Sunday 29 September 2013

Pondok kecil ditanah pantai

Saat ini gelap malam semakin memekat. Jam menghampiri 10.47, masih berada dihalaman 29 september hari ahad yg.mencabar.
Siang tadi seawal jam 6.30 pagi, aku dan Ir, membuat persediaan utk.mengangkut barang2 perkakas rumah untuk dibina di tanah pantai.
Sebuah lori yg.memuatkan kayu dan segala keperluan utk.membuat rumah tersebut yg.dimiliki oleh cikgu Ninteh tiba di tanah pantai sarat dengan muatan.  Seperti biasa, ketua tukang saudara Sikal mengetuai rakan rakannya memulakan tugas dengan tenang dan santai.

Jom tengok gambar kenangan.

Saudara Sikal, pakcik 'Song", pakcik veteran, Irhan dan Irwie anak sulung pakcik Song sibuk menyusun beruti kayu yg.hendak digunakan.
                                          Sekejap saja mereka menyukat dan mengambil ukuran rumah
                                               Ukuran rumah cuma 12' x 20', hanya itu yg.termampu.
                                              Masih kelihatan sisa buah tembikai, buah penghabisan yg.tak habis dipetik dan masih boleh dimakan kalau mahu..boleh lah juga jadi bekalan makanan kepada pekerja2 ini. Alhamdulillah.
                                             Sebelah petang sekitar jam 4, aku dan Ir datang lagi membawakan mereka keperluan untuk mereka bermalam di tanah pantai, tiang rumah sudah pun berjaya di tegakkan.  Pantas benar mereka berkerja.

                                             Saudara Sikal adalah tukang rumah yg, membuat rumah aku di tahun 2011, dia seorang yg.mahir membuat rumah konkrit dan rumah kayu.

Mungkin dalam tempoh 5 hari ini, rumah ini akan siap sepenuhnya andainya ia layak disebut rumah.  Sebenarnya ia cuma sebuah pondok, pondok kecil di Lembah Seribu Bintang.  Ia sebagai permulaan untuk sebuah impian yg.semakin membesar dan sangat diinginkan.

Ok sekadar  sebuah catatan untuk kenangan dihari mendatang, salam ceria dan mesra selalu.  Assalammualaikum.

15 comments:

  1. salam kak,
    tak sabar nak tengok rumah kecik tuh siap..mesti sangat cantikkan...nanti kami [un nak tumpang tido jugak..boleh kan..? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      InsyaAllah. Tentulah boleh, tapi tempat ini tak tahu bila lah agaknya nak dapat bekalan letrik..masih tersisih dan terpencil. Ada peluang datang lah.

      Delete
  2. Assalamualaikum Puteri,

    Seronoknya ada pondok kecil ditengah kebun, teringat masa saya kecil dulu, selalu duduk makan nasi kat pokok kecil kami ditengah sawah. Kalau ada rezeki nanti boleh la melawat kebun pantai Puteri kat Sabah ya....:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. ada peluang datanglah, tapi banyak lagi perlu dibaiki.Terimakasih Saodah..sudi bertandang.

      Delete
  3. salam kak,
    mesti best kan, pas ni boleh masak2, berkelah kat kebun

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      hihihi tentulah best..jom datang.

      Delete
  4. Mesti seronok bila kebun dah penuh dan boleh duduk-duduk berehat di rumah tu... kolong rumah tu nanti boleh dibuatkan buaian tali... kalaulah ada kolong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sangat seronok apa lagi kalau dapat sediakan buaian tali tu, akan diusahakan buaian tu, buat macam cerita dulu dulu.Terimakasih Zam.

      Delete
  5. bagus juga kak puteri ada rumah...boleh berteduh sambil2 tengok tanaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah matlamatnya, untuk berteduh sambil tengok tanaman saat hujan atau panas terik. Terimakasih Nadia.

      Delete
  6. Alhamdulillah. Syukur pada nikmat Allah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semoga kita semua sentiasa dipermudahkan Allah. Terimakasih singgah.

      Delete
  7. Assalamualaikum kak puteri,
    Nanti rumah tu dah siap, boleh nyanyi2 lagu ni..
    untuk mengembirakan hati sendiri..
    tepi pantai sesuai sesangat...

    alangkah indah di waktu pagi
    burung bersiul menyanyi2

    Terbang bebas di angkasa tinggi
    hidup bersenang hati..
    ...............................

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam dik,
      dah nyanyikan lagu ini, akak pandai lagu ni, suka..
      Terimakasih dik. Jom nyanyi sambil lari2 ditepi pantai hihihi mesti seronok.

      Delete