Saturday, 1 March 2014

Tanah Pantai 'Lembah Seribu Bintang' , aku dan keluarga ini.

1 Mac hari sabtu mencipta catatan manis untuk kenangan di hari mendatang.Hari ini seawal jam 7 pagi, aku,
anakanda Rashid, ke tanah Pantai 'Lembah seribu Bintang'.  Kami ke tanah Pantai utk.memeriksa kawasan  tanah yg.sedang di radu dan dipagar.

Disamping itu aku membawa bersama keluarga bakal ayah mertua Ir Junior.  Aku meminta jasa ketua keluarga ini untuk menilai dan memberi cadangan cara yg.betul untuk aku mengusahakan tanah ini agar berbaloi dengan wang ringgit yg.telah aku laburkan.  Banyak perbincangan kami termasuk masa depan tanah ini.  Andai ia menjadi kenyataan dan berjaya, maka tarikh 1 Mac 2014 hari ini menjadi kenangan manis kami bersama dalam menentukan hala tuju peningkatan kehidupan ikatan keluarga kami.  Semoga Allah permudahkan segala urusan.
Jom tengok gambar kenangan.

                                        Keadaan pagar yg.masih belum stabil.
                                        Kawanan lembu yg.bersedia untuk merempuh pagar ini andai ada tanaman nanti.
                                       Keadaan tanah yg.sedia untuk dibuat batas.
                                         Anakanda Rashid setia menemani aku setiap hari berhujan berpanas menyelia kerja2 pembersihan dan aktiviti memagar tanah yg.dilakukan oleh pekerja tempatan.
              Luas kawasan yg.diradu untuk dibuat batas, yg.tak pasti nak tanam apa, rasanya tembikai.Masih mencari pekerja , tapi masih berusaha untuk melengkapkan syarat untuk mengambil pekerja asing, susah juga terlalu banyak procedure nya.  Harap2 akan berjaya.

                                       Kawasan tanah yg.belum dibuka tapi sudah berpagar.
Selesai kami meninjau kawasan, 'Lembah Seribu Bintang' ayah anakanda Tini bawa kami melawat kebun kelapa milik seorang saudagar cina yg.menjadi kawan baiknya dan dia menjadi pengurus semasa ladang ini mula2 beroperasi.
                                          
                                         Ini jenis kelapa pandan, berbuah rendah.
                                           Air kelapa ini benar2 manis dan wangian pandan.

              Berbuah lebat lagi rendang.  Ini pengelaman pertama aku memasuki kebun kelapa yg.begitu subur.  Aku tak pernah tahu di daerah ku ada kebun kelapa yg.berbuah rendah.
                    Keluarga Indonesia yg.menjaga kebun ini, mereka sangat mahir hal2 perkebunan dan rajin.
Ok lah catatan kenangan untuk hari ini.Puas jugalah makan dan minum air kelapa.  Terimakasih untuk 'ayahanda' anakanda Tini dan ibunya kerana sudi memberi pandangan dan panduan untuk aktiviti jangka panjang dan sudi pula ajak bersiar2 melawat kebun kelapa  pandan. Salam ceria dan assalammualaikum.

6 comments:

  1. Dah lama tak minum air kelapa pandan..sedap air ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelapa pandan isi dan airnya benar2 berasa pandan wangi, masa minum tak ada penyedut minuman, terpaksa teguk sambil mendongak tengok langit,saat yg.sama otak berfikir menerawang melihat kebesaran Allah, bayangkan resepi yg.di hidangkan NYA kepada manusia, pandan wangi tumbuh, berasingan, bagai mana isi kelapa ada yg.dah siap diadun dengan airnya sekali beraromakan pandan. Alhamdulillah. Terimakasih Mar, masih terus bertegur sapa.

      Delete
  2. luas betul tanah nyer...macam2 boleh tanam jika keadaan tanah yg elok...teringin pula nak minum air kelapa pandan...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, memang luaslah tanah ni..
      Pening juga nak fikir, nak tanam apa yg.sesuai.Jom lah akak belanja kelapa pandan. hihihi..terimakasih dik.

      Delete
  3. Wow....berbaloi hasilnya nanti. Luas betul kawasan Lembah Seribu Bintang.
    Saya suka air kelapa pandan, manis segar dan beraroma

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam dik.
      Lembah seribu bintang sedang dibangunkan.Doa kan akak berjaya. Sekurang2nya dapatlah tanam kelapa pandan sepokok dua, boleh belanja adik kalau datang nanti hihihi.

      Delete