Thursday 19 September 2013

Cenderakenangan ikatan persahabatan di september ini.

Hari ini khamis 20 september. Masih lagi dalam suasana sibuk urus macam2.  Asal ada masa sedikit terluang mesti siapkan semua kerja didepan mata.

Namun jauh disudut hati, entry yg.satu ini mesti aku muatkan juga pengisi hari hari mendatang sebagai ingatan kenangan bahawa aku pernah bersahabat dengan gadis yg.satu ini.

Beberapa hari yg.lalu aku menerima bingkisan ini.Ia kiriman dari sahabat blog 'semua menjadi' pemiliknya bernama 'smRose'

Hampir 10 hari di pejabat pos di daerah ku.
Jom tengok apa terjadi pada isi kiriman ini.
                                           Buka perlahan lahan, takut pecah hihihi..
                                               dan..alhamdulillah, inilah kelapa yg.sangat2 aku idamkan, akhirnya ia akan berada di halaman rumah ku, kalau di izinkan Allah ia akan menjadi sebutan dikelahiran generasi seterusnya.InsyaAllah.  Kelapa ini akan ku tanam di penjuru halaman rumah, dalam 3 tahun lebih dengan izin Allah ia akan mengeluarkan hasil. 

Ramai kawan2 dah boking buahnya  minta dibuatkan bibit. ahh rasanya terlalu kelakar, kelapa ni baru keluar dari kotak kiriman, permintaan untuk baka benihnya dah menjangkau 3 tahun ke hadapan.  Agaknya kalau kelapa ni boleh bercakap, apa agaknya dia nak  kata ye..hihihi..
                                             Bersama kelapa ini, dik Rose sertakan juga dua keratan batang ubi kayu jenis daun keriting.  Alangkah seronoknya rasa ini, dapatlah menambah koleksi jenis2 tanaman yg.sedang diusahakan. Syukur kepada Allah.  Semoga dua jenis tanaman ini akan hidup subur dan dapat dikongsikan juga hasilnya dengan insan2 yg.lain.

Kepada smRose, jutaan terimakasih atas pemberian ini.Bayangkan kelapa yg.berada dikebun emak dan ayah Rose dah ada di daerah k.Belud di halaman rumah ku, dan akan beranak pinak, berkembang entah kemana2 lagi nanti..di sinilah sejarah kelapa ini bermula dalam lingkaran ini.  Salam pd.emak ayah, ucapkan terimakasih banyak2...agak mahal belanja pos laju tu..namun pemberian ini menjadi cendrakenangan ikatan persahabatan di september ini. Terimakasih dik.

16 comments:

  1. Assalamualaikum kak Puteri,
    Nasib hidup lagi benih kelapanya, hehehe...malu sy tengok batang ubi tu. Budi baik akak tak kan sy lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam Rose.
      Alhamdulillah masih sihat saat diterima.keratan ubi tu, semakin sikit semakin disayang dan dijaga sepenuh hati, sebab takut tak hidup, kalau banyak nanti buat2 leka je, alasan 'ala banyak lagi tu, tak kan satu pun tak mau idup'..kalau benda banyak selalu tak dihargai, kalau sikit nah..sepenuh hati maunya.Betul lah cara Rose bagi tu, jadi motivasi pd.akak.TQ dik.

      Delete
  2. Assalamuaalaikum kak puteri,
    beruntung sungguh kan kalau kita punya sahabat yang memahami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam dik.
      Betul memiliki sahabat yg.baik juga satu rezeki pemberian Allah.Kita hanya perlu berbaik dan bersangka baik, Allah akan temukan perasaan sesama orang yg.baik2 dalam hidup kita.Jom kempen berkawan baik hihihi.Terimakasih dik.

      Delete
  3. Salam Puteri,

    Moga suburlah kelapa dan bakal menjadi bibit pula. Begitu juga dengan ubi daun keriting tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam mak Aji.
      Terimakasih semoga doa Allah kabulkan.Terimakasih banyak2.

      Delete
  4. Assalam Puteri... semoga semuanya menjadi la ya!.. Ubi tu insyaallah senang hidup begitu juga kelapa tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam k Mar.
      Amin.Terimakasih banyak banyak atas doa itu.InsyAllah.

      Delete
  5. Replies
    1. wa'alaikumsalam Nizam.
      Saya tak tahu nama kelapa tu, yg.memberi pun tak tahu namanya, tapi memang jenis pokok rendah dan berbuah dalam tempoh 3 tahun. Saya kenal nama kelapa, kelapa mawar dan kelapa pandan je..yg.jenis pandan air dan isinya wangi pandan..yg.mawar pokok rendah dan cepat berbuah. Kelapa mantak tak pernah dengar lagi.Terimakasih memberi nama ini, nanti saya cari di mr.google.

      Delete
  6. Salam kenal drp mama ju.
    Suka tgk blog ni. Mama pun baru kenal S Rose. Duk Mana? nanti mama baca lagi blog ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan mama Ju, terimakasih sudi melawat.

      Delete
  7. Alhamdulillah
    Berkembang manfaatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga diberkati Allah.
      Terimakasih sudi melawat.

      Delete
  8. wah tahun lepas akak tengah usahakan tembikai..tahun ni dpt tgk hasilnya..melimpah2...tahun ni kelapa pula....in sha allah..hasilnya 3 thn lagi melimpah2 juga...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. terimakasih Nadia. Tembikai tu baru diusahakan dalam bulan julai baru2 ni, lebih kurang dua bulan dah dapat hasilnya..kelapa sedang giat ditanam di tanah pantai.
      Doakan segala usaha akan berhasil nanti nanti dapat benih kelapa 'Mantak' percuma.InsyaAllah.

      Delete