Sunday, 8 September 2013

Tembikai di Tanah Pantai

Hari ahad 8 september 2013. Aku berkesempatan ke tanah pantai untuk menanam beberapa pokok kelapa mawar sebagai aktiviti rutin hari ahad bagi memenuhi tanaman di tanah yg.sedang aku usahakan.
Antara yg.aku sedang usahakan ialah tanaman tembikai isi merah yg.biasa.

Dalam posting 14 julai yg.lepas, tembikai ini baru disemai, dan tanah pun baru selesai dibuat batas.  Proses penanaman dibuat pd. awal ogos, tak sangka hari ini 9 september tembikai ini dah membesar dan berbuah secepat ini.
Jom tengok gambar tembikai di Tanah Pantai.
keadaan kebun tembikai dari sudut jauh. Jauhnya kereta hijau ku, terasa luas benar tanah ini.

Buah tembikai dah membesar.

Keadaan saiz buah dari jarak dekat dah berat lebih 2 kg, berat buah ni.

                      semoga buah2 tembikai aku ini tidak diserang penyakit, gangguan manusia mahu pun haiwan.
 Ok lah sebuah catatan kenangan sebagai ingatan dimasa mendatang.  Salam mesra selalu.

23 comments:

  1. AsSalam kak puteri,
    Masyaallah, luasnya kawasan tanaman akak...rezeki hasil berbakti pada tanah. Semoga semua tanaman kak puteri terlindung daripada segala gangguan.
    Saya suka tembikai tapi tak boleh makan banyak, saya ada asma, kalau teringin cukup sekadar sepotong kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam dik.
      Terimakasih atas doa itu, amin.
      Tanah ni memang luas, tapi tak terdaya nak segerakan pengurusannya, ada masalah disemua sudut.Terpaksa berdikit2.

      Delete
  2. Salam Puteri,

    Wah, dah menjadi tembikainya! Insya-Allah banyaklah hasilnya nanti!

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah bolehlah.Terimakasih NJ, sudi melawat kita.

      Delete
  4. salam kak,
    alhamdulillah menjadi projek akak nie..semoga selamat dipasarkan yer nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      Alhamdulillah semoga begitulah, masih awal utk.meramalkan hasilnya..namun berkat doa kawan2, semoga Allah makbulkannya.

      Delete
  5. salam kak,
    lepas ni kenduri tembikai la orang sinun

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Rose.
      hehehe kenduri tembikai, kalau kita berjiran dah dapat kongsikan, boleh belanja kekawan Rose kat pejabat kan nama nya juga kenduri..hehehe.TQ Rose.

      Delete
  6. salam kak puteri...lama betul tak berblog..tanah akak yang dulu kosong tu kan..wah dah penuh tembikai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Nadia.
      Iya betul lah dah lama saling tak berhubung.Semoga Nadia sihat. Tanah yg.dulu kosong kini dah ada sedikit tanaman.Alhamdulillah.

      Delete
  7. Suka tengok ladang tembikai ni...
    kalau sesat2 kesana, boleh pecahkan sebiji dan minum airnya... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul lah Zam, sesiapa tersesat ke tempat ni, memang boleh pilih sesuka hati, tempat ni belum ada perumahan orang, dan kawasannya betul2 tepi pantai..tapi tak apalah telah dilafazkan niatnya semasa menanam sebagai sedekah kerana Allah..sementara ada peluang hidup dan berbuat kebaikan.

      Delete
  8. Seronoknya kak.. Rasa nak pergi minta kerja jaga kebun akak je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe Nuda, kalau semuanya dah kecukupan, memang sangat2 memerlukan pembantu, InsyaAllah nantilah disuatu peluang itu akan datang.Terimakasih dik.

      Delete
  9. wah, buah di tembikai di sana sini, bestnyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul best, Alhamdulillah suatu pemandangan dan kepuasan dalam hati yg.benar2 mengharap.Terimakasih sudi bertandang dik.

      Delete
  10. Assalam kak puteri,

    Cemburunya hati ni tgk kesuburan pokok2 tembikai akk...boleh buat jual dah ni. hehe......nk jadi jiran akk la kalo mcm ni. keke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha jom berjiranlah kita..hari hari agaknya gelak2 pas tu, gi tanah pantai beramu pucuk ubi, bayam, mandi2 pantai, mesti best, sebab ada kawan sehati sejiwa.

      Delete
  11. Alhamdulillah.. Rezeki Allah.. hihihi.. keep it up.. (^_~)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Cepatlah pulang nanti boleh rasa2 buah tembikai tanam sendiri.

      Delete
  12. Rasa terpanggil diri ini hehe.. cik antara tembikai merah dan tembikai susu yang mana lagi rumit penjagaan.. saya ad ladang tapi berbukit sdkit. Adakah sesuai ditanam dladang berbukit dan bertanah gambut. Mohon bantuan org lama: )

    ReplyDelete