Friday, 6 September 2013

upside down tomatto - semangat cinta yg.terbiar. Begini lah jadinya.

                       Setahun yang lalu aku temui teknik menanam tomato cara terbalik ini. Ia ada di halaman youtube. Melihat teknik ia dilaksanakan tentulah terasa sangat mudah, pelbagai ragam benda digunakan dari bekas tong cat, baldi, pasu2 bunga pelbagai saiz hingga ke bakul plastik kampit beras jenis yg.tebal..terasa jimat dan mudah, tempat letak, gantung lah ditepi2 dinding yg.kena cahaya mata hari hingga lah ke tepi2 pagar.
Melihat ia begitu mudah dan hasilnya tentulah sangat memuas kan, aku benar2 jatuh cinta yg.berkobar2.
Cinta berkobar kobar.

Jom tengok hasil percintaan ini.
                                                  Beginilah teknik itu, tomato ditanam terbalik akar ke atas, pucuknya ke bawah..macam gambar ni. wah banyak nya hasil.

                


Aku pun dengan penuh kecintaan sediakan tong cat ini, macam aku tengok dalam youtube.  Siap aku tempah kaki utk.gantung.  Lupa nak ambik gambar masa tomato kecik lagi duduk tergantung dalam keadaan terbalik itu.  Bila dah hampir berbunga baru teringat nak ambik gambar.
Inilah gambarnya.
Mula mula ia sangat subur, tapi entah sejak sibuk terlibat mengusahakan tanah pantai, terabai lah perhatian terhadap tomato tanam terbalik ini, aku tak ingat nak siram dan merawatnya.
Perasaan cinta membara terhadapnya telah terbiar akibat kesibukan..
Benar benar ia terabai, cuma sesekali aku berpesan pd.si manis Aida, tolong siramkan dia.

Masa berlalu, bila aku periksa buahnya menjadi kecil dan nampak stress.
Sedar lagi dia dah ranum dalam kepayahan hidup yg tidak di belai.

Sebelum dia berlalu, sempatlah dia hadiahkan aku buah2nya yg.merah ranum dan comel ini.
Walau aku abaikannya, dia tetap membalas rasa cintaku yg.berkobar2 saat aku mula menyemai dan menjaganya. Bila dia nak berhasil dan sangat perlukan perhatian ku, aku telah abaikannya 100%.

Andainya aku jaga ia dari mula hingga akhir, tidak mustahil dia akan berbuah dan berhasil seperti dalam gambar yg.paling atas...kan.



                                                    Buahnya kelihatan comot, kesan tanah akar yg.larut semasa menyiram. Namun ia tetap kelihatan comel dan melantunkan cahaya merah membara. Tanda cinta yg.berkobar kobar.
Ada penyesalan dalam hati ku, seperti aku ingin menangis.
Aku petik buah tomato ini, bersihkannya lalu mencium aromanya berkali2, dan berbisik padanya, tak apalah..nanti aku tanam lagi dan menyimpan azam untuk buat yg.lebih baik, penuh kecintaan dan bersungguh sungguh.

Ok.lah sedetik berbicara dengan  'upside down tomatto'.  Salam ceria dipetang jumaat begini.

13 comments:

  1. Replies
    1. hehehe tak berjaya lagi dik. apa pun terimakasih masih saling berkunjung.

      Delete
  2. Salam kak puteri,
    tak pe kak, lakukan untuk kedua kali...kadang-kadang cinta kali kedua akan memberikan sesuatu yang lebih bermakna dan indah..hihihi...(hello ส่าหรีสี ..bermadah pulak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam pt ส่าหรีสี.
      Akak setuju..tak berjaya pertama kali, buat lagi kali ke dua..kan..jom menyemai cinta dengan pokok2 pilihan hati..
      terima kasih dik.

      hehehe k mar.

      Delete
  3. Wah... aku juga dilamun cinta ni... cinta pada merah tomato puteri yg ketandusan cinta itu... apa kan daya banyak kekangannya ... I just can sow and grow... to reap the outcome is very minimal due to.... cinta hujung minggu hi hi.. tahniah puteri ... putikan cintamu sudah bersinar kemerahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi hihi k Mar cinta hujung minggu ye..hahaha.Jom bercintalah kita dengan pokok2 yg.kita pilih sendiri, jaga sendiri..semoga berhasil.

      Delete
  4. Salam Puteri,

    Seronok pula baca kisah cinta ni ya! Projek pokok terbalik ni setakat ni belumlah terlaksana oleh Mak Aji, asyik KIV memanjang. Bila tengok merah ranum tomato tu, semacam berputik kembali semangat tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam mak Aji.
      hehehe seronok bercinta dengan pokok2 ni, dah pagi petang kita jaga mereka. kalau jaga hidup kalau biar mati, bila mati ada rasa kecewa dalam hati..jom lah kita tanam guna teknik gantung terbalik ni.Terimakasih Mak Aji.

      Delete
  5. tahniah kak menjadi lah jugak.takpe nti cuba lagi k....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih suzi.
      InsyAllah. Jom tanam tomato.

      Delete
  6. Bestnya! i punya tomato punyalah i belai and manjakan dia..still tak jadi! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Olive.
      hahaha biasa lah tu, tambah sayang sayang tambah buat hal kan. kalau biar je apa lagi kalau tanam main campak2 je, lebih lagi suburnya.Terimakasih Olive.

      Delete