Monday, 9 September 2013

Mentari jatuh di Lembah Seribu Bintang.

 9 September siang Isnin yg.penuh pengharapan.  Esok 10 september, murid murid tahun enam akan menduduki peperiksaan 'UPSR'.Semoga semuanya akan berjaya dengan cemerlang.

saat aku menulis entri ini, jam sudah pun ke angka 10.55 minit malam.  sejak jam 8 tadi sambil mendengar berita di TV 3, aku melihat semula koleksi gambar kenangan tersimpan dalam PC, khususnya gambar2 berkaitan tanah pantai yg.sedang giat aku usahakan.

Berkunjung ke Tanah Pantai ini, membuatkan hati ingin terus berada disana, jarak nya dari rumah hanya 20 minit perjalanan kereta.

 Tempat ini sangat luas dan menenangkan.  Ia kawasan padang ragut untuk kampung, kerajaan ingin ia dimajukan.  Dan aku pun mengambil bahagian.
kawasan bahagian aku, baru sedikit yg.dapat aku uruskan, terlalu banyak kekangan terutama melibatkan kewangan dan keyakinan hati. Aku hanya mampu datang ke tempat ini pd.sebelah petang.

Didada langit ada pelangi petang

Suasana Tasik pantai bila mentari mula terbenam. Air laut yg.wangi melantunkan warna emas berkilauan.
Ia lukisan alam semula jadi ciptaan Tuhan


Hari raya ke empat yg.telah berlalu,aku, Ir, sempatlah membawa Ir Junior dan adik2 perempuannya memeriksa Tanah Pantai.Masa ni, anak2 tembikai belum menjalar.
Bahagian aku ini, luasnya sejauh mata memandang.
                                      Keindahan pemandangan tempat ini membuatkan aku ingin menamakannya
                                                             ' Lembah Seribu Bintang'
                                          Sempatlah anak anak gadis aku memerhati dan menikmati pemandangan saat mata hari terbenam memasuki perut laut.  Benar benar indah saat memerhati mereka bermain air laut ditepi pantai 'Lembah Seribu Bintang'

                                                               cantiknya dia beraksi.
                                                          Benar benar ia melukiskan aksi kenangan mira dan aida.
    
                                                      Arca disenja merah..kamu kah itu.
                                                           ada penceritaan yg.ingin dihuraikan, mata hari, ombak dan mira.
                                                          saat malam menghampiri, warna langit menjadi biru.Indah kan.
                                                         Mata hari semakin jauh meninggalkan kami sekeluarga dan mengarahkan untuk segera pulang utk.menunaikan fardu magrib.
                                          Ini lah lukisan pemandangan 'lembah seribu bintang'
                                           berkunjung ke tempat ini sangat sukar meninggalkannya.
                                            Namun tugas perlu diteruskan.
                                               permukaan daratan sudah pun gelap. Jom pulang.
Ok lah catatan lukisan emosi saat bersama.  Assalammualaikum.

8 comments:

  1. salam kak,
    memang rahmat dpt memiliki tanah yg sebegini..bonus dengan tasik lagi..takdpt miliki sendiri namun berngan kalau ade rezki nak tgk ladang akak nie, inshaallah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikum salam dik.
      Insya Allah.Semoga sampai dan dapat kita bersama makan2 buah tembikai ditebing tasik lembah seribu bintang..hehehe.

      Delete
  2. Puisi 2 baris khas untuk kak puteri,

    Mentari indah di Lembah Seribu Bintang
    Melontarkan warna-warna sari indah pada remang petang..

    hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna Sari
      tersusun di dada pelangi
      ingin sekali aku menyeru nama itu..
      yang tentu nya cantik
      secantik warna sari.
      hahaha terima kasih dik dengan baris2 puisi yg.membuat aku senyum sendiri.
      ahh yg.penting bahagia kan.

      Delete
    2. Hihihi...puitis juga kak puteri ni...
      (tengah tersenyum ni...)

      sama-sama kita berkongsi kebahagian

      Terima kasih kak puteri, menceriakan saya sore ini.

      Delete
  3. Replies
    1. jom lah komen2 gaya puisi, tak lah boring sangat hihihi.Terimakasih maszz sudi santai bersama.

      Delete
  4. Bagai melihat biasan taman syurga....bertuah sekali jika dapat bertamu di sini...

    Salam ziarah dari jun di usj

    ReplyDelete