Sunday 22 September 2013

Dia memilih ingin 'mati'

Hari ahad 22 september, cuti hujunng minggu yang sepatutnya utk.merehatkan diri, namun bagi diri ku, cuti hari sabtu dan hari ahad inilah peluang untuk meneruskan aktiviti kegemaran iaitu berkebun.
Aku sangat suka menanam bunga2 termasuk sayur- sayuran.

Bunga yang paling aku sayang yang mungkin sampai ke tahap mencintai 100% adalah bunga ros@mawar.
Meski ia berduri namun warna dan susunan kelopaknya terlalu indah melebihi bunga -bunga yang lain.
Ini Ros kuning kenangan dari Kota Batu, di daerah Malang, Indonesia.

                            Ini mawar  merah simbol percintaan pasangan kekasih, dan aku diantaranya. Cantik?
Apa pun jenis tumbuhan, istemewanya bunga2 yg.ditanam dihalaman, atau didalam pasu, ia memerlukan penjagaan dan perhatian kasih sayang.  Ia perlukan perhatian dan sentuhan tuan yg.menanam nya.

kesibukan yang aku lalui sejak berurusan dengan tanah pantai dan pengurusan tembikai, pokok2 rose yg.di dalam pasu, benar benar telah merajuk dan terabai.  Kesannya mereka memilih untuk ingin mati.
Lihatlah kesan kelukaan hati akibat terabai.
                                          Pokok menjadi kurus dan ranting menjadi kering.
                                             Pokok2 yg.lain banyak yang sudah mati. Beberapa bulan yg.lepas pokok2 ini sangat subur dan mengeluarkan kuntum -kuntum yg.besar. Mungkin inilah kuntuman Rose Merah dan rose kuning yg.terakhir. 
               Rasanya tiap2 jam 7 malam, ia tetap disiram cuma, aku tak ada masa memerhati masalah mereka.
Apa pun, dia tetap bunga, bak kata pepatah 'patah tumbuh, hilang berganti' 'bukan aku tak sayang, tapi ia memilih ingin mati, maka ' mati lah kaau'..teringat lirik lagu 'hilang naluri 'oleh Once.
Terasa hampa didalam hati.

Ok lah catatan rasa dari diri yg.sengaja mencari letih dalam melalui perjalanan hidup yg.sangat mencabar."Orang yang berjaya tidak akan berhenti, Orang yang gagal akan berhenti, orang yang rajin tak kenal berjaya atau gagal, dia akan terus  berkerja kerana  minat dan minat. Assalammualaikum.





14 comments:

  1. Jangan patah semangat kak, tanam lebih banyak lagi

    ReplyDelete
  2. assalam Puteri.. disarankan buat jadual belai rose ni... saranan je.. saya pun kadang-kadang out of tune juga he he! namun saya masih belum berani nak tanam rose !

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam k Mar.
      hihihi betul lah kena buat jadual utk.membelai rose ni.Jom lah cuba2 tanam ros, kalau menjadi akan ketagih..

      Delete
  3. Salam kak Puteri,

    Ala bunga ros yg sy buat gambar background computer tu dah mati...siannya, cantik bunga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala nak nangis rasanya, betullah bunga rose gambar besar lawa utk.background pc..inilah agaknya bunga terakhir dia, mungkin akar dia dah diserang kuman. Ros jenis ni jarang 'rose kubis'

      Delete
  4. tanam lagi kak...tangan akak sejuk kalau tanam lagi laman akak akan bertambah berseri..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih dik..macam nak rehat utk.jatuh cinta pd.mawar, penat menjaga bunga ni.

      Delete
  5. Assalamualaikum kak puteri,
    Kadang-kadang pada saat kita memerlukan matahari, Allah datangkan hujan kerna waktu itu Allah sedang menunaikan permintaan pokok-pokok dan tanah-tanih yang kehausan.
    ...cetusan dari hati juga istimewa buat kak puteri purnama..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      Terimakasih memberikan cetusan istimewa tu..sangat dihargai. Betullah Allah tetap memperlihatkan kebesarannya melalui pelbagai cara, walau pada cara sehalus halusnya..terpulang pd.diri menyedarinya atau tidak kan.

      Delete
  6. Assalamualaikum Puteri,

    Ros ni memang cantik tapi pokok nimemerlukan kasih sayang dan perhatian lebih daripada pokok lain, tapi nampak daripada photo pokok Ros Puteri tu masih boleh diselamatkan. Teruskan menanam sahabat berkebun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Saodah.
      Terimakasih.Terimakasih menyatakan harapan itu..iya semoga dia dapat diselamatkan..mungkin kena tukar tanah dan bersihkan pasu semula..cuma masa masih tak cukup.Mungkin sabtu ni, kalau panjang lagi umur Ros tu.

      Delete
  7. Salam Kak Puteri....Sayangnya & mesti sedih kan tgk rose yg dah dijaga jd mcm tu...saya pun teringin nak tanam pokok rose ni....tp belom berkesempatan nak beli anak pokoknya....semoga dpt diselamatkan pokok ni...insyaAllah,aamiinn....Happy Gardening,kak...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      Terimakasih sudi melawat .InsyaAllah, marilah sama sama semarakkan semangat menanam bunga bunga dihalaman dan sayur tanam sendiri.
      Tak rugi berbudi pada tanah.

      Delete