Sejak bersungguh dalam minat berkebun, berkunjung ke Sungai Buloh, menjadi satu agenda setiap kali kalau berpeluang menjejakkan kaki di bumi Selangor. Pantang ditanya 'ir' tercinta cepat saja aku cadangkan nak ke nuseri cari pokok2 bunga. Biasanya Ir akan terdiam, adik ipar yg.tak jemu2 menyokong aktiviti aku, akan tergelak dan jom jalan.
Oktober 2011, first time ke Sungai Buloh, mencari pokok bunga cempaka sempena menghadiri konvo Irma Restu. Aku beli 3 pokok dan kini pokok itu hidup subur sesubur kasih dan ingatan ku pd.Irma Restu.
Kunjungan aku kali ini, benar2 ingin mencari kepelbagaian jenis pokok bunga dan benih2 kalau ada.
Jom tengok gambar kenangan ini.
Banyak pokok bunga dan buah buahan di nusery di tempat ini.

Oktober 2011, first time ke Sungai Buloh, mencari pokok bunga cempaka sempena menghadiri konvo Irma Restu. Aku beli 3 pokok dan kini pokok itu hidup subur sesubur kasih dan ingatan ku pd.Irma Restu.
Kunjungan aku kali ini, benar2 ingin mencari kepelbagaian jenis pokok bunga dan benih2 kalau ada.
Jom tengok gambar kenangan ini.
Banyak pokok bunga dan buah buahan di nusery di tempat ini.
Cantikkan, mereka sangat kreatif. Pokok tanduk rusa.
ribuan jenis bunga bentuk dan warna, rasa nak beli setiap jenis.
Puas meneliti dan mempertimbangkan banyak perkara, aku nampak tempat ini.Tak ada orang singgah tempat ini.Kiri kanan ramai orang tawar menawar harga, namun tempat yg.satu ini tak ada pembeli, aku pun cuba masuk tempat ini. Ada seorang gadis hitam manis, fasih berbahasa melayu, lalu dia memperkenalkan aku beberapa pokok buah buahan sampailah kepada sejenis pokok 'mangga' yg.dia sebut pelbagai nama.Akhirnya dia kenalkan aku pada si dia ini nama nya " Black Pepper King" tertarik dengan penerangan gadis peramah ini, aku pun belilah si Black Pepper King ini, dan sepokok lagi entah apa namanya dah tak ingat, juga sepohon 'anggur'.
Lantaran bimbang terkandas dipemeriksaan kastam diairport nanti, ir nasihatkan aku jangan bawa banyak.
Aku beli 2 pokok mangga dan sepohon anggur, cukuplah kan untuk sebuah kenangan, bahawa kita pernah melalui saat berharga dan indah ini.
Kasihan pokok2 ini terpaksa bungkus dalam surat khabar dan tidur diam2 dalam beg pakaian selama 24 jam.
Beginilah rupanya selepas dikeluarkan dari beg.
'black pepper king' kalau mangga ini hidup, ia menjadi kenangan sempena majlis konvo Ir Junior.
pokok mangga yg.ini juga segar dan tidak terjejas.
Pokok anggur nampak sihat dan tidak terjejas.
Terpaksa kerja keras menyiapkan tanah campuran untuk memastikan pokok2 ini mendapat keperluan yg cukup untuk terus hidup dan mendatangkan hasil.
Black pepper king saat di alihkan ke beg semaian baru.Pucuk mudanya kelihatan terjejas dan tak bermaya.
Semoga pokok2 ini hidup dan kita sama2 dapat melihat semacam mana kah buah mangga black pepper king ini. Menurut si penjual, buahnya besar, panjang dan bila ranum ia bertukar warna menjadi kehitaman nampak macam buruk, tapi sangat manis dan isinya berwarna oren, macam betik sekaki.
Ohh aku tak sabar nak tengok hasilnya.
Ok sampai disini salam ceria.