Hari isnin 24 mac, tentu saja suasana cuti sekolah sepanjang minggu ini dipenuhi azam ingin lakukan aktiviti yg.berfaedah disamping menyiapkan segala tugas2 rasmi yg.terbengkalai.
Untuk satu kesempatan di hari ini, aku siapkan menu untuk makan tengah hari 'Patin asam tempoyak'.Patin ini berwarna putih, tak tau nama perjenisannya. Patin ini menurut penjualnya, dipancing dari sungai 'kinabatangan' didaerah sandakan.Jenis yg.hidup liar, 3 ekor ni, harganya RM 28. aku tak tahu mahal ke murah, di semenanjung ikan patin yg.selalu aku nampak berwarna hitam dan diternak dalam sangkar atau kolam, tapi jenis yg.aku beli ini adalah berbeza.
Aku tak pernah masak ikan patin, selalu tengok adik ipar aku 'som' masak asam tempoyak daun kesom.
Aku call' tok cik' dibumi Pahang. Gembira dengar suara Tok Cik, dia sihat je, alhamdulillah. Dia pun ajar aku cara nak masak ikan patin ni. Aku siang macam dalam gambar ni lah.eee banyak sangat lemak ikan ni. Yg nampak kuning tu lemak, bukannya telur.
Isi nya pejal dan tak ada bau hanyir. Kalau ikan patin yg.selalu tok cik siang, satu dapur bau hanyir, riuh cari asam limau untuk buang bau hanyirnya. Jenis yg.putih ini tak ada bau.
Baki tempoyak banyak lagi, aku pun banculah macam yg.'Cik' suruh.
Aku gaul semua bahan yg.telah dikisar, macam gambar dibawah ni. Nanti kalau dah mendidih baru masukkan tempoyak yg.telah dicairkan. Angkat kalau dah pekat dan campur daun kesom.
Ir junior sangat suka makan gulai tempoyak ikan patin ni. Harap2 rasanya sedap macam yg.Ir junior harapkan. Ok lah sekadar sebuah catatan yg.aku pernah juga masak ikan patin. Salam mesra dan assalammualaikum.
Assalamualaikum kak puteri,
ReplyDeleteWah orang Sabah dah pandai masak tempoyak, ikan patin lagi. Mesti sedap ni. Saya yang dah beberapa tahun kat Kuala Kangsar ni belum lulus lagi masak tempoyak. Bila masak ada je pengomen kata itu kurang, ini tak cukup....kesian saya kak..hihi
waalaikumsalam dik.
ReplyDeleteTempoyak pun sedap hihihi..tq ya.