Friday, 14 March 2014

Meski terpinggir masih terus berbakti.

 14 Mac, hari jumaat yg.tenang.jam menuju ke angka 10 malam. Teringat Rashid yg.masih berada di bumi Bali, Indonesia. Ir Junior di dataran sg.Kut, di daerah Mukah sibu sarawak. Mira di Jitra dan Restu di ibu kota Malaysia.  Tak ada kuasa seorang ibu, menghalang takdir hidup, meski tak ingin berjauhan, namun hati terpaksa rela, ini lah kehidupan.  Rindu benar aku terhadap nama2 ini, hanya doa semoga Allah melindungi dan permudahkan segala usaha anak anak ini.Amin.

Sekembali dari bertugas, teringin nak masak sayur terung masak lemak ikan masin.  Bila periksa saki baki terung kari, pokoknya yg.ku tanam di bulan jun 2013 tahun lalu masih terus berbuah, dan tak habis makan.
Pokok induknya telah kering, namun tunas2 baru tumbuh dan tak sangka boleh menghasilkan buah yg.banyak.
Sebenarnya pokok terung ini telah terpinggir sekian lama kerana kesibukan yg.tidak terelak, namun dalam diam ia masih terus berbakti membekalkan buah2 yg.segar untuk aku sekeluarga.Alhamdulillah.
                                                 Beginilah keadaan pokoknya yg.dah hampir rebah.



                                       Meski cuaca panas terik sempatlah aku meramu daun kemangi dan bayam merah dipenjuru halaman.
                                        Aku petik buah terung kari ini, kesemuanya ada 13 biji, tak habis makan, nak biar dipokok takut terlebih matang. Baki nya terpaksa simpan dalam peti sejuk dan entah bila lagi nak mengulainya semula..tak ada peminat terung dirumah ni.
Ok lah sekadar sebuah catatan untuk hari ini.  Salam ceria dan assalammualaikum.

3 comments:

  1. Salam k.puteri...rezeki betul..byk..tak pernah dapat hasil macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Nadia.
      rezeki..hihihi..
      Nadia email alamat..nak kirim sesuatu utk.nadia..kalau mau hihihi.

      Delete
  2. Assalamualaikum kak puteri, lama tak bersapa, sibuk sikit mak kurang sihat...tumpu lebih masa untuk mak dan mesti bataskan sikit aktiviti lain..
    Sedap gulai terung ni, saya suka juga sesekali makan. Dalam keluarga saya, kakak ipar saya memang sangat pandai masak masakan berempah, sedap pulak tu.

    ReplyDelete