Monday, 30 September 2013

Pondok kecil di tanah pantai hari ke 2.

Balik dari sekolah, aku dan Ir ke tanah pantai utk.melihat perkembangan binaan pondok kecil.
Menurut tukang, banyak perkakas yg.tak cukup.Mereka dah naikkan kesemua beruti kayu utk.tulang bahagian atap.Namun 45% binaan pondok ini telah siap.
                                             Seronok sangat usaha kelmarin hari ini dah nampak hasilnya.Alhamdulillah.
                                           Beginilah struktur binaannya..
              Aku ada peluang memanjat lantai atas, wah..terasa tinggi juga, sekitar 7 kaki dari aras tanah.
                             wira hijau ku sentiasa menemani dan menyaksikan perkembangan tanah pantai ini.
                       Tukang yg.satu ini sangat kelakar, mereka ini insan yg.baik hati dan baik budi perkerti.

  Aku ambik gambar Ir ketika aku berada di aras 7 kaki  dari permukaan tanah., nampak laut dan wira hijau ku.
 Ini pemandangan bahagian hadapan , nampak laut dan pantai.

                        Kereta hitam tu, kereta pakcik sukoi, dia mambantu aku menguruskan kebun tembikai. Kemarin dia tolong aku tarik air tawar  utk.kegunaan tukang rumah aku ni.
                                          Pemandangan hadapan pondok, menghadap tasik pantai, yg.dalam angan ku akan aku usahakan utk.kolam udang kertas atau ikan 'gurami merah', tentunya bakal ku import dari Indonesia. Hihihi kalau ada rezeki, berangan lagi.

Ok lah sekadar perkongsian cerita hari ini..sebagai kenangan untuk hari esok.

12 comments:

  1. Assalamualaikum kak puteri,

    Wah!!!
    best sangat2...ada rumah, laut, pantai, tasik
    terasa lengkap satu lingkaran kehidupan
    kalau ada rezeki yang diizinkan Allah ingin rasanya ke Tanah Pantai Lembah Seribu Bintang..

    Foto terakhir seolah-olah melambai warna sari untuk ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      baru ada kesempatan lawat blog, sibuk ooo..apa pun terimakasih kerana ada keinginan utk.bertandang ke lembah seribu bintang.

      Buat masa ini semua benda masih haru biru..insyaAllah nanti lah kalau semua dah selesai akan di iklankan juga jemputan utk.sahabat2 'dalam lingkaran ini' yg.berminat.

      Foto tu cantik kerana pemandangannya masih terlalu semula jadi, tak ramai orang, sunyi sepi, tak ada kemudahan dan jalan yg.menyusur pasir berpadang lalang.

      Delete
  2. Salam kak,
    Besnya siap nak bela udang ngan ikan lagi, impian sy nak camtu gak...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik Rose.
      hahaha jum lah sama sama menyusun impian.InsyaAllah, kalau memeng ada rezeki kita akan dapat juga tu.Terimakasih Rose.

      Delete
  3. Seronok dpt tanah begitu ye, cantik, luas, ada kolam pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah lah, akak macam rasa tak percaya je, dapat benda2 ni..tapi itulah hakikatnya ia ada didepan mata, cuma terpulang pd.diri nak usahakan ke atau biarkan.

      Delete
  4. Salam Puteri,

    Pondoknya tinggi, lagi bagus pemandangannya! Tentu best dapat rasa bayu laut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam mak Aji. pemandangan dan bayu laut tu memang sangat mengasyikkan, ada bunyi ombak lagi.Terimakasih Mak Aji.

      Delete
  5. Assalam kak puteri,

    cantiknya kawasan pertanian akk,saya yg tgk ni pun rasa tenang je apetah lg akk yg berada depan Mata. All the best utk akk sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      Alhamdulillah setakat ini semua macam berjalan ikut jadual..cuma masa yg.menjadi kekangan dan pengurusan yg.terlalu terdesak.Terimakasih menyokong impian akak hihihi..

      Delete
  6. wah!!!..
    kalau gitu, bukan setakat dibuat kebun.. boleh buat chalet ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sebab tu ada impian nak buat tapak perkemahan di 'Lembah Seribu Bintang'..hihihi .Terimakasih Nizam.

      Delete