wira hijau ku.
Ini pemandangan bahagian hadapan , nampak laut dan pantai.
Kereta hitam tu, kereta pakcik sukoi, dia mambantu aku menguruskan kebun tembikai. Kemarin dia tolong aku tarik air tawar utk.kegunaan tukang rumah aku ni.
Pemandangan hadapan pondok, menghadap tasik pantai, yg.dalam angan ku akan aku usahakan utk.kolam udang kertas atau ikan 'gurami merah', tentunya bakal ku import dari Indonesia. Hihihi kalau ada rezeki, berangan lagi.
Ok lah sekadar perkongsian cerita hari ini..sebagai kenangan untuk hari esok.







Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Haa, Miim.
Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran.
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang
berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa
memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).
(Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada
malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara
yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau
bertukar).
Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul.
(Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia);
sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui
(akan segala keadaan hamba-hambaNya).
Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi
serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang
yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan
kepada kamu).
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dia lah Yang
menghidupkan dan Yang mematikan; (Dia lah jua) Tuhan kamu dan Tuhan
datuk nenek kamu yang telah lalu.
(Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka),
bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan
perkara agama.
Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap
kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat),
Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu,
sehingga mereka akan berkata: "Ini adalah azab yang sungguh
menyakitkan".
(Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): "Wahai Tuhan
kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!".
Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka
hendak beriman itu)? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul
yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)!
Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada
menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): "Dia seorang
yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!"
Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar).
(Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan
dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari
pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab
yang seberat-beratnya).
Dan demi Sesungguhnya! Sebelum mereka, Kami telah menguji kaum
Firaun, dan merekapun telah didatangi oleh seorang Rasul (Nabi Musa)
Yang mulia, -
(Yang memberitahu kepada mereka dengan katanya): Berikanlah
kepadaku wahai hamba-hamba Allah (apa-apa yang menandakan kamu menerima
kerasulanku); sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, yang
diutuskan kepada kamu.
"Dan janganlah kamu berlaku sombong takbur terhadap Allah; sesungguhnya aku ada membawa kepada kamu mukjizat yang jelas nyata.
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
"Dan sekiranya kamu tidak juga mahu berimankan kerasulanku, maka
putuskanlah perhubungan kamu denganku (janganlah mengganggu daku)."
(Setelah Nabi Musa berputus asa daripada iman mereka), maka ia
pun merayu kepada Tuhannya lalu berkata: "Sesungguhnya orang-orang ini
adalah kaum yang berdosa, (yang telah sebati dengan kekufurannya, dan
berhaklah mereka menerima balasan yang seburuk-buruknya)".
Lalu (diperintahkan kepadanya): "Bawalah hamba-hambaku
(pengikut-pengikutmu) keluar pada waktu malam, kerana sesungguhnya kamu
akan dikejar (oleh Firaun dan orang-orangnya).
"Dan tinggalkanlah laut itu dalam keadaan tenang - terbelah,
kerana sesungguhnya mereka (yang mengejarmu itu) ialah tentera yang akan
ditenggelamkan (sehingga binasa)".
Banyak sungguh kebun-kebun dan matair, mereka tinggalkan,
Dan juga berbagai jenis tanaman serta tempat-tempat kediaman yang indah - mulia,
Dan juga kemewahan hidup, yang mereka sekian lama menikmatinya.
Demikianlah keadaannya (hukum Kami ke atas orang-orang yang
derhaka); dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan orang-orangnya:
milik kaum yang lain (kaum Bani Israil).
Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan
bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah selamatkan kaum Bani Israil, dari azab yang menghina, -
Dari penindasan Firaun, sesungguhnya ia adalah seorang yang
sombong takbur lagi terbilang dari orang-orang yang melampaui batas
(dalam keganasan dan kekejamannya).
Dan demi sesungguhnya! Kami telah memilih mereka dengan
berdasarkan pengetahuan (Kami) - menjadi lebih pangkatnya dari penduduk
dunia (pada zaman itu),
Dan Kami berikan kepada mereka (melalui Nabi Musa) berbagai
mukjizat yang mengandungi ujian yang jelas nyata (untuk melahirkan sikap
mereka).
(Berbalik kepada kisah kaum musyrik penduduk Makkah, Allah
berfirman): "Sesungguhnya mereka ini akan berkata (kepadamu - wahai
Muhammad dan kepada pengikut-pengikutmu):
"Mati, hanyalah mati kita yang pertama (di dunia), dan kita tidak sekali-kali akan dibangkitkan hidup lagi (sesudah itu);
"(Jika tidak) maka bawakanlah datuk nenek kami (yang telah mati) kalau betul kamu orang-orang yang benar!"
(Mengapa mereka masih berdegil dalam kekufurannya?) Adakah
mereka yang lebih kekuatan dan kehandalannya atau kaum "Tubba'" dan
orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu semuanya Kami
telah binasakan, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang
berdosa.
Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main;
Tidaklah Kami menciptakan keduanya (serta segala yang ada di
antaranya) melainkan kerana menzahirkan perkara-perkara yang benar; akan
tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
Sesungguhnya hari pemutusan hukum untuk memberi balasan, ialah masa untuk mereka semua berhimpun, -
Iaitu hari seseorang kerabat atau sahabat karib tidak dapat
memberikan sebarang perlindungan kepada seseorang kerabat atau sahabat
karibnya, dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan (untuk
menghapuskan azab itu),
Kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum, -
(Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka).
(Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, -
Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.
(Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): "Renggutlah
orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka.
"Kemudian curahkanlah di atas kepalanya - azab seksa - dari air panas yang menggelegak".
(Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): "Rasalah azab
seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat
(dalam kalangan masyarakatmu)"
(Kemudian dikatakan kepada ahli neraka umumnya): "Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya!"
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. -
Ia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya,
Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain
sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan)
sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing).
Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.
Mereka meminta - di dalam Syurga itu - tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa.
Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada
mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu; dan Allah selamatkan mereka
dari azab neraka;
(Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu (wahai Muhammad); yang demikian itulah kemenangan yang besar.
Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan
bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya mereka (yang memahaminya)
beringat dan insaf (untuk beriman dan mematuhinya).
(Kiranya mereka tidak berbuat demikian) maka tunggulah (wahai
Muhammad akan kesudahan mereka), sesungguhnya mereka juga menunggu (akan
kesudahanmu).