Tuesday, 17 September 2013

Menuai tembikai di tanah pantai.

17 september 2013, hari selasa yg.tenteram. Jam tiga petang siang tadi, aku dan Ir ke tanah Pantai yg.sedang diusahakan.  Pakcik yg.menjaga kebun tembikai meminta kami datang kerana hasil tembikai sedia untuk dituai.
Wow seronok benar rasanya dapat melihat dan menuai hasil usaha milik sendiri.  Alhamdulillah.
Jom tengok gambar kenangan.

                                                Ir dan pakcik sedang berbincang tentang buah buah tembikai ini.
 'di mana ada kemahuan, disitu ada jalan' dah terbukti benarnya.
                 Ini hasil baru 3 x kereta sorong, buah nya tak lah besar sangat sekitar 4 ke 7 kg dalam sebiji.  Esok baru nak belah dan makan tembikai ni..tunggu cuaca panas baru boleh makan.
Benar benar memiliki kebun tembikai ini seperti mimpi dalam hidup aku, mengusahakannya dan akhirnya dapat melihat hasil yg.banyak begini benar2 membuat hati bertambah semangat utk.meneruskan apa yg.sedang dibangunkan.  Doakan semoga segala usaha ini akan berjaya ya.  Terimakasih.

Anak anak mama yg.jauh disana, tanah pantai dah keluarkan hasil.Nanti kita buat yg.lebih baik lagi k.
Sampai disini, sekadar sebuah catatan memori dan perkongsian cerita hidup.  Assalammualaikum.

18 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Puteri,
    Wow! bestnya akak. Doakan satu hari nanti sy pun ada tanah pertanian yg luas cam tanah pantai akak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      Alhamdulillah inilah hasilnya.InsyaAllah dik, doa akak semoga Rose sekeluarga akan berjaya mencapai segala apa yg.dihajatkan.Amin.

      Delete
  2. salam kak,

    byknya buah tembikai. jeles dgn akak ada tanah luas yg blh diusahakan. puas hati klu usaha kita mendatangkan hasil mcm ni. selamat mkn tembikai esok ye kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Rini.
      Alhamdulillah beginilah hasilnya setelah 2 bulan lebih berpenat lelah.Dapatlah tengok sendiri dan menikmati hasilnya.Jangan jeles nanti Rini pun boleh dapat sebegini, yg.penting ada azam dalam hati.

      Delete
  3. As salam cikgu,

    Alhamdulillah...saya tumpang gembira dgn kejayaan tanaman tembikai ni. Blh saya tau harga bg sekilogram tembikai di Sabah? Kat tmpt saya RM2.50 utk tembikai merah tnpa biji. Yg isi kuning lbh mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam Adry.
      Terimakasih. Harga pasaran secara rasminya RM2.20.
      Tapi memandangkan daerah tempat saya ni,memeng diantara daerah mengeluarkan hasil tembikai, maka terpaksa bergelut dgn.org.tengah, orang tengah minta harga borong terlalu rendah hanya 80 sen je.Terpulang pd.kita nak jual ke atau nak jual sendiri.

      Delete
  4. Salam kak,
    alhamdulillah inilah yang ditunggu2..tumpang gembira tengok hasil usaha akak membuahkan hasil..semoga berjaya dipasaran pulak nanti inshaallah..kirim sebiji yer kat fiji..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      Alhamdulillah inilah yg.ditunggu2, menjadi juga dia..hihihi.
      Hahaha fiji lagi banyak tembikai kan. Nantilah kalau ummuaidan nak datang akak tanam sebatas dua, dua bulan proses menanam dah dpt.makan hasilnya.

      Delete
  5. Assalam kak puteri,

    Subhanallah saujana mata memandang melihat tembikai2 bertaburan umpama galian harta karun. Makan time cuaca panas nikmatnya tak terkata. semoga kak puteri berjaya di setiap lapangan yang akk lakukan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam dik.
      Alhamdulillah terimakasih atas doa itu, amin.Tembikai ni sedap buat jus.

      Delete
  6. Subhanallah kak puteri..rezeki...banyak nya tuaian..suka sy tengok..dtg dah rasa berangan nak ada ladang mcm akak...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah beginilah hasilnya setelah sekian lama berpenat lelah. Bagus ada niat nak mengusahakan tanah utk.bercucuk tanam,InsyAllah Alah akan beri jalan. Akak pun rasa macam mimpi je.

      Delete
  7. Assalamualaikum Puteri,


    SubhanAllah, banyaknya buah tembikai tu,besar2 dan cantik buahnya, Semoga reeki Puteri makin bertambah. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam Saodah.
      Terimakasih singgah melawat kita.Alhamdulillah beginilah hasil nya.Terbuktilah kata berbudi pada tanah,tak akan sia sia.

      Delete
  8. Tanam tembikai di tanah pantai,
    Tanah pantai di negeri Sabah,
    Tembikai dipetik sambil bersantai,
    Penat dan lelah terbayar sudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduhai Warna Sari..kena jawab dalam pantunlah juga ni kan.
      Terimakasih sudi menjadi teman bersuka ria.

      Warna Sari anak ke lima,
      Sangat cekap bermain panah;
      memang betul lah pepata lama,
      Memang tak rugi berbudi pada tanah.

      Terimakasih dik, sudi melawat dan hadiahkan pantun itu, best sangat.

      Delete
  9. Salam Puteri,

    Tumpang seronok Mak Aji melihatkan hasil yang melimpah ruah!! Kalaulah dekat2 Mak Aji singgah je untuk tumpang sekaki! Bak kata orang tidak rugi berbudi kepada tanah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam mak Aji.
      hihihi apa salahnya, nak tumpang, dua kaki pun boleh..banyak buah ni, nak makan puas2 pun boleh..tambah kecik, tambah manis.

      Delete